Jumaat, 9 Januari 2009

Abah yang Sudah Umurnya 51.


Abah
Jika engkau mengajarku berkata-kata
Nescaya aku akan jadi seorang pendusta
Tapi jika engkau mengajarku Alif... Ba... Ta...
Insya Allah aku akan menjadi seorang pendeta


Abah
Jika engkau mengajarku bergurindam
Nescaya aku menjadi seorang pendendam
Tapi jika engkau mengajarku Muqaddam
Insya Allah aku akan belajar sampai khatam


Abah
Jika engkau mengajarku berlari
Nescaya aku akan menjadi seorang pencuri
Tapi jika engkau mengajarku mengaji
Insya Allah aku akan menjadi seorang penzanji


Abah
Jika engkau mengajarku bertutur
Nescaya aku menjadi orang yang lupa bersyukur
Tapi jika engkau mengajarku bertafakur
Insya Allah aku takkan menjadi orang yang kufur


Abah
Ajarlah aku dengan Bismillah
Mudah-mudahan aku menjadi kekasih Allah
Didiklah aku dengan Fatihah
Mudah-mudahan aku menjadi anak solehah


SELAMAT HARI LAHIR, ABAH. =]

Nota tambah:
  1. Kredit untuk Kak Ain akan kiriman sajak di atas yang penulisnya masih anonimus. Siapakah?

30 ulasan:

.ieLah. berkata...

kamu buat saya sedih..
rindu abah saya =(

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

kem salam abahnya....

rindu abah gak...

tahun ni abah umur 48...

azie berkata...

owh.

tiada abah lagi

:-(

.ieLah. berkata...

azie,sedih kan??
hmm..
sama la kita

A t i Q a h berkata...

Azie dan Ielah,
aku tau kalian adalah anak kebanggaan mereka. :)

Zara,
abah anda sangat muda okeh. huhu.

pandagumuk. berkata...

selamat hari lahir abah atiq (:

paiseh berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
paiseh berkata...

erkk..! besday abah gua kala bila ntah...

ckLah @xiiinam berkata...

Dah 51 dah abang ipar ckLah tu?Ingatkan masih 40an...
Selamat harijadi Kang Nasir..

addyaholix berkata...

nce poem.
masih belum jumpa siapa penulisnya?
baca ini buat aku rindu ayah!

redzuwan berkata...

aku pun rindu abah.
arwah abah
50 waktu akhirnya..
Al-fatihah

Tok Rimau berkata...

Tok cuma 10 tahun muda dari abah u.

A t i Q a h berkata...

Munh,
=D

Paiseh,
pi check IC dia. Huhu.

Cik Lah,
wah. Awet muda kah? Hahah.

Addy,
kalau rajin, cuba kau gugelkan. Hihi.

Redzuwan,
al-fatihah untuk abah anda. Bertabahlah.

Tok,
sebab tu u layak jadi abah angkat KC. Kih kih.

Yana Ismail berkata...

huhuhu..Slmt hari lahir pakcik Nasir...hehe;)

smoga panjang umur murah rezeki..

kalau yana nyanyi lg happy birthday,takut pkcik skt telinga..uhuhu

Lily Abdullah berkata...

Selamat hari lahir untuk abah Tiqah.

ps:sedih tade abah lagi huhuhu..

Mie Amour berkata...

one sweet post for your abah's beday..happy beday pakcik!!ahahaha..anak pakcik pandai mnulis..sy suka baca!

kdee berkata...

atiq,kim slm kat abah ko.wish kat die hepi bday dr aku.hihi

tasekM berkata...

selamat hari lahir utk abah tiqah.

nk jadi anak angkat bulih? aku dh lebih 20 tahun tak ada abah

:(

blackpurple @ jowopinter berkata...

Dirgahayu buat ayahanda kamu.

Unknown berkata...

hepi besday pd abah kamu.. :)

AieSha berkata...

abah anda masih nampak muda. masih mengancam! auu!! heh. hepi bufday utk abah anda.

ceri masam berkata...

selamat hari lahir jugak for ur abah :)

Thenadi berkata...

abah sy dah 56 tahun ini C:

Yazid Husain berkata...

ayah aq 59 tahun ini

izzati fuad berkata...

abah tiqah, selamat hari lahir. :)

t.a.t.a berkata...

alhamdulillah Qah letak pengarangnya anonimos. matian ingat Qah yang tulis sajak tu. sangat berbakat adik ku sorang ini.

Encik Shino berkata...

nice poem..
penulisan yg sgt berkesan!

A t i Q a h berkata...

Ina,
u biar betul nak nyanyi kat abah i. ahahah.

Kak Lily,
=(

Mie,
ewah! =D

Kdee,
baik!

Kak Tasik,
nak jadi kakak angkat aku ke kak? Uhuk uhuk.

JP,
:D

Kelambu,
;D

Aie,
awet muda kah? Woo.

Love,
:]

Eclipse,
selamat yang ke 56. :)

Yazid,
selamat yang ke 59. C:

Ijat,
=)

Kak Ta,
hahah. Saya tak seberbakat itu kak. =P

Shino,
+)

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Happy birthday buat abah tiqah. You're very lucky to have a daughter like her.

Tanpa Nama berkata...

selamat hari lahir juga untuk abang tiqah =)