Khamis, 18 Jun 2009

Entri Dedikasi yang Terlewatkan

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya tahu hari ini sudah lewat sehari untuk menulis tentang Cik Liyana si manis 23 itu. Alhamdulillah hari ini ada sedikit luang masa buat saya membuat entri ini untuk beliau. Maka, untuk sahabat tersayang saya, selamat hari lahir yang ke 23 ya. Saya doakan semoga anda semakin matang menghadapi hari-hari yang mendatang, dan semoga Allah selalu sayang kita.

Dan untuk hari besar beliau Sabtu ini, saya mohon maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri. Sedih sungguh apabila terpaksa berjauhan dari beliau sewaktu hari istimewanya itu. Saya dan kawan-kawan di sini hanya mampu mengirim doa dan hadiah untuk anda. InsyaAllah, pada hari yang lebih istimewa nanti, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menghadirinya. Sekian sahajalah entri dedikasi saya pada hari ini.

+++++

Bengkel Pengoperasian Fail dan Surat yang saya hadiri pagi tadi masih terkesan lagi. Oleh itu, saya jadi seorang yang rasmi hari ini. Just bear with it lah ye. :P

7 ulasan:

izzati fuad berkata...

aku lupe. aa~~ ena, sowi..

semoga hidup yang mendatang akan diredhai Allah selalu. :D

. berkata...

takde gambar dia ke?
kalau cun,boleh ngorat.
hehe.

inna hayati berkata...

wah..begitu baku dan rasmi. kelu nak berkata-kata...

;)

tasekM berkata...

kamu dah kerja ya tiqah....?




:)

Tanpa Nama berkata...

hepi besday wat liyana yg manis tewww..

Cikgooden berkata...

saya faham.

addyaholix berkata...

harini yana bertunang kan? moga selamat semuanya insyaallah!