Khamis, 21 Februari 2008

SI CANTIK ITU RAKSASA SEBENARNYA

TUTOR: (Datang dari arah kastil) Mestikah kau buat begitu pada seorang hamba?

Puteri

TUTOR: Tak bolehkah tuan puteri bersikap seperti seorang wanita?

Puteri


TUTOR: Jangan bertindak seperti seekor raksasa!

Puteri

TUTOR: Saya cakap elok-elok ni puteri. Saya risaukan puteri aja. Puteri tak pernah fikirkan

orang lain. Nanti kalau puteri tersalah menghina orang, padan muka.

Puteri

(GUARDS appear and she points to TUTOR)

TUTOR: Apa hal ni? Saya mana ada salah.


Kemunculan pertama dan terakhir encik Tutor. Beliau kemudiannya dipancung kepala oleh algojo negara Callentine. Maka tamat lah riwayat encik Tutor.

Sangat tak glam watak aku. ho ho..

16 ulasan:

rasso berkata...

puteri ittew?

kamu??

ermmm....

izzati fuad berkata...

ahaha..
begitu jua watakku..

Tok Rimau berkata...

Begini. Sebagai seorang pelakon veteran, Tok nasihatkan agar Atiqah menghayati watak itu.

Bagi yg terbaik. Watak kecil pun boleh steal the show tau.

Kalau bagus nanti, boleh kami cast masuk BALO 2.

A t i Q a h berkata...

Rasso,
owh, puteri iteww nanti lebih glam dari saya.

Missyizzati,
lihat kata-kata semangat dari tok. fuhh!

Tok,
baik tok. Saya akan berlatih dengan bersungguh-sungguh.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Fairuz berkata...

haha.. walaupon 5 baris, tapi kene buat serius siket tuh ;p

azie berkata...

muahaha..ko dapat gak 5 baris..aku dapat3 ke 4 ntah,hehe..

tok, kalau de watak lalu lalang kat belakang wak dlm BALO 2, panggil saya audition k.
plizzz...:p

A t i Q a h berkata...

Wildchild,
baik. Saya akan buat muka garang. Datang ya nanti, tapi jangan bawa tomato.

Azie,
bab lalu-lalang dalam gambar kita memang sangat berbakat kan..

Amyz! berkata...

Bila pementasan? Bagitau tau. ;-)

izzati fuad berkata...

wah.hebat sungguh nasihat tok rimau..atiqah,bukankah kamu punya dua watak?

kamilz berkata...

Mana watak mu.. yang berdialog ke yang tidak.. huhuuhu

http://www.photo-digital.org

en_me berkata...

aha, memang lawak.. wakaka

A t i Q a h berkata...

Kak Amyz,
sebulan setengah dari sekarang mungkin. Nanti saya reservekan satu tempat duduk untuk akak ok. =D

missyizzati,
betul. Watak sebagai peasant. huhu

Pak Mil,
watak yang ada dialog tu lah. Dialog puteri sangat panjang untuk entri ini.haha

me yginsaf,
lawak??Seorang tutor yang baik dipancung kepalanya, kau kata lawak??

Fairuz berkata...

tomato? tidak sama sekali.

mungkin bawang besar sahaja ;p

A t i Q a h berkata...

Wildchild,
jangan!Kau digalakkan bawa bunga aja.hehe

Yana Ismail berkata...

huhu..Mandy in the house..
alah dear..5 line pun..you still jadi tutor terbaik negara Callentine.."i mean it in the kindest way, Princess"..hik3..muke innocent jer..walaupun sakit ati