Rabu, 22 April 2009

Of the Two Women and The Advices


Semalam. Aku ditemukan kata-kata indah terlahir dari dua wanita yang amat aku kagumi dan hormati. Keduanya bergelar guru dan ibu. Suara yang telus lembut dari Mak dan mata yang tulus jernih dari Dr Masdinah (Penyelia PSM aku) menusuk terus dalam hati.

Mak, selepas usai kertas pertama peperiksaan memberitahu, beliau dapat bangun malam dan bersolat. Dan paginya pula, dimasukkan pula doa untukku sewaktu sunat Dhuhanya. Tuhan, jadikan aku bonda seperti itu, aku mohon.

Dr Mas, seolah memberi pesan terakhir sebelum aku menyambut hidup di luar universiti. Jadi guru harus ikhlas. Jadi guru, wujudkanlah biah yang solehah (suasana yang baik) dan qudwah hasanah (contoh yang baik). Jadi guru itu mulia, bekal amal untuk di alam sana nanti. Tuhan, jadikan aku guru seperti itu, aku mohon.

Walaupun mungkin itu cuma susunan perkataan yang lazim mereka tuturkan. Tapi masih, hati seorang Atiqah tetap terkesan.

20 ulasan:

azie berkata...

isk,
sayu aku tau. tetiba rasa sedih nak tinggalkan alam belajar.

ada sikit rasa macam nak masuk alam perkahwinan,kah kah kah

NM. Amalina berkata...

ibu n guru..
yeah..
org t'pnting..
=)

paiseh berkata...

nanti public holiday rajin2 laa dtg johor belanja tokrimau air suam sama roti nan.

Yana Ismail berkata...

hm..btol. sedih.bila dgr supervisor bg nasihat yg menusuk jiwa raga..alaahai..

ciskek azie..nk kawin je ek..eh eh aku pun nak..kah kah;P

I doakan u, bjaya syg..aminnn.;)all the best;)

Adry berkata...

betul tu... walaupun kita dah tahu ayat ayat lazim nasihat yang orang beri .. tapi bila ianya dituturkan dengan ikhlas, memang akan terkesan di hati


Adry @ http://www.adrysabry.com

addyaholix berkata...

kamu buat saya kenangkan zaman belajar dulu. rindu pada teman-teman.

A t i Q a h berkata...

Addy,
kenangan terindah. :)

Adry,
yeap.=)

Ina,
will be missing you babe. =|

Paiseh,
dah tentulah. Beliau kan papa angkat kami. Haha.

Amalina,
penting amat.

Ndok,
nanti aku nak cerita problem aku kat siapa kalau kau dah jauh? :(

Tanpa Nama berkata...

Betul tu...dan ingat ye alam pembelajaran dan alam pekerjaan adalah dua situasi yang teramat,di situlah kita akan berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia.All the best for all of you...

aza ni berkata...

selamat berjuang cikgu.

kdee berkata...

cikgu!!!!

Encik Shino berkata...

Jadilah yang terbaik. Bukan untuk siapa tp untuk anak-anak bangsa KITA!

Hidup TIQAH!
Hidup Pak Lah..
Hidup Dato' Najib..

erkk :P

azie berkata...

ndok,
bilik sape aku nak lawat kalau bosan?

siapa nak jadi partner nyanyi rock kapak aku?

siapa nak jadi partner in crime aku versi muslimah nanti?

siapa?

hu~

tasekM berkata...

amin...

doa yg baik2 buat kamu dik... :


.

AieSha berkata...

kalau aku bukan seperti sekarang ni, aku mungkin sudah bergelar guru. huh.

Danielle_Corleone berkata...

Cinta semestinya wujud dengan wanita.

ckLah @xiiinam berkata...

Mak mu yang baik itu....
Juga satu-satunya kakak ku...
Yang paling baik di dunia ini...
Aku kagum akan dia...
Sungguh anakandaku...




Qah...
cikLah pun cikgu...
Errrr...tak mau jadi macam ckLah jugak ke?
Muehehe...

zino berkata...

beruntung nya...

Yazid Husain berkata...

selamat hari ibu

bukan orang pinkish berkata...

i believe u can be a good mother and teacher...;)

A t i Q a h berkata...

Sab,
amin... thanks sayang. :)

Yazid,
selamat hari ibu juga. Hahaha.

Uncle Zino,
anak2 uncle pun mesti beruntung juga. ;)

Cik Lah,
Tiqah tak pandai Sejarah macam Cik Lah. Huhu.

Danielle,
ah. Puitis.

Aie,
tak pe. Allah letakkan kamu di tempat yang sepatutnya. :)

Kak Tasik,
terima kasih kak. =)

Azie,
Mr Z kau lebih hebat merock kapakkan diri apa. Huhu.

Shino,
untuk agama juga. :)

Kdee,
yaa!

Encik Azani,
terima kasih. +)

Aunt Nadine,
harap2 dapat la survive. Huhu.