Semalam. Ada seorang syeikh buat lawatan ke kolej kami. Syeikh kontemporari kata aku. Sebab dia pakai baju kemeja merah bunga-bunga.
Beliau masuk kelas pelajar-pelajar Diploma Syariah. Buat talk sikit. MasyaAllah, dia punya karisma bila bercakap. Dalam bahasa Arab. Kalau tak ada ustaz sebelah tolong terjemah, confirm dah aku ternganga-nganga.
Tiba sesi soal-jawab. Budak-budak ni pun MasyaAllah, boleh tanya dalam Bahasa Arab dengan baik. Kalau tak ada ustaz sebelah tolong terjemah, confirm dah aku ternganga-nganga.
Dalam soal yang terakhir. Ditanya akan syeikh itu, "Syeikh suka bola sepak?". Semua ketawa. Aku pun. Tapi lepas ustaz sebelah terjemahkanlah.
Poin dalam entri ini sebenarnya adalah tentang jawapan syeikh tu. Ya, aku sukakan bola sepak untuk beriadah. Katanya. Tapi aku tak suka menonton bola sepak di tivi sebab ia membuang masa. Kerana nanti di akhirat. Allah akan persoalkan setiap saat hidup kita ini untuk apa. Untuk Islamkah. Atau untuk sia-siakah?
Jawapan itu. Ya. Sangat menusuk hati. Sebab macam sekarang, aku tulis entri semasa waktu pejabat.
+++
Jawapan untuk Fa. Kami di Kelantan sebab kami bekerja. He.
27 ulasan:
atiq, ko buat ape kat klantan?keje katne skang?
alaahai...menusuknye..hehe
ha.... mencuri dlm kerja namanya tu.... hahahahahhaha
Kdee bucuk,
seperti jawapan di atas. Kerja. Di Kelantan. Hehe.
Ina cayang,
sangat. Terus segar je mata. Huhu.
Aloy,
heeeee.
oh..keja kat Kelantan. Tak lama lagi pandai maka budu la hehe...
aku suka jawpan syeikh itu.
bujang lagi ke?muahahaha
ana suke jawapan ente punye sheikh. ana pun x suke tengok bola.
menulis blog semasa office hour boleh. Tapi kena gantikan waktu rehat tu dengan bekerja supaya rezeki tu berkat :) baru seimbang.
zino pun tak suka tengok bola kat tivi.. sebab tak minat pun bola sepak tu..
moral dia guna kan masa utk perkara yg berfaedah..
dulu saya pandai berbahasa arab. dululah!
aku cuma tau 'kursiun' dan 'televisiun' je.
huh.
baik baik ditempat orang, semoga berjaya.
Kak Lily,
pandai dah makan. Hehe.
Azie,
serius ko nak berkenalan? Dia asal Nigeria. Ha ha ha.
Tok,
ye le tu. :P
Shino,
baik encik! ;)
Uncle Zino,
tu la. Bukan tak tahu, tapi jadi peringatan buat saya. Huhu.
Addy,
teman pun. Tapi dulu la. He.
Aie,
'rambutanun', 'durianun', apa lagi ek? Haha.
En Azani,
terima kasih. ;)
er..aku di atas lagi la. *tersipu-sipu seniri*
anna pun lhah.
buat anna fenin kafla lhah.
jerit sanha jeriy senhi.
hey, mau jerit pergi gig lhah.
jangan kat fadang bola!
Ijat,
huhuhu.
Bang Juna,
baiklah enta pakai suara jerit2 tu buat baca Quran. :P
oooo.... dah kerja sana yek. jaga diri bebaik ok!
:)
.
Tak elok di pejabat blogging. Huhuhu!
salam... semoga kita dapat menghayati pa kata syaikh tu...
aiceh.. siap reply comment lagi untuk fa :D
jadi cekgu eh kat sane?
(ekceli leh je tanye kat fb/fs.. he~)
masyaAllah, ternganga nganga ghitewww.. ekeke
adeh.. menusuk juga dlm kalbu..
tgk tv dgn tgk tenet.. same je ke?
Disebabkan hal ini, blog saya tidak dikemaskini sepanjang waktu bekerja... karena, sewaktu bekerja, kita dibayar bagi setiap jam kerja...
:P
tikah, buat apa skang? keje eh?
tak lama lagi ayat n3 pun ada bau2 budu kut..saja tanya,,he he he..
salam atiqah
emmm memang menusub kalbu jawapan dia, saya pun terfikirua kali nak komen kat cni tapi alang-alang komen je lah hehehe
wah sambung belajar lagi?
Catat Ulasan