Sepanjang dua minggu duduk rumah, diri memang tak berapa nak produktif. Hari-hari rutin yang agak sama. Duduk rumah terbosan-bosan sambil jadi suri rumah yang tak berapa suri. Heh. Membuzz manusia-manusia di senarai YM yang dah lama tak sembang. Main Pet Society di Facebook. Ke rumah mbah-mbah, bawa mereka ke klinik. Pusing-pusing pekan dan lain-lain.
II.
Aktiviti bergambar.
Bojet dan rakan-rakan. Balik ke rumah dari kampus hari tu, habis barang satu bilik tambah Bojet sekali masuk van abah.
Tiba-tiba satu malam, abah jumpa bunga api atas almari. Entah zaman bila punya raya. "Sambut raya Wesak ke apa ntah tu," kata jiran sebelah rumah dalam hati. Haha.
Majlis keluarga kecil-kecilan sempena Hari Ibu dan hari ulangtahun beberapa orang sepupu.
III.
Hiatus mode.
Jumaat akan bergerak semula ke selatan Malaya dan selepas beberapa hari bertolak ke pantai timur semenanjung. Kemudian menjalani proses bertemu dan menduga.
Kali terakhir menghadap temuduga adalah sewaktu tahun satu untuk biasiswa. Sangat tak matang dan boleh sengih-sengih kupang depan interviewer masa tu. Ish.
Semoga yang akan datang ini akan dipermudahkanNya dan berciri seorang dewasa yang nak memohon kerja. Amin.
24 ulasan:
hehhee..penuh van tu la atiq..
nape ko xangkut je hostel tu bawak balik umah?hehe
kasih ibu membawa kesyurga, kasih bapa takdok tolok bandingnyerrr.. salamms
Semoga Allah permudahkan segala urusan Tiqah.
Kirim salam kat bonda Tiqah dengan ucapan selamat hari ibu.:)
gud luck and take care dear!
bojet tina tengah seronok menunggang yeh? hehe
heyp, kita jupa nanti ya? tak sabar~~
moga berjaya dalam temu dan duga itu.
penuh van..dasyat. hasil bertahun-tahun jadi setinggan kat UTM hehe
ha ha ha..alhamdulillah selamat smpai ke sabak bernam..i risau tgk byknye brg u..;)
good luck syg!huhu..kenyit3 sikit mata kat inteviewer tu ;P
good luck buat kamu tiqah!
wah, ari wesak pun main bunga api yek:)
heheheh
seni fotografi tu besh:)
pocket kalau duk umah sesorang kalu,
akan manafaatkan masa ngan
-bercucuk tanam...
-membuat perancangan nak merompak..
-mula menangkap gambo dan buat claymation.
hahahahahah
enjoy your cuti la dik...
woo~!! patt lah pet society dia dah melebihi nad, padahal nad main dulu dari tiqahh. cehhhh
musykil dengan gambo last tuee
good luck tiqah...
cantik bunga api tu
sampai moto pun sumbat dalam van.. meriah tu.. hehe
good luck with your interview... bestnya main bunga api... hehehe....
Adry @ http://www.adrysabry.com
haha ok2
good luck sayanggg...
:)
II
Meriam tak main sekali. Hehehe!
III
Semoga usaha kamu dipermudahkan Allah. Ameen.
salam atiqah
semoga berjaya dlm apa jua yag datang
2 minggu dok umah ?
syioknya cuti
:D
mak aii... motor sekali masuk van...
semoga berjaya dalam temuduga tu dik... semoga dipermudahkan segalanya... ameen...
tua dah.
selamat hari lahir tiqah! =)
Happy birthday pada 25 Mei
Catat Ulasan