Ahad, 4 Januari 2009

Otak yang Warnanya Merah Jambu.

Kau tengok depan. Ada dia. Hei, aku nak jadi macam dia bila besar nanti.

Kau tengok atas. Ada beliau. Oh, aku nak jadi macam beliau bila besar nanti.

Kau tengok sisi. Ada mereka. Eh, aku nak jadi macam mereka kalau besar nanti.

Terus. Selalu dalam minda kau, mahu jadi macam dia. Macam beliau. Macam mereka.

Tapi bila waktu besar menjelma, kau pandang depan, atas dan sisi. Hei. Oh. Eh. Kenapa tak dapat jadi macam dia, beliau atau mereka.

Kau pandang semula waktu silam. Kau toleh cari yang tak kena. Sempurna. Sama dan serupa, tindakan kau nak jadi semua kata ganti nama ketiga di atas.

KOMA.

Sehalus mulus corak di ibu jari pun. Tuhan boleh ciptatentu-kan rona yang berbeza-beza antara hambaNya. Apatah lagi hidup kau, dia, beliau dan mereka. Yang semuanya berlainan warna dan lukisannya.

22 ulasan:

saudagar gaRAM.. berkata...

deep..
dalam..


lu nak jadi gua tak?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

selalu kan camni...

nak jadik cantik cam dia...

nak jadik best cam ni etc..

harap2 satu hari nanti..orang kana cakap..nak jadik cam kita plak kan sayang?

Unknown berkata...

huh...mendalam betul tu..

addyaholix berkata...

aku harap ada orang yang nak jadi macam aku hahaha!

Encik Shino berkata...

tgok yg elok je..
cuba tengok yg buruk lak..? :P

pandagumuk. berkata...

don't get inspired easily (:

Thenadi berkata...

sebab dia yang ternampak =.="

en_me berkata...

itu bukan KOMA, tapi KARMA namernyerrr.. salam cek tiqah itteww

Kapten Luffy berkata...

aku nak jadik awek comel

A t i Q a h berkata...

Garam,
nak jadi gua apa? Niah? Mulu? Tempurung?

Zara,
tak payah la. Jadi diri sendiri je. :)

Aunt Nadine,
;)

Addy,
siapalah yang malang tu. Hak hak.

Shino,
bak kata pepatah, kuman di seberang sungai nampak, gajah di depan mata tak nampak.

Munh,
betul2. =)

Nard,
dia nampak....? =P

Me,
Alicia keys nyanyi lagu Karma bestkan?

Luffy,
auwww!

Yazid Husain berkata...

ari tu panjang cakap hati aq pink

hahahah

Rajuna berkata...

dan jangan ada mulut2 yang mengatakan kita tak berusaha mewarnai kehidupan bila hanya ada hitam dan putih dalam kehidupan.

mulut itu sial.

Yana Ismail berkata...

jadilah diri sendiri..kan syg;)huhu?

Mie Amour berkata...

wah..cerita yg simple,simbolik tp sngat mendalam..good job dear!!encore!!suka entri2 mcm ni..

Tanpa Nama berkata...

huhu. otak yg warnanya merah jambu... [tengah imagine] =p

diya slalu cuba nak berubah. tapi, kdg2 nak berubah jadi mcm orang lain. last2 langsung rasa tak kena ngan diri sndiri.

Unknown berkata...

hdup mmg busanlah kalu kita asyik sama dgn org len..

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Whoah...philosophy 101... deep stuff...

A t i Q a h berkata...

Yazid,
setuju sama panjang. Orang lelaki yang men-design hantaran sendiri sungguh rare. Hoho.

Rajuna,
padahal hidup macam pelangi. Kan?

Ina,
sungguh betul sayang. :)

Mie,
thanks. =)

Diya,
otak memang merah jambu kan dear? Bukan hijau muda atau biru laut. Hihi.

Kelambu,
tak de variasi dan tek berkembanglah bio-diversiti. Heh.

Chek Lah,
hahah.

tasekM berkata...

nasib baik ko tak jadi macam aku tiqah.... he he.


.

affendik? berkata...

menarik..
macam sirah ibrahim a.s...
tengok matahari, ini tuhan?
tengok bulan, ini tuhan?
tengok bintang, ini tuhan?
akhirnya...'terjumpa' tuhannya,dan bercinta denganNya pula...cinta sungguh2!

moga kita begitu jua =]

AieSha berkata...

masa pandang depan tu, ada tak nampak diriku? ;]

wahai tiqah, terimalah anugerah dr ku.

Gx berkata...

pakdik tau, mase tikah kecik tengok pakdik mesti nak jadi macam pakdik. muehehehehe