Rabu, 30 Julai 2008

IKLAN PERCUMA

Anda rasa dunia tak adil pada anda?
Asyik-asyik anda saja yang kena.
Anda rasa sakit hati?

Jangan risau!!
DIA ada ubatnya.

Tanpa appointment.
Tanpa bayaran.
Bila-bila masa dan percuma.



Senarai ubat hati:
  • Baca Quran dan maknanya.
  • Solat malam.
  • Berkumpul dengan orang-orang soleh.
  • Perbanyakkan berpuasa.
  • Zikir malam.

Ambil satu atau semua. Pilihan di tangan anda.

Isnin, 28 Julai 2008

Trend yang Out-dated




Minggu pertama masuk darjah satu. Ada budak nama Kamarul buat sesuatu pada aku. Yang menuntut satu tindakan refleks tanpa kawalan. Iaitu, aku terlempang pipi dia. Tapi aku puas hati selepas tindakan refleks itu (kau boleh kata aku kejam pada ayat ini).

Kamarul nangis. Tekup muka atas meja. Kawan yang lain marah aku. Aku pula tekup muka atas meja. Pura-pura nangis sebab kena marah. Datang pula kawan lagi satu marah kawan yang marah kat aku tadi. Yang kena marah itu pun nangis. Betul-betul. Sambil tekup muka atas meja.

Aku tak ingat akhir sekali, berapa orang yang tekup muka atas meja. Tapi itu satu trend budak-budak sebaya aku waktu itu. Satu trend yang aku tak boleh terima langsung bila masuk sekolah dulu.

Aku ikut tekup muka atas meja sebab kawan aku yang suruh. "Kau kena nangis jugalah Tiqah!" Tapi aku tak pernah ikut nangis. Apa barang nangis-nangis ni. Tak 'macho' la beb!

Tapi bila dah besar, baru aku dapat terima trend itu. Kalau aku terbuat orang menangis, aku pun akan turut menekup muka atas meja katil. Dan menangis yang betul-betul.

Rabu, 23 Julai 2008

SEMUT ATAS BAJU MERAH PUTIH

Sudah pukul 12 tengah hari. Aku mula bergerak keluar dari perpustakaan. Badan pun dah seram sejuk semacam. Waktu hujan macam ni, tak sesuai untuk aku duduk dalam perpustakaan lama-lama. Oh. Ok. Itu helah bela diri. Sebab aku bukan pengunjung setia perpustakaan. Duduk bertapa di pusat segala buku itu buat aku tak tenang. Jiwa kacau.

Hampir di pintu keluar aras dua, aku nampak seorang minah baju jalur merah putih. Duduk, membelakangi aku. Heh. Ada juga coursemate aku yang macam aku. Rajin ke perpustakaan. AHAK.

Pap! Aku tepuk bahu minah tu.

Tiba-tiba aku ternampak buku bersampul plastik lutsinar atas meja dia. Tajuk buku; Calculus. Eh. Sejak bila course aku ada belajar Calculus?

"Ups. Sorry. Ni ha. Ada semut kat baju awak. Saya tolong buangkan."

Isnin, 21 Julai 2008

EMOSI Bahagian Akhir

Bangun pagi, tengok bawah katil. Nampak charger.

Lepas mandi, tarik laci. Nampak earphone.

Atas meja, dalam kole. Nampak bekas memory card.

Dan kisah manis antara kami cuma tinggal kenangan.

Alahai.

"Macam orang mati laki lah kau ni," kata Ijat.


______________

Mungkin ini kifarah. Sebab aku selalu tak dengar Mak atau Abah panggil. Selalu tak sedar bila Mak Abah telefon untuk kejut bangun Subuh. Tengok-tengok je, ada missed calls. Bukan ke, kalau kita tak jawab panggilan ibu bapa itu berdosa?

Ahad, 20 Julai 2008

AKU YANG NEGATIF

Hei pencuri. Kamu ni, sangat lame lah. Nak curi, curi handphone. Kau ingat aku akan emosi ke? Tak. Tak lah. Aku kan macho. Aku tak 'kan emosi lah. Setakat handphone ja. Aku nak emosi buat apa. Buang masa ja. Huh.

Kau nak tengok aku emosi? Alah. Kau tak layak pun buat aku emosi. Kecualilah kalau kau curi hati aku. Cuba kalau hati aku kau curi. Macam mana? Mestilah aku hilang keseimbangan. Otak ja yang tinggal. Sedangkan otak dengan hati aku, perlu ada mekanisma simbiosis. Cuba kalau hati tak ada. Atau otak tak ada. Kan tak seimbang namanya. Bahaya tu. Nanti aku jadi emosi secara hiperbola.

Uish. Kau tak tau macam mana emosi aku yang melangit tinggi tu. Mungkin kau akan tinggal gigi ja. Sebab aku dah makan satu tubuh badan kau. Aku tak bolehlah makan gigi. Gigi kan tulang yang paling gagah. Gigi kau pun, nanti aku akan sedaya upaya hancurkan. Aku bagi kat kontraktor MRR II. Nanti, tak adalah MRR II tu retak sana, retak sini lagi. Sebab ada asas yang kuat. Kan?

Tapi, nasib baik lah hati aku ni dalam badan kan. So, dia aku simpan dengan berjimat-cermat. Kau tak 'kan dapat curi secara fizikal punya! Kau kan tak layak. Kau layak curi handphone, curi wallet. Ha. Tu je lah yang kau layak.

Tak lah. Aku tak emosi. TAKKANNNNLAH aku emosi.

Sabtu, 19 Julai 2008

A Fake Smile I Had This Night

Ini entri tergesa-gesa. Tapi, kalau kau baca dengan tergesa-gesa juga, kau mungkin tak tahu secara detail. So, kalau kau orang sayang aku, baca je. HA HA HA.

Aku dah cakap kan semalam, hari ni kami dah mula berlatih drama di dewan sebenar. Jadi, dari pukul tiga petang sampai dua belas malam, kami berkampunglah kat Dewan Sultan Iskandar (DSI) tu.

Dah berkampung sampai malam, haruslah kami solat di Masjid Sultan Ismail (MSI) depan DSI. Opposite ja DSI dengan MSI ni. Nak solat maghrib tadi, aku pergi melenggang ja. Tapi telefon tangan aku bawa la juga.

Bila dah iqamat, telefon tangan tu aku tumpang dalam beg Lina, classmate aku. Lina letak beg dia belakang je dari dia masa solat. (Kat sini, kau boleh tambah ayat; Memang nak jadi cerita lah katakan.)

Habis solat, aku buru-buru turun dari masjid. Masa nak sarung sandal, Lina panggil dari atas. Dia tanya mana telefon tangan aku. "Eh, aku letak kat compartment tepi beg kau la."

"Tak ada lah!" Suara Lina dah lain macam punya tinggi. Aku naik balik jumpa Lina. Rupanya, wallet Lina pun dah tak ada. "Patutlah aku dengar macam ada orang bukak beg masa sembahyang tadi." Lina.

Dah habis baca? So, dah tau kan apa jadi?

**********

Aku masih pakai nombor yang sama lepas ni. InsyaAllah Selasa ni, aku ke Maxis Centre untuk ambil sim card baru. Tapi nombor kau orang dah hilang la (untuk kau orang yang ada nombor aku). Kalau esemes aku, jangan lupa beritahu nama, oke.

**********

Ini kali kedua sebenarnya. Tragedi kali pertama, jadi masa aku tahun dua dulu. Yang dulu lagi angker lah tapi. Mungkin jodoh aku dengan Norkiah ni pendek. So, aku rasa lepas ni aku nak jodohkan diri aku dengan Sonia lah. What you say, huh?

Rabu, 16 Julai 2008

KERJAAN BESAR

Pembetulan. Masa adalah pada 12 p.m. Bukan 9 p.m.
(Klik gambar untuk saiz besar)

Selepas empat bulan tempoh praktis, 19 Julai adalah tarikh besar untuk kami satu kelas. Malam ini adalah malam terakhir kami berlatih sandiwara di dewan olok-olok. Esok malam dan seterusnya, kami akan beralih ke dewan bukan olok-olok. Ya, ini bukan main-main punya kerja! Ini serius beb. Kau orang doakan kami orang oke.



Sharing is caring.

Mulai esok malam, Dewan Sri Belian akan sunyi. Mak cik mini mart pun akan sedikit rugi. Kerana, bila praktis, makan adalah hobi kami. Tak percya? Kau tanyalah mak cik mini mart, kau tanyalah abang burger.


Satu malam mak cik mini mart boleh jual minimum lima kotak air teh krisantimum, soya dan laici yang satu liter itu. Belum masuk bun kacang merah, keropok jagung perisa durian atau biskut coklat. Abang burger pun boleh jual minimum sepuluh biji benjo, daging special mahu pun ayam double. Tidak termasuk kue teaw pattaya, nasi goreng cendawan atau pun mee goreng basah.




Mak cik mini mart, abang burger, jangan rindu kami ya. Dengan berkat makanan yang telah mak cik dan abang bekalkan, doakan kami berjaya dalam pementasan.

Lat but not least, to our beloved drama teacher. You're the man!

Ahad, 13 Julai 2008

SAYA ADA KAT SINI TAU

Batch 12. SMKASL.


Hai hamba Allah. Yang akan menjadi imam saya dan keluarga.

Saya tak tahu kamu di mana. Kamu pun tak tahu saya di mana. Kan? Tak apa. Masih awal lagi untuk kita berjumpa. Ada banyak hal lagi saya nak selesaikan. Saya nak kerja dulu, nak duduk dengan mak dan abah dulu, nak seronok-seronok dengan girlfriends saya dulu, nak macam-macam dululah.

Tapi tahukah kamu saya selalu doa pada Tuhan. Saya doa, kalau berjumpa kamu adalah lebih baik untuk saya dan agama saya, temukanlah kami dalam keadaan yang baik dan direstui. Saya juga minta, supaya kamu sentiasa diberi keselamatan dan dipelihara iman. Jadi, buat masa sekarang, hidup dengan baik ya, kamu. See you when I see you.

Khamis, 10 Julai 2008

DIA BELAJAR BUAT ROKET KERTAS

Di luar kelas. Sementara menunggu pensyarah sampai, tiga gadis pingitan main lipat-lipat kertas. Yang seorang kelihatan terkial-kial.

"Haih. Aku mana reti poligami ni!"

Senyap.

Dua saat.

Bwa ha ha ha ha!

Sabtu, 5 Julai 2008

Hanya DIA yang Berhak


Hai sahabat.

Tahukah kamu, walaupun kedudukan saya berada pada hierarki paling atas di antara sahabat kamu, saya tidak ada dan tidak mahu ada hak untuk menghalang perbuatan kamu, kecuali jika ia berkaitan dengan hukum Allah.

Yang saya mahu, cuma ini. Jika kamu tersadung atau terjatuh semasa berjalan di atas titi hidup, saya akan sedaya upaya membantu kamu untuk bangun semula. Dan membersihkan luka kamu. Tapi, tahan sedikit ya kalau saya letak iodin. :)

Khamis, 3 Julai 2008

SELAMAT KEPADA : Nabiha

Ziqah, Tiqah, Biha, and Ecah.
(KMM 2004-2005)


Tadi dapat panggilan dari bestest friend semasa di KMM (Kolej Matrikulasi Melaka). Dia baru melangsungkan pertunangan ahad lepas. Dan insyaAllah 08.08.08 ini, akad nikahnya.


MMS dia bersama tunangannya menyusul kemudian. Si tunang itu ahli sukan. Terkenal (Aku rasa). Jadi, untuk mengelakkan mana-mana media tahu, (Oh. Glemer sangatkah blog ni sampai ada press mahu tahu. Heh.) aku tak diizinkan untuk meletak gambar dua sejoli itu.


Jadi, untuk Nabiha Mustapha yang saya sayang dan Encik M, selamat bertunang. Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. :)


Me into marriage thingy? Uhuh. Long way to go, Atiqah.

Rabu, 2 Julai 2008

EMI IS READY TO BE A CARING MOTHER

Cameron Valley Tea Shop


Petang itu, kami sekeluarga ke Pekan Sungai Besar. Sampai satu kedai, Mak ajak Emi teman Mak untuk beli barang. Kami tunggu dalam kereta saja.

Lepas melintas jalan, mak tersadung dan jatuh. Emi pun ikut terjatuh sebab Emi pegang tangan Mak.

"Emi luka tak?" Mak tanya Emi. Emi geleng kepala. "Mak sakit tak?" Emi tanya Mak. Mak geleng kepala.

Mak, "Kenapa Emi tanya?"

Emi,"Emi kalau jatuh tak apa. Budak kecik memang selalu jatuh. Mak kan tak pernah jatuh."

Oh. Mau confuse lagi? Siapa mak, siapa anak. Eheh.