Rombongan Cik Kiah kali ni menuju ke Cameron Highland pula. Last minute plan. Ha ha.
Mau jawab tag Ina? Masih belum dapat ilham. He he
Jumaat, 30 Mei 2008
Selasa, 27 Mei 2008
MATA AKU BUKAN JULING TAU!
Aku rasa aku tak rabun. Memang pun. Dari darjah satu sampai sekarang, ujian mata masih lagi 6/6.
Dulu.
Tapi masalah aku, selalu salah orang! Dulu, siap aku peluk orang tu dari belakang, sebab ingat dia kawan aku. Tengok-tengok, aiyak! "Tak pe, orang memang selalu confuse saya dengan Yan." Nasib baik budak tu pandai cover. Hu hu.
Tadi.
Masa aku sibuk-sibuk nak naik bas balik rumah, aku nampak mamat sorang ni pakai baju oren. Azmi! Kawan aku masa sekolah rendah. Tapi sikit pun dia tak perasan aku.
Wah wah wah. Sombong betul mamat ni. Dia lupa ke aku pernah kasi dia tiru kertas Sains masa UPSR dulu. Huh. Dia tak tegur aku, aku pun malas nak tegur dia.
Sampai satu tempat, Azmi tekan loceng. Eh, ni bukan rumah dia. Apasal turun awal.
"Ini orang mau turun itu Sungai Besar." Azmi baju oren cakap pada pak cik driver.
Aiyoh! Mamat Bangla rupanya! Nasib baik aku tak tegur.
_____________________________
Sajak ketot
My heart said yes, but my brain was confused,
I wanted to confess, but my mouth refused.
______________________________
Nota kaki:

- Kala entri ditulis, aku tengah menonton sidang parlimen yang sedang... Kecoh la lu!
Ahad, 25 Mei 2008
SPR, here I come!
Terima kasih Abah, sebab besarkan saya.
Terima kasih Allah, sebab bagi saya Mak dan Abah yang best!
***************************
Updated : 26 May
Terima kasih para pengucap sekalian. Yang melalui SMS, Friendster, mahupun Facebook. Juga terima kasih kepada penyanyi lagu Happy Birthday. Ha ha ha

Sabtu, 24 Mei 2008
barbiedressup.NET
Di ruang depan ada mak cik-mak cik datang. Ada ustazah juga. Minggu ini, giliran rumah Mak untuk buat usrah.
Aku tak keluar. Cuma dengar dari jauh. Tak mau ngopeng (curi dengar) orang jawa kata. Alasan! Di ruang belakang, aku duduk-duduk sambil baca Jongkang-Jongket. Mata aku kejap-kejap jeling kat Emi yang tengah syok main game online.
Pakaikan baju anak patunglah, main masak-masaklah. Haih. Apalah budak Emi ni. Siapa entah yang ajar dia cari game-game tu. Tapi seronok juga. Baju anak patung tu cantik-cantik. Ada gaun, ada kasut, wig, dan segala macam aksesori ada.
Aku datang dekat Emi, "Tak cantiklah yang tu. Letak baju warna hijau tu cantik."
Emi tukar baju warna hijau. "Meh akak tambah wig," Aku, sambil tangan mengambil alih tetikus dari Emi.
Sepuluh minit lepas tu, tetikus masih belum bertukar tangan. Emi punya muncung dah boleh buat sangkut baju. "Kakak, nak main....."
"Nantilah. Bagi akak main. Aku kecik-kecik dulu mana ada macam ni. Tepi sikit." Muncung Emi tambah seinci.
Tiba-tiba, Mak datang dari ruang depan. "Kak, dah boleh hidang makanan." Emi senyum. Muncung dah hilang.
Aku bangun, capai tudung. Kemaskan lipatan kain batik. Melangkah ke depan menatang segala macam hidangan, sopan dan seayu mungkin.
Aku hipokrit? Taklah. Aku cuma bertindak ikut kesesuaian suasana. Well, life is a drama, right?
Bwa Ha Ha Ha Ha!

TUGAS UNTUK ENCIK POSMEN.

Kak Lily punya, dah selamat sampai. Harap-harap, yang lain pun dah dapat. =)
By the way, semalam masa aku ke kedai di pekan, aku nampak item yang di dalam sampul tu, ada dijual kat sini juga! Ha! Ha! Ha!
Khamis, 22 Mei 2008
PENGUMUMAN PENDEK
Gangguan Teksual hanya tinggal dua naskhah. Untuk sesiapa yang meng-emel saya untuk menempah GT tempoh hari, sila beri maklum balas segera. Jika tidak, katakan bye-bye kepada lipas seksi itu. Ahaks!
KENDURI IKAN MASIN
Blog Tok Sidang Jamil (Belakang rumah aku). Di alih bahasa dari Jawa ke Bahasa Malaysia.
"Pak nya. Saya bau ikan masin lagi malam ni." Yam kata, dengan muka risau.
"Kenapa? Mak nya ngidam nak makan ikan masin? Eh, mak nya bukan dah menopous ke? Kenapa ngidam-ngidam pulak ni." Aku
"Bukan saya ngidam pak nya. Tu ha. Bau ikan masin dari rumah Cikgu Nasir tu. Semalam bau. Hari ni pun. Anak-anak dia makan ikan masin hari-hari. Kesianlah saya kat diorang." Yam beri alasan untuk kerisauannya.
"Ooo. Alah. Biasalah. Dah tengah bulan ni kan. Orang-orang gomen, gaji dia hujung bulan baru masuk." Aku

**********************
Blog aku.
Pagi. Hari aku pulang ke semenanjung, Cik Ajib bawa aku pergi Pasar Ikan Masin. Habis dia borong ikan dan udang kering sampai penuh satu kotak Maggie.
Semalam pagi. Aku sarapan nasi lemak. Goreng ikan gelama masin. Petang semalam. Mak buat asam pedas ikan pari. Aku goreng ikan terubuk masin. Lauk makan malam. Tadi Cik Lah dan keluarga datang. Aku goreng ikan masin lagi. Ada tom yam juga.

- Sayu aku lihat Nuha dah pandai basuh pinggan sendiri lepas makan. Sejak ibu dia sakit, budak-budak tu nampak lebih berdikari.
- Idea entri diciplak dari sini.
Selasa, 20 Mei 2008
TOLAK DUA JADI SATU
Menjadi orang dewasa memang bukan mudah kan? Apatah lagi untuk orang yang mahu masuk alam dewasa itu. Macam aku. Ahakz!
Aku belum mahu jadi dewasa. Dan aku belum bersedia berfikiran seperti dewasa. Ha ha ha.
Jadi perkara seperti ini, aku serah saja pada mak untuk difikirkan.
Kawan, mula-mula, berat tahu. Mahu mulakan kata-kata.
"Mak. He he he," aku. "Kenapa?" Mak
"Masa Nani telefon Tiqah hari tu kan. Hu hu hu," aku lagi.
"Ha. Kenapa?" Mak pula.
"Mak Nani bla..bla..bla.. Hu hu. Lepas tu kan dia bla..bla..bla.. Hu hu. Macam mana ni mak?"
Mak, sekejap aja fikir.
"Zaman sekarang ni kak, dah tak ada mak bapak yang cari kan.
Laki dengan perempuan tu kena la kenal dulu.
Nanti ha, jadi macam bla..bla..bla.
Sibuk mak ayah yang cari kan bla..bla..bla.
Dah siap edar kad jemputan, tiba-tiba laki tu tak mau kawin. Bla..bla..bla.."
Aku terangguk-angguk mendengar.
"Cakap aja, dengan mak Nani, Kakak tak kenal orang tu. Mana boleh buat macam tu," Mak lagi.
Aku terangguk-angguk mendengar.
Untuk jadi dewasa memang bukan mudah kan?
Jadi perkara seperti ini, aku serah saja pada mak untuk difikirkan.
++++++++++++++++++++++++++++++++
Untuk Kak Yang, Diya, t.a.t.a dan Ina sayang. Terima kasih atas nasihat. Kepada Enche' Rasso juga. Terima kasih ya. =)
Azreen, Kimie dan Tasik Merah @ Kak Ain (Boleh panggil macam ni?), jangan pengsan-pengsan oke. ;D
Kak PY dan Pocket, dan Ijat, I masih kecil ok. Masih belum mahu fikir hal orang dewasa itu. :P
To Ijat again, thank you for lending your ears. ;)
+++++++++++
+++++++++++++++
+++++++++++++++
Ahad, 18 Mei 2008
MAK NANI
Malam tadi aku bergayut. Dengan 'bestest-friend' aku dari sekolah lagi.
Nani: Mak aku ajak datang rumah.
Aku : Kat Pulau Indah? Alamak, macam tak sempat je. Ada kerja la cuti ni.
Nani: Oo.. tak de. Dia tanya aku hari tu. Kau belum ada pak we kan Tiqah?
Aku : Mestila belum. Ha ha ha. Kenapa? Mak kau nak carikan ke?
Nani: Aah wei! Terkejut aku. Dia dah siap cerita kat mak cik tu pasal kau. Kau nak?
Aku : *Guling-guling sampai pengsan*
P/S: To Azie, kau jangan pengsan tau.

Sabtu, 17 Mei 2008
PORING CANOPY WALK
Di Kolam Air Panas Poring, ada dua lagi tarikan selain kolam air panas. Taman Kupu Kupu dan Poring Canopy Walk.

Kami mau ke canopy walk itu.
"Nanti kalau siapa-siapa yang tak larat, Kak Tiqah tinggal tau," Aku, menunjuk heroin pada dua hero kecil Syafiq dan Syahmi. Sepupu aku.
Sebelum berjumpa dengan jambatan gantung dari pokok ke pokok itu, kami harus mendaki bukit. Sedikit aja. Dalam 500 meter lebih kurang.
Pada ketinggian 100 meter, jantung aku berdegup lebih pantas.
200 meter, aku dah mula letih. Hero-hero kecil itu masih boleh berlari, menaiki tangga.
Sampai pada ketinggian 300 meter, pokok yang sebatang aku nampak macam dua batang. Kemudian kami nampak pondok. Aku suruh budak-budak tu duduk. "Rehat dulu," sepertinya aku suruh mereka yang rehat. Padahal kepala aku yang berpusing.
Tiba-tiba esofagus terasa senak. Dan...
Uwekk! Habis terkeluar sosej ayam berkeju yang aku telan sarapan tadi. Hampeh. Hilang ke-kakak-an aku depan Syafiq dan Syahmi.
Selepas setengah jam aku terlonglai, akhirnya aku dapat kekuatan untuk teruskan pendakian. Alhamdulillah.
Video, bukan dari aku. Tapi aku cilok di youtube.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Video, bukan dari aku. Tapi aku cilok di youtube.
CAMPUR SATU JADI TIGA
Sudah dua kali. Mimpi yang sama. Buat aku terbangun dengan jantung berdegup kencang dan berpeluh.
Kenapa ya?
Aku rasa aku kena tanya pada Dia. Jika Dia kata masanya sudah tiba, aku terima. Jika belum, juga aku terima.

Jumaat, 16 Mei 2008
MAMA! AKU PULANG SUDAH.
Alhamdulillah. Pendaratan kapal AK 5111 milik Kapten Albert telah berjaya dibuat dengan cantik dan macho di atas landasan tepat jam 1900. Ramah betul ketua pilot tu. Sama ramah dengan Encik Jackson yang duduk sebelah aku tadi.
|-::Pengumuman - Encik Jackson sedang mencari gadis Sabah untuk dibuat pasangan hidup. Hubungi beliau jika berminat::-|

Penerbangan kali ini tiada pramugara sekacak pramugara Collin Tan (KL-KK) tempoh hari.
Jadi mata aku tiada masa untuk melilau. Meng'usya' pramugara yang lalu-lalang. Menjual mee segera enam ringgit secawan dan nasi lemak lapan ringgit sepinggan itu.
Kisah di Sabah, nanti-nanti aku cerita. Sedikit-sedikit.
Menulisnya saya pada malam ini, adalah untuk memberi sedikit khabar gembira untuk pengomen-pengomen pada entri di bawah. Sedikit sahaja. Ya. Untuk entri di bawah. Iaitu seuncang, seorang. Teh Sabah.
Syaratnya, beri alamat kau orang pada aku. Emelkan alamat kamu ke nashiqah[AT]gmail[DOT]com. Boleh kan? *bling-bling*
Nota kekakian:

Untuk Abah, Mak, Cik Pah, Cik Lah, dan semua para guru di Malaysia.
SELAMAT HARI GURU!
GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG
GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG
Nota kekakian:
- "Boleh bah kalau kau". Dialog popular yang sedang berlangsung di Sabah.
- Elemen narcissism aku sungguh kuat bila entri aku dulu yang aku selak, bila dapat baca GT sesampainya di rumah. Ha ha
Langgan:
Catatan (Atom)