Isnin, 15 September 2008

PAGI BERSAMA MALAYSIA HARI INI 3


Pukul 7.45 pagi. Kelas sudah bermula. Tapi Emi tak masuk-masuk lagi. Mak dah cemas. Cikgu-cikgu dah mula cari Emi. Kawan-kawan Emi pun.

Encik guru besar yang kadang-kadang-ramah-kadang-kadang-garang tu tanya Mak. Bila dia tengok Mak seperti ibu hilang anak.

"Emi, pagi-pagi dah hilang," Mak jawab ringkas.

"Laaa pagi-pagi dah hilang anak, tertinggal kat rumah tak?” Peh! Dan dan tu juga muka dia jadi tak handsome pada Mak.

Siapalah tak risau. Sekolah kampung tu pernah ada sejarah dengan orang bunian. Tapi, sekarang bulan Ramadhan. Takkanlah mereka nak sorokkan Emi.

Mak teringat pula kat Lelaki Kucing. Emi suka kucing. Macam mana kalau lelaki keparat tu dah bawa Emi lari?

Terngiang-ngiang lagi suara Emi yang menelefon kakaknya minta dihantarkan kasut. Pada telinga Mak. Dari dalam kereta.


Kasut hitam Emi erat. Digenggam emak.


Nantilah aku sambung...

30 ulasan:

Rashid berkata...

Aduhhh bikin suspen nyer...cepat sambungnya..

Yana Ismail berkata...

huhu..mana lah si Emi ni..suspen2..hik2..risau satu sekolah;p

pandagumuk. berkata...

saje jeeee.

TUN berkata...

emi itu mesti main nyorok2.try tgk bwh meja ckgu.hehe

Pocket berkata...

haaiihhh!! kemana la emi ni pergi.
try tepon henpon dia tak leh?

mkaw77 berkata...

mcm drama besiri plak. ada sambungan... nnti i sambung komen lagik!!

Encik Shino berkata...

drama bersiri ke?
alamakkk.. tertinggal ke tak eh?
HUHU~

p/s:samb. cepat jgn banyak sgt iklan..:D

ckLah @xiiinam berkata...

He...he....ckLah dah tahu endingnya...saat berbuka bersama mak tiqah semalam...memang nak kucubit-cubit sibudak emi tu...!

أكرم حسني berkata...

aaaa...aku suke cite camni...membuat aku penasaran yg tinggi..

Isdaniya berkata...

weii suspen ni...

Abdullah Mohd Nawi berkata...

bersambung2 la pulaaaaaak...

inna hayati berkata...

lame ke nak tunggu sambungannye?

blackpurple @ jowopinter berkata...

Berapa banyak sambung daaaa..

O, Emi tu berambut blond rupanya...

izzati fuad berkata...

heh. pandai juge ko buat cerita suspen eh?

susudalambotol berkata...

ini macam cerita telenovela eh awak? :)

azie berkata...

emi memangggggggggg pandai bertelenovela,ahaha

Tanpa Nama berkata...

mak????
saye igt mak nyah...hehe

is150 berkata...

ini yang dikatakan anti-klimaks

Thenadi berkata...

uweh~ mcm ada kat tempat kejadian je XD

saudagar gaRAM.. berkata...

gua dah agak ending dia..


dah tau..
but,gua punya ending lagi best..


hahahahhaha.....
amacam?
bila mau khabarkan pada mereka?

en_me berkata...

meowww..

Unknown berkata...

drama ramadan ke ni?

Sastri berkata...

citer betul ke fiksyen nih?

Eddie Putera berkata...

main sambung sambung lah pulak....ish...cepat lah..

A t i Q a h berkata...

Adie,
ye lah. Tunggu lah. ;P

Kak Sas,
cerita betul la kak. Hehe.

Kelambu,
drama tak drama sangat la.

Me,
andakah lelaki kucing? Ha ha ha.

Garam,
oit oit! Spoiler la lu. Tapi, gua tak ikut pun idea lu. Ngeh3.

A t i Q a h berkata...

Cik Nadh,
hahaha. Awak ada kat sana ke masa tu?

Is,
anda pandailah. :)

Kak Fauzani,
mak nyah mana pulak ni kak.. huhu.

Azie,
berdrama air mata pun dia pandai.

S.D.B,
telenovela? Ek? Hehe.

A t i Q a h berkata...

Ijat,
baru tau ke? (Ini ayat riak. Sila muntah jika mahu.) HA HA HA.

JP,
empat episod je bro. Tunggu la sat. Hehe.

Inna,
sat je lagi. ;)

Mr Lah,
iye lahhhhh..

Eida,
sila mensuspenkan diri anda. Eheh.

aQram,
suka ke..tak suka nih? Huhu.

A t i Q a h berkata...

CikLah,
ok. Jangan cerita kat sini tau Cik Lah. Hihihihi.

Shino,
sila baca entri sebelum ni kalau tak mau tertinggal ya. Hehe.

Kamal,
okeh. Sila sambung komen u nanti. ;)

Pocket,
lerr..Emi mana ada henpon bro. Huhu.

Tun,
hehe. Good try. =P

Panda,
memang sajeee punnn.. ;P

Ina,
tunggu ending dia eh yang. =D

Cikgu Rashid,
hehe. Suspen ye bang. Tunggu ye episod akhir dia. =)

Adry berkata...

huhu... menguji kesabaran tul... erni kat tandas sekolah dok nyorok... hahahhaa

Adry Sabry @ http://www.adrysabry.com

t.a.t.a berkata...

emi bikin habov satu sekolah!