Sabtu, 19 Julai 2008

A Fake Smile I Had This Night

Ini entri tergesa-gesa. Tapi, kalau kau baca dengan tergesa-gesa juga, kau mungkin tak tahu secara detail. So, kalau kau orang sayang aku, baca je. HA HA HA.

Aku dah cakap kan semalam, hari ni kami dah mula berlatih drama di dewan sebenar. Jadi, dari pukul tiga petang sampai dua belas malam, kami berkampunglah kat Dewan Sultan Iskandar (DSI) tu.

Dah berkampung sampai malam, haruslah kami solat di Masjid Sultan Ismail (MSI) depan DSI. Opposite ja DSI dengan MSI ni. Nak solat maghrib tadi, aku pergi melenggang ja. Tapi telefon tangan aku bawa la juga.

Bila dah iqamat, telefon tangan tu aku tumpang dalam beg Lina, classmate aku. Lina letak beg dia belakang je dari dia masa solat. (Kat sini, kau boleh tambah ayat; Memang nak jadi cerita lah katakan.)

Habis solat, aku buru-buru turun dari masjid. Masa nak sarung sandal, Lina panggil dari atas. Dia tanya mana telefon tangan aku. "Eh, aku letak kat compartment tepi beg kau la."

"Tak ada lah!" Suara Lina dah lain macam punya tinggi. Aku naik balik jumpa Lina. Rupanya, wallet Lina pun dah tak ada. "Patutlah aku dengar macam ada orang bukak beg masa sembahyang tadi." Lina.

Dah habis baca? So, dah tau kan apa jadi?

**********

Aku masih pakai nombor yang sama lepas ni. InsyaAllah Selasa ni, aku ke Maxis Centre untuk ambil sim card baru. Tapi nombor kau orang dah hilang la (untuk kau orang yang ada nombor aku). Kalau esemes aku, jangan lupa beritahu nama, oke.

**********

Ini kali kedua sebenarnya. Tragedi kali pertama, jadi masa aku tahun dua dulu. Yang dulu lagi angker lah tapi. Mungkin jodoh aku dengan Norkiah ni pendek. So, aku rasa lepas ni aku nak jodohkan diri aku dengan Sonia lah. What you say, huh?

19 ulasan:

izzati fuad berkata...

yeah! saya setuju. belilah sonia!

ps: saya mengutuk perbuatan pencuri itu. dalam masjid ok? buruk perangai sungguh

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

it happened again?! Baka! Last semester byk giler jadik camtu! Sabar syg.=)
Sonia? U buy anything that u want lolz...=)

t.a.t.a berkata...

Laa sian nya adik akak ni.. lain kali berhati² ya.. sedih rasa kan bila hak kita diambil org, tapi apa pun sabar je la dah tertulis itu bukan hak kita.

dulu akak pun pernah hilang handset gak, handset baru beli dan prepaid masih byk lagi. so sabar je la..

bendul berkata...

mmm.. aku pun baca tergesa2 jugak.. so, aku tak berapa paham.. ahahahaha..

azrn berkata...

eii.. mencinya pencuri dlm masjid.
saya pernah juge mengalaminya...
tp di dwan bwh MSI tu.

satu beg plak tu dikebas.hohoho... tapi padan muka, bukan ada beg dompet pon.

diharap bersabar~
sonia best oke.

Tok Rimau berkata...

Sedih la beb. Last tok tengok henpon tu masa u "ada mesej" dalam DSI. Ish!

Anyway, break a leg!

tasekM berkata...

dik, lain kali kalau nak solat, offkan hp, ko letak je dekat kaki. percayalah... ko takkan terduduk de... aku selalu letak cermin mata aku kt situ kalau solat. kalau letak kt depan (atas hujung sejadah) takut org pijak...

ramai yg tak takut neraka...

ckLah @xiiinam berkata...

Howalah...dicolong maleng meneh!Memang koyo maleng tenanlah itu maleng. Kok melas temen to ndok ayu. Kalau hilang kat sini,mesti abah bawa tiqah ke kedai yang temu ramah sampai jumpa ex student ckLah ka Sg Besar tu...

A t i Q a h berkata...

Ijat,
temankan aku nanti ya. Ha ha.

Zara,
hait! Baka desu! :P

t.a.t.a,
huhuhu. Dah kali kedua ni kak. So, macam redha je lah.

Bandul,
tak pa. Tak penting pun untuk kau.

Reen,
sangat. Tak sedar diri tu dalam rumah Allah.
Er..Sonia model apa? Hi hi.

Tok,
nanti mesti I rindu kat bunyi tu. Huhuhu.

Kak Tasik,
owh. Ok. Trimas untuk tips itu. Nak tau kak, pencuri tu malah terus pegi ATM machine dan cuba nak keluarkan duit. Tapi kad kena blok la sebab salah pin. Kepala hangguk sungguh.

Cik Lah,
pos kan Tiqah sebiji henfon boleh? Hihihi.

Pocket berkata...

umph!,
kenapalah orang kita jgak yg wat gitu kat dlm surau kan.
Pastinya dia tu tak lah kemaruk wit sangat,
pastinya sajer je simply luv the feeling of stealing.
the adrenalin rush.
an luv to see some girl panicking ...
apo laaa...>:(

rasso berkata...

Sabar k....

ermmm.... beli lah Moto... leh sama mcm ai... hi hi hi...

A t i Q a h berkata...

Pocket,
luv to see girls panicking? Boleh eh? Ha ha.

Rasso,
trimas. Huhu.
Em, dengan Moto pun dah ada sejarah. Lagi pun, tak reti lah pakai flip ni. Ai ganas.

Yana Ismail berkata...

Sabar ek sayang?hm orang tgh solat jemaah pun depa leh mencuri lagi tu. Memangla,tak educated btol!

Tapi i memang tak dgr pape masa solat ritu. tetibe jadi gitu pule.Alahai~

Tanpa Nama berkata...

hess. dlm surau pun nak mencurik. takde moral tol itu olang.

erm. sonia cantek. try lah guna. function dia pun best2 jugak ;)

A t i Q a h berkata...

Ina,
I rasa macam nak belasah je kalau dapat orangnya. Wachaa!

Diya,
eh? Ok. Nanti kite survey yeh. He he.

izzati fuad berkata...

okeh. boleh aja kalu mahu teman. ahaks.

Tanpa Nama berkata...

Saya kalau semayang kat surau/masjid ke.. saya letak beg kt dpn mata saya. risau tau kalau letak belakang org curi..

tapi saya musykil la.. dlm masjid pn berani lg dia mencuri ye? dah tu pompuan lak tu. adeh.. tak faham saya!

saudagar gaRAM.. berkata...

K800i..

join da club beb..
kita masuk barisan sonia..

MOLY berkata...

xde rezeki tuh .. mmg jodoh tak panjang

jadi lily cadangkan amik je sonia ..

senang idop
:)