Ahad, 20 Julai 2008

AKU YANG NEGATIF

Hei pencuri. Kamu ni, sangat lame lah. Nak curi, curi handphone. Kau ingat aku akan emosi ke? Tak. Tak lah. Aku kan macho. Aku tak 'kan emosi lah. Setakat handphone ja. Aku nak emosi buat apa. Buang masa ja. Huh.

Kau nak tengok aku emosi? Alah. Kau tak layak pun buat aku emosi. Kecualilah kalau kau curi hati aku. Cuba kalau hati aku kau curi. Macam mana? Mestilah aku hilang keseimbangan. Otak ja yang tinggal. Sedangkan otak dengan hati aku, perlu ada mekanisma simbiosis. Cuba kalau hati tak ada. Atau otak tak ada. Kan tak seimbang namanya. Bahaya tu. Nanti aku jadi emosi secara hiperbola.

Uish. Kau tak tau macam mana emosi aku yang melangit tinggi tu. Mungkin kau akan tinggal gigi ja. Sebab aku dah makan satu tubuh badan kau. Aku tak bolehlah makan gigi. Gigi kan tulang yang paling gagah. Gigi kau pun, nanti aku akan sedaya upaya hancurkan. Aku bagi kat kontraktor MRR II. Nanti, tak adalah MRR II tu retak sana, retak sini lagi. Sebab ada asas yang kuat. Kan?

Tapi, nasib baik lah hati aku ni dalam badan kan. So, dia aku simpan dengan berjimat-cermat. Kau tak 'kan dapat curi secara fizikal punya! Kau kan tak layak. Kau layak curi handphone, curi wallet. Ha. Tu je lah yang kau layak.

Tak lah. Aku tak emosi. TAKKANNNNLAH aku emosi.

15 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Betul2. Dah la useless giler cz dalam Rumah ALLAH dia wat camtu. If hati i kena curi, I curi balik hati dia. ^0^
Shout at mine as well!
*HUg n Kiss*

Pocket berkata...

stalker kot!?
pas ni dia akan study semua SMS dlm handphone tu,
dia akan tau some of your dearest friends fonn no,
huhuuuuu takuuut!!
anyway, break a leg tonite,
nak gambo sesapo yg jadi pokok atas stage nanti yah?

bendul berkata...

tapi kan atiqah, aku rasa ko macam emo jer masa tulih post nih.. ahahahahha..

A t i Q a h berkata...

Zara,
ya ya. USELESS! HA HA.

Pocket,
er..kalau dah block sim, masih ada lagi ke isi2 inbox dan phonebook?

Pictures of ours, you can take a look at http://flickr.com/lanraga.
Cuba tengok pokok tu. Ada rupa I ke? HA HA HA

Bandul,
haih. Kau ni. Aku tak EMOSI okeh.

Yana Ismail berkata...

Kalau i dapat orangnye, i cekik2 tumbuk2 dia!Ish geram..
Tak salahpun beremosi sayang. Kalau i,pun emosi juga:(

azie berkata...

macam ju cakap ,"that person will be burned in hell"

malu aku. orang kristian pun cakap camtu. dia tau hari jumaat dan di rumah ibadat tu not a proper place to steal.

bodo punya pencurik

AL-BIMA SAKTI berkata...

jagalah hatimu...
jgn tersalah beri
kpd si pencuri hnphone
tp berilah kpd si pencuri hati nan sejati...

pandagumuk. berkata...

tak lahhh.mane ade emosi tiq.hfon je kan kan.haha.sabar je la.nnti tgk mcm mane emosi lak kalau hati betul2 dicurik.

A t i Q a h berkata...

Ina,
ada sisa2 emosi sikit. Hik hik.

Azie,
yezza. Aku tabik kat Ju beb.

Bima,
terima kasih. Terharu.

Munh,
kite pun wonder. Ha ha.

en_me berkata...

handphone bukanlah hakmilik.. kannns

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah.. Sorry to hear that, dik.

Patutlah message tak berbalas. Buat je solat hajat, biar berulat tangan dia. Huh!! :geram:

A t i Q a h berkata...

Me,
iya. Hu hu.

Kak PY,
huhuhu. Dah selamat dijual kot henfon tu. =(

saudagar gaRAM.. berkata...

kalo dah pencurik....

memang kerjanya mencurik..





huh.....
gua rindu henpon gua dalam bas tu..

MOLY berkata...

emosi sekejap aje ...
lelama ok la tuh bila dpt penggantinya

t.a.t.a berkata...

kalau akak pun emosi sekejap je, then repair balik psikologi tu. memang semua benda dlm dunia ni pinjaman semata, jadi readha dan tawakkal je benda tu ditarik balik.

kalau akak selalu cakap, "oo dah sampai masa nya ko di amik balik ye, hmm tak pe la aku izin kan kau pergi.. jaga diri bebaik ye. terima kasih sbb ada dekat dgn aku walau sekejap.." heheh

tapi cakap kena ikhlas la.. ok..
kadang tu buang masa je emosi ni kan?