Jumaat, 29 Februari 2008

ATTENTION!!


Huh. This is annoying man.
I can imagine how they are going to brainwash the passengers.
Anyway, passengers dearie, don't get influenced, okay!

Ahad, 24 Februari 2008

MALAM TUJUH LIKUR

Kami berempat makan di kantin waktu tengah hari. Liew dengan rotinya, aku, Ain dan Kak Yan dengan nasi dan lauknya. Sebelum mula sesi petang, memang kami selalu makan sama.

Tiba-tiba Ain buka topik fasal malam tujuh likur (masa tu seminggu sebelum Ramadhan). Kita kena pasang pelita dekat rumah. Supaya nanti roh tok nenek kita nampak jalan nak datang rumah. Lalu aku bantah. Tu semua karut aja. Tapi Ain kata dia pernah dengar seorang ustaz yang kata macam tu. Kita ni cukuplah dengan doakan roh tok nenek kita di sana. Kak Yan sambung.
Liew yang aku tak tahu dan dia sendiri tak tahu apa agamanya. 'Kalau kita dah pindah rumah, macam mana roh tu nak tau alamat baru kita?'

Dush3x!!

Khamis, 21 Februari 2008

SI CANTIK ITU RAKSASA SEBENARNYA

TUTOR: (Datang dari arah kastil) Mestikah kau buat begitu pada seorang hamba?

Puteri

TUTOR: Tak bolehkah tuan puteri bersikap seperti seorang wanita?

Puteri


TUTOR: Jangan bertindak seperti seekor raksasa!

Puteri

TUTOR: Saya cakap elok-elok ni puteri. Saya risaukan puteri aja. Puteri tak pernah fikirkan

orang lain. Nanti kalau puteri tersalah menghina orang, padan muka.

Puteri

(GUARDS appear and she points to TUTOR)

TUTOR: Apa hal ni? Saya mana ada salah.


Kemunculan pertama dan terakhir encik Tutor. Beliau kemudiannya dipancung kepala oleh algojo negara Callentine. Maka tamat lah riwayat encik Tutor.

Sangat tak glam watak aku. ho ho..

Selasa, 19 Februari 2008

SELAMAT KEPADA : AZIE



Moga sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dan rahim ALLAH.
Sayang kamu sangat-sangat! =)

KERJAAN BESAR

Ini bukan kerja main-main. Untuk beginner seperti kami, ini adalah sesuatu yang sangat mengujakan. Harapan aku, ia akan dipentaskan dengan jayanya. Walaupun, watak aku hanya mempunyai lima baris dialog saja. Tapi ia sudah cukup mengujakan. Awww!

Chu Chu sedang di'audition'.




Susah rupanya audition ini. isk

Sabtu, 16 Februari 2008

KISAH ABAH DAN AH MOI CHANTEK

Mak lipat baju dilantai. Aku golek-golek atas katil di bilik mak abah (Atiqah yang pemalas =p).
Tiba-tiba aku nampak majalah hiburan berbahasa Mandarin terperosok dalam bakul baju yang mak lipat. Dengan sopan-santun aku minta tolong mak capaikan majalah tu (pemalas punya Atiqah ;p).

'Abah rampas majalah budak lagi ke mak?' Aku tanya. Mak kata. 'Taklah. Budak tu yang belikan untuk abah.' Apakah? Abah bukan tau baca tulisan Cina pun.

'Gambar abah ada dalam tu.' Apakah lagi? Macam mana gambar abah masuk majalah Cina ni. Kalau gambar abah masuk Harakah sebab masuk Pas dulu masuk akal lah juga.

Selak punya selak, nampaklah gambar abah berkopiah putih. Di samping ah moi-ah moi chantek berseragam sekolah. "Budak-budak tu hantar gambar diorang dengan abah ke majalah tu. Bila keluar, sibuklah diorang nak tunjuk kat abah." Mak memberi kata-kata akhir sambil tangannya sibuk melipat baju. Dan aku terguling-guling di atas katil.



Khamis, 14 Februari 2008

MUSYKIL

Kenapa.

Malam ini.

Sangat banyak kerja api (terjemahan terus)?

Hari ini, sudah hari ke lapan Cina punya tahun baru.

Saya musykil lah.

Di Payung Taman U tadi ada. Dari bilik, datang dari arah Teluk Danga pun ada.

Saya musykil lah.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Dua minit kemudian, aku dah ingat. Hari Valentine rupanya. Alahai. Dari tingkap bilik, aku nampak deretan kerja api dalam lingkungan dua ribu meter jaraknya.

Dan aku terjeda. Tuhan, apa agaknya yang sedang berlaku ya sekarang. Tuhan, aku takut kalau-kalau muda-muda yang mengaku Islam, enak-enak bermaksiat. Aku takut. Sungguh.

Selasa, 12 Februari 2008

SUATU PETANG DI ARKED CENGAL

Mau sore. Aku lungo Arked Cengal. Arek tuku melo ais nggawe buko poso. Aku njajal ngomong jowo karo wak seng njogo kaunter. Serunuk e dee, temu karo wong sak bongso. Bioso ne, nek wong jowo temu wong jowo, enek roso koyo mesra gitu.

Dee pernah mondok neng Sabak, moso dee numpang omah pak de ne. Aku tekon, kenal rak karo Kiai Ma'som, arwah mbah ku. Dee kenal, karo Mbah Yunus pun dee kenal.

Tapi dee ngomong, jowo ku orak peket. Alah. Biosolah, aku neng omah bukane ngomong jowo banget. Karo mbah wae aku ngomong. Kui pun sitik-sitik wae. Rak opo lah, sak kurang-kurange aku reti lah ngomong. hehe

Kau orang ada faham? ngeh ngeh ngeh

Isnin, 11 Februari 2008

...

Aku dah teliti.


Atas. Bawah. Kanan. Kiri.


InsyaAllah tiada kontroversi.



Nah. Hambik ni tok!

Jumaat, 8 Februari 2008

GONG XI NI

Penat. Sebab hari ini ikut abah beraya ke rumah pelajar-pelajarnya. Tapi berbaloi kerana aku, Ya dan Emi dapat mengumpul ang pao. =D

Lapan buah rumah kami berziarah. Bawa sekali tiga orang amoi hok come nok mapuh. Rupa-rupanya, mereka pun dah pandai menggunakan balang kuih raya untuk dihidang kepada tetamu. Air minuman, tidak banyak pilihan. Teh bunga, tebu dan lai
ci. Dalam kotak berjenama Drinho dan Yeo's.

Ada satu dua rumah abah sembang tak ingat punya lama. Nak tertidur aku tunggu. Ada satu keluarga tu, bapa dan anaknya, dua-dua anak murid abah. Bayangkan betapa lamanya abah dah mengajar di sekolah itu. Abah mengajar Pendidikan Moral, sebab itu ramai pelajar Tiong Hua rapat dengan abah.

Sebelum ke rumah terakhir, kami makan di Restoran Pak Din Kurau. Pelik aja mata-mata yang melihat abah berkopiah putih jalan dengan amoi berpeha putih. Ada seorang mak cik tu tanya. Bawa anak angkat jalan-jalan ke? Guling-guling aku dengar.


Aku suka dengan situasi begini. Sepertinya cita-cita Tunku nak lihat masyarakat majmuk di Tanah Melayu tercapai. Aku harap hanya segelintir kita saja yang berfikiran aneh-aneh.


Nota kekakian:
  1. Aku rasa aku jumpa kerepek yang pak cik Dugong cerita tu. Memang sedap.

Khamis, 7 Februari 2008

MISTER LO BALO BA

Aku dah tonton BALO. Semalam, sambil tonton Buletin Utama.
Tiba-tiba aku rasa rugi sebab dah baca ceritanya dalam Ayah Kita Bos. Kalau aku tak baca mesti aku tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Barulah thrill. Uhuk-uhuk.

Bila ada muka-muka yang aku kenal enterprem dalam itu gambar. Lagi-lagi bapak si Sompek. Pensyarah kesayangan kami tu! Aku dah guling-guling dulu. Seronok sebenarnya.

Lagi satu aku nak guling-guling, watak lelaki-lelaki, semuanya tahap sebaya pak cik-pak cik. Tapi bila watak perempuan, macam adik-adik lagi. Apakah maknanya itu? Hanya tuan pengarah dan tukang tulisnya yang tahu. =p


Nota kekakian:
  1. Xin Nian Kuai Le!

Isnin, 4 Februari 2008

MASKARA 6

Baru sempat menjengah ke blog kesayangan setelah beberapa hari di rumah. Alahai.
Makanya, baru hari ini dapat bercerita tentang Maskara 6. Kami sampai lewat, ditambah lagi dengan tawaf yang entah beberapa kali di Jalan Bukit Petaling. Nampak sudah kelibat manusia-manusia di Rumah Pena, tapi kami tak menemui jalan masuk. Gelap sangat! Tapi kami berjaya akhirnya. ho ho

Ketika sampai, mereka sedang makan-makan sambil menunggu second round. Rugi betul lah. Tapi lima persembahan terakhir memang tak merugikan. Persembahan pertama yang aku tonton, Nuras. Sedap. Persembahan terakhir, dari MatJan. Dah berapa malam agaknya dia menghafal lirik itu. ha ha. Aliff Firdaus dan rakannya juga berjaya menipu mata rakyat. Hampas betul.

Pertama kali melihat Maskara. Aku enjoy banget. =)




Nota kekakian:
  1. Kredit yang tak terhingga untuk Pak Mil yang sanggup drive aku ke sana. Siap dengan pakej bersiar-siar di Putrajaya selepas itu. Percuma!
  2. Am I going to write the same way again? Sejujurnya aku yang naif ini (blueh!) tak faham soalan TokR. Erkkk!

____________________________________________________________________

Edisi tambahan.
Aku lupa nak kabo, aku jumpa suami kepada anak tok imam kampung aku. Menarik!

Sabtu, 2 Februari 2008

SELAMAT KEPADA : Farah

Buruknya tudung olok-olok itu! Farah belum jadi saudara baru lagi waktu ini.


Tinggal beberapa jam lagi aku nak tinggalkan Universiti Selatan. Jangan rindu sama aku ya. blueh!

Tiba-tiba aku teringat akan kawan aku Farah Hidayah Chia Mei Ling. Hari ini dia akan bernikah!
Bakal suaminya penuntut di kampus ini juga. Alhamdulillah, dia telah bersedia menerima tugas baru untuk menjadi isteri sekarang. Bestnya!

Eunice(namanya sebelum menjadi saudara baru), ni pelik sikit. Apa yang pelik. Biarlah aku saja yang tau. Apa-apapun, tahniah ya sayang. Semoga ibadahmu bertambah baik, dan berbahagia disamping Mohd Amin.

PULANG KE LUBUK

Esok, Sabtu. Ye ye balik kampung. Ye ye balik kampung.
hu hu hu
Singgah Planet Pena sebentar untuk merehatkan minda.