Semalam. Aku ditemukan kata-kata indah terlahir dari dua wanita yang amat aku kagumi dan hormati. Keduanya bergelar guru dan ibu. Suara yang telus lembut dari Mak dan mata yang tulus jernih dari Dr Masdinah (Penyelia PSM aku) menusuk terus dalam hati.
Mak, selepas usai kertas pertama peperiksaan memberitahu, beliau dapat bangun malam dan bersolat. Dan paginya pula, dimasukkan pula doa untukku sewaktu sunat Dhuhanya. Tuhan, jadikan aku bonda seperti itu, aku mohon.
Dr Mas, seolah memberi pesan terakhir sebelum aku menyambut hidup di luar universiti. Jadi guru harus ikhlas. Jadi guru, wujudkanlah biah yang solehah (suasana yang baik) dan qudwah hasanah (contoh yang baik). Jadi guru itu mulia, bekal amal untuk di alam sana nanti. Tuhan, jadikan aku guru seperti itu, aku mohon.
Walaupun mungkin itu cuma susunan perkataan yang lazim mereka tuturkan. Tapi masih, hati seorang Atiqah tetap terkesan.