Jumaat, 8 Februari 2008

GONG XI NI

Penat. Sebab hari ini ikut abah beraya ke rumah pelajar-pelajarnya. Tapi berbaloi kerana aku, Ya dan Emi dapat mengumpul ang pao. =D

Lapan buah rumah kami berziarah. Bawa sekali tiga orang amoi hok come nok mapuh. Rupa-rupanya, mereka pun dah pandai menggunakan balang kuih raya untuk dihidang kepada tetamu. Air minuman, tidak banyak pilihan. Teh bunga, tebu dan lai
ci. Dalam kotak berjenama Drinho dan Yeo's.

Ada satu dua rumah abah sembang tak ingat punya lama. Nak tertidur aku tunggu. Ada satu keluarga tu, bapa dan anaknya, dua-dua anak murid abah. Bayangkan betapa lamanya abah dah mengajar di sekolah itu. Abah mengajar Pendidikan Moral, sebab itu ramai pelajar Tiong Hua rapat dengan abah.

Sebelum ke rumah terakhir, kami makan di Restoran Pak Din Kurau. Pelik aja mata-mata yang melihat abah berkopiah putih jalan dengan amoi berpeha putih. Ada seorang mak cik tu tanya. Bawa anak angkat jalan-jalan ke? Guling-guling aku dengar.


Aku suka dengan situasi begini. Sepertinya cita-cita Tunku nak lihat masyarakat majmuk di Tanah Melayu tercapai. Aku harap hanya segelintir kita saja yang berfikiran aneh-aneh.


Nota kekakian:
  1. Aku rasa aku jumpa kerepek yang pak cik Dugong cerita tu. Memang sedap.

4 ulasan:

rasso berkata...

takde gambo amoi ker? alahai~

(putih)

Tok Rimau berkata...

aku sakit perut makan limau. banyak sekali.

A t i Q a h berkata...

rasso,
gambar sudah dirakam di dalam otak. tak tau nak keluarkan macam mana. haha

tok,
makanlah...pil chi kit teck aun!

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.