Sabtu, 16 Februari 2008

KISAH ABAH DAN AH MOI CHANTEK

Mak lipat baju dilantai. Aku golek-golek atas katil di bilik mak abah (Atiqah yang pemalas =p).
Tiba-tiba aku nampak majalah hiburan berbahasa Mandarin terperosok dalam bakul baju yang mak lipat. Dengan sopan-santun aku minta tolong mak capaikan majalah tu (pemalas punya Atiqah ;p).

'Abah rampas majalah budak lagi ke mak?' Aku tanya. Mak kata. 'Taklah. Budak tu yang belikan untuk abah.' Apakah? Abah bukan tau baca tulisan Cina pun.

'Gambar abah ada dalam tu.' Apakah lagi? Macam mana gambar abah masuk majalah Cina ni. Kalau gambar abah masuk Harakah sebab masuk Pas dulu masuk akal lah juga.

Selak punya selak, nampaklah gambar abah berkopiah putih. Di samping ah moi-ah moi chantek berseragam sekolah. "Budak-budak tu hantar gambar diorang dengan abah ke majalah tu. Bila keluar, sibuklah diorang nak tunjuk kat abah." Mak memberi kata-kata akhir sambil tangannya sibuk melipat baju. Dan aku terguling-guling di atas katil.



12 ulasan:

فيصل berkata...

wah.. abah kamu masuk majalah.. heheh.. seronok kamu gelakkan abah kamu

Ivan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
missyizzati berkata...

haha.
kamu kena terima hakikat.
abah kamu lebih popular dari kamu.
=P

Tok Rimau berkata...

Tok masuk BH. Sabtu lepas.

Tapi.

Vovin masuk BH + RTM. Sabtu lepas juga.

Dan. Tok tidak jadi riak.

ف wildchild ۞ berkata...

wah. bestnye abah dapat masuk majalah... tumpang glamer leh? hehehe

A t i Q a h berkata...

fa ya sad lam,
sebab masuk majalah yang tak masuk akal. sebab tu teman gelak.haha

missyizzati,
tak apa.teman terima aja.nanti dah besar macam abah, teman mau lebih glamour.dush

tok,
fasal maskara 6 ke tok masuk BH?
waaa...

wildchild,
nanti teman tanya abah.huhu

blackpurple @ jowopinter berkata...

Imbaslah gambar itu. Masukkan dalam blog.

:D

ف wildchild ۞ berkata...

iya. setuju sama blackpurple!

A t i Q a h berkata...

BP & wildchild,
itu cerita berapa tahun sudah. Dah tak jumpa majalah tu bila pindah rumah baru. =)

azie berkata...

lor..mase tu kamu masih kecil ke?siap guling2 atas katil mak ayah:p

me yginsaf berkata...

alahai, baru me nk tanya pasal gambar abah kamu itteww..

A t i Q a h berkata...

Azie,
kecik dua tahun dari sekarang mungkin. haha

Me,
mak suka buang-buang majalah yang lama. Jadi mungkin mak dah buang majalah tu.isk