Jumaat, 30 Januari 2009

Dalam seminggu ni aku buat dua rekod peribadi. Satu. Tak menjenguk alam maya selama satu minggu. Dua. Memandu all the way dari Gunung Semanggol ke Seremban waktu dua per tiga malam. Hasilnya, sakit tekak, selsema, dan sakit bahu. Rekod la juga tu kan. :P

Selasa, 20 Januari 2009

Empati

Bila aku pos entri tentang hari ulangtahun abah dan sajak Sang Anonimus itu. Kalian akan ingat ayah, abah, papa dan bapak kalian. Kalian rindukan mereka. Dan kepada yang ayahnya sudah ke alam sana, jadi sedih. Aku rasa bersalah amat, bila entri aku buat kalian terkesan dan rindu pada mereka. Sungguh. 

Sungguh aku tiada maksud. Ya, aku juga mungkin belum tahu perasaan itu walaupun aku cuba letak kaki aku dalam kasut kamu. Tapi percayalah. Andai aku lihat kamu hiba rindu pada yang tiada, pipi aku juga basah dek air mata. 

Isnin, 19 Januari 2009

Adik-adik Kita Kalah.


Aku dan Tina selepas Anugerah Juara lagu, bersms.

"MUH menang. Huhu." Aku.

"Berkaitan dengan AJL, adik-adik kita tak menang." Tina.

"Adik-adik kita? Atira dengan Aimi?" Aku balas.

"X. Aizat dengan Aiman. Wahahahahah." Balas Tina.

Aku lupa ada adik-adik teruna yang namanya Aizat (Lagu Kita) dan Aiman (Dusta Berkalang). Ya, adik-adik aku kalah. Hahaha.


--
Cukuplah thudahlah, thampai di thini thaja, hubungan kita berdua. Tak faham? Tak payah faham. Hahaha lagi.

Jumaat, 16 Januari 2009

RASA SAYANG HEI!

Keras. Macam robot. Kalau perlu fes-tu-fes meluah rasa secara verbal. Aku.

Contohnya. Mak abah, Tiqah sayang mak abah. Tak tak. Suara aku kau takkan dengar menyatakan itu. Tapi dalam hati sayang itu sesungguh jiwa.

Alhamdulillah. Tangan dua dan sepuluh jari masih ada. Untuk tulis conteng rasa secara non-verbal. Ya ya. Aku sayang kalian juga. :)

Rabu, 14 Januari 2009

Entah.

Kasut belang hilang. ELT methodology. Nativiti. Sosiologi sekolah dan pendidikan. Tugu cinta. Menanti kasih. Hilang punca. Orang kuat. Practical mandarin guidebook. Daerah zeni. Wajah seorang wanita. Oxford dictionary. Narayuda. Elarti II. Sabotaj II. Dare to fail. Kanvas tanpa imejan. DVD Gie. Salju sakinah. Tuhan manusia. Koleksi 100 solat-solat sunat. Bukan dugong biasa. Bila tuhan berbicara. Hijab sang pencinta. Bedar sukma bisu. Menara gedembai. Masuk barisan. Pink platun merah jambu pelbagai rona. Romlah the untold story. Kudeta. Kasut biru rubina. Jongkang jongket. Aweks kl. Kamus dwibahasa oxford. Pasca manusia. Kayangan. Yaasin. Ma'thurat. Al-Quran. Tafsir Quran.

Tajuk-tajuk depan mata atas meja aku sekarang. Ok. Ini helah bela diri. Bila malas memblog. Oh oh!

Ahad, 11 Januari 2009

ENTRI BERGAMBAR

Sempena hari kemahkotaan sultan tiada siapa bersamaan dengan hari Sabtu, Ijat, Awis dan saya melancong di Bandaraya Johor Bahru. Well, layaklah kami digelar pelancong memandangkan kami orang dari luar negeri kan. Ha ha. Azie dan Ina tidak eveilebel berikutan peristiwa berdating dan balik kampung setiap seorang.

Lima destinasi telah dikunjungi. Jusco Taman U (makan tengah hari), Muzium DiRaja Johor, Zoo Johor, Masjid Sultan Abu Bakar, dan Plaza Angsana (makan malam). Selain dua kompleks membeli-belah di atas, sila katakan lawatan ini adalah lawatan ilmiah. Eheh.


I. Muzium Di Raja Johor.


Abaikan muka risau Awis yang eh-boleh-pijak-ke-rumput-ni.




II. Zoo Johor

Ijat, ular kayu, encik penjaga ular dan ular sawa. "Tolonglah angkat ular ni. Pleeeease!!" Siapakah yang berkata itu?


Apa motif beliau dipakaikan lampin pakai buang?



Siapa tak nampak rusa di belakang, pendek kuku. HAHAH.


Hai, saya Bang Bear.


Tiada kepsyen yang sesuai untuk gambar ini.



III. Masjid Sultan Abu Bakar

Dari jendela kamar. Ewah.


Lagi tiada kepsyen.


Suka hati kalian nak letak kepsyen apa.



Atas rumput sebelah masjid di depan laut.



Sekian entri yang maksima dengan gambar julung-julung kalinya dari saya. +D



TAMMAT.

Jumaat, 9 Januari 2009

Abah yang Sudah Umurnya 51.


Abah
Jika engkau mengajarku berkata-kata
Nescaya aku akan jadi seorang pendusta
Tapi jika engkau mengajarku Alif... Ba... Ta...
Insya Allah aku akan menjadi seorang pendeta


Abah
Jika engkau mengajarku bergurindam
Nescaya aku menjadi seorang pendendam
Tapi jika engkau mengajarku Muqaddam
Insya Allah aku akan belajar sampai khatam


Abah
Jika engkau mengajarku berlari
Nescaya aku akan menjadi seorang pencuri
Tapi jika engkau mengajarku mengaji
Insya Allah aku akan menjadi seorang penzanji


Abah
Jika engkau mengajarku bertutur
Nescaya aku menjadi orang yang lupa bersyukur
Tapi jika engkau mengajarku bertafakur
Insya Allah aku takkan menjadi orang yang kufur


Abah
Ajarlah aku dengan Bismillah
Mudah-mudahan aku menjadi kekasih Allah
Didiklah aku dengan Fatihah
Mudah-mudahan aku menjadi anak solehah


SELAMAT HARI LAHIR, ABAH. =]

Nota tambah:
  1. Kredit untuk Kak Ain akan kiriman sajak di atas yang penulisnya masih anonimus. Siapakah?

Rabu, 7 Januari 2009

Tik Tok Simpati. Satu Saatkah Cuma?


gaza sayang,
akan hanya mampu melihatkah aku, 
pada sengsaramu.

akan hanya mampu menangiskah aku,
melihat anak-anakmu dihirup darahnya sekejam itu.

tuhan kuasa,
kuatkan hati mereka,
bukakan hati ummat manusia,
untuk gaza.

Ahad, 4 Januari 2009

Otak yang Warnanya Merah Jambu.

Kau tengok depan. Ada dia. Hei, aku nak jadi macam dia bila besar nanti.

Kau tengok atas. Ada beliau. Oh, aku nak jadi macam beliau bila besar nanti.

Kau tengok sisi. Ada mereka. Eh, aku nak jadi macam mereka kalau besar nanti.

Terus. Selalu dalam minda kau, mahu jadi macam dia. Macam beliau. Macam mereka.

Tapi bila waktu besar menjelma, kau pandang depan, atas dan sisi. Hei. Oh. Eh. Kenapa tak dapat jadi macam dia, beliau atau mereka.

Kau pandang semula waktu silam. Kau toleh cari yang tak kena. Sempurna. Sama dan serupa, tindakan kau nak jadi semua kata ganti nama ketiga di atas.

KOMA.

Sehalus mulus corak di ibu jari pun. Tuhan boleh ciptatentu-kan rona yang berbeza-beza antara hambaNya. Apatah lagi hidup kau, dia, beliau dan mereka. Yang semuanya berlainan warna dan lukisannya.

Khamis, 1 Januari 2009

TAG SANA SINI : Versi Awal 2009.

Orang kata, menjawab tag ni perlu ada seru. Masa tengah ada seru ni, menjawablah aku akan double tag dari Addyholix dan Azieholix. Eh. Tak tak. Azie je. Eheh.


1. Do you think you’re hot?
Aku suka makan hot-hot tapi tak tahan hot-hot. Sambal cili api Cik Ena contoh terbaik.

Eh. Hot. Pedas kan?


2. Upload your favorite picture of you.



3. Why do you like that picture?
Me and the grandparents. Di Bukit Malawati tahun 19__(Mak, umur Tiqah berapa tahun masa ni?). Azie kata Mbah Lanang (Atuk) aku mem'pose' secara macho. *Gelak tiga harkat*


4. When was the last time you ate pizza?
Masa buka puasa Ramadhan yang lepas. Dengan Azie.


5. The last song you listen to?
Beyonce ft R. Kelly - If I were A Boy.
R.Kelly menjawab keluhan Beyonce. Berlagak inesen ye anda ni Encik Kelly Castle. Amboi amboi amboi.


6. What are you doing right now besides this?
Duduk atas kerusi bersilang kaki.


7. What name you would prefer besides yours?
Naufal - Encik Suami yang soleh dalam novel Salju Sakinah tulisan Zaid Akhtar. Tapi aku terbayangkan muka Ashraf Muslim dalam cerita Niyang Rapik masa baca novel tu. Suci dalam debu sungguh muka dia.


8.People to tag.
Manusia bertuah di bawah adalah orang-orang yang pernah mengetag aku, tapi aku tak jawab-jawab. Menjawab tag ini terjatuh hukum suka-hati-kalian-nak-buat-ke-tak-sebab-aku-pun-tak-jawab-tag-kalian. Heh.



9. Who is number one?
Kelas-met bermata sepet di Kolej Matrikulasi Melaka. Kami bakal berjumpa jumaat nanti bila aku sampai ke KeEl. Yay!


10. Number three is having a relationship with?
Aku rasa ada. Tapi haruslah aku tak tahu siapa kan. Heh.


11. Say something about number five?
Kerjaholik. Eh. Bukan kerja bancuh Horlicks. Beliau jurutera yang gigih.


12. How about number four?
H21 106 nombor bilik baru beliau semester ini. HAHAHHAHAHAH.


13. Who is number two?
Beliau suka kucing dan makan dabelcis beger.