Ahad, 24 Februari 2008

MALAM TUJUH LIKUR

Kami berempat makan di kantin waktu tengah hari. Liew dengan rotinya, aku, Ain dan Kak Yan dengan nasi dan lauknya. Sebelum mula sesi petang, memang kami selalu makan sama.

Tiba-tiba Ain buka topik fasal malam tujuh likur (masa tu seminggu sebelum Ramadhan). Kita kena pasang pelita dekat rumah. Supaya nanti roh tok nenek kita nampak jalan nak datang rumah. Lalu aku bantah. Tu semua karut aja. Tapi Ain kata dia pernah dengar seorang ustaz yang kata macam tu. Kita ni cukuplah dengan doakan roh tok nenek kita di sana. Kak Yan sambung.
Liew yang aku tak tahu dan dia sendiri tak tahu apa agamanya. 'Kalau kita dah pindah rumah, macam mana roh tu nak tau alamat baru kita?'

Dush3x!!

14 ulasan:

rasso berkata...

ha ha ha...

Tok Rimau berkata...

1. Kalau kita pindah alamat, posmen pun tak boleh cari. So, biarkan IC dan Lesen berasingan alamat. Saman ekor tak dapat jumpa kita.

2. Kalau Tok ke Maskara, Tok belikan Opera Angkasa. Kalau Tok ke Good Hope, kita jumpa di sana. Masih tak tetap fikiran nak gi yang mana satu. Nak tengok seni atau tengok baju mahal?

A t i Q a h berkata...

rasso,
hi hi hi.

tok,
1. Supaya nanti kita nak perbaharui lesen, tiba-tiba tak boleh. Kan?

2. Saya, tengok seni tak dapat, tengok baju mahal pun tak dapat. Saya bawa hati ke tempat lain. huhuhu

azie berkata...

tok, nak mengundi ikut alamat ne plak?

kekCoklat berkata...

Salam tiqah...Ahaa...dah ade layout baru...Aq seram part roh cari umah .... LArikk....

A t i Q a h berkata...

jawab tok, jawab!huhu

kekcoklat,
salam. Lama dah aku tukar layout ni. Ko je yang tak pernah singgah. =P

Azhar Ahmad berkata...

Hahahhahah, memanglahhhhh....

Kamu nih sarkastik...

Salam kenal dari Teratak Nurani...

en_me berkata...

wakakah..

Sidik Al Amini berkata...

sekarang pun banyak hantu yg ade banyak alamat tempat mengundi,

kesimpulannya orang melayu memang suka hantu dan perkara yang berkaitannye, aku uwong jowo..hahah

A t i Q a h berkata...

Azhar,
bunyinya memang sarkastik, tapi yang tanya soalan tu inesen orangnya.he

En_Me,
kikiki

Pak Sidik,
mbien moso cilik, bukan kuwe ke nangis-nangis wedi karo momok..hahaha

ف wildchild ۞ berkata...

Kalau kita dah pindah rumah, macam mana roh tu nak tau alamat baru kita?
malu bertanya, sesat jalan. no hp kan ada ;p

A t i Q a h berkata...

Wildchild,
tak boleh la, tok nenek kita tak buat wasiat suruh tanamkan hp sekali. Duit syiling pun tak ada.

ah tok berkata...

kalau mendung tak semestinya alamat nak hujan kan kan kan?

A t i Q a h berkata...

Encik ah tok,
saya yang naif ni tak dapat tafsirkan ayat encik.. =P