Selasa, 29 Januari 2008

HIKMAH DI SEBALIK KEJADIAN

Tempoh hari, ada teman meluahkan pengalamannya tentang konflik yang pernah dia hadapi. Konflik untuk meneruskan pengajiannya atau berhenti. Sedih juga aku dengar. Dia sudah mempunyai diploma dan bekerja lebih kurang setahun. Tapi, dek kerana mengikut kehendak keluarga dan teman sekeliling, dia memohon untuk menyambung ijazah sarjana mudanya di Universiti Selatan ini. Dan kursus itu langsung tiada kaitan dengan bidang yang diambilnya semasa diploma dulu. Dia stress. Lantas dia membuat keputusan untuk menarik diri setelah setahun dia di sini. Tapi, setelah menerima nasihat dari yang pakar, dia tabahkan hati untuk meneruskan juga pengajiannya.

Aku bertanya. Kenapa tak buat istikharah dulu. Dia kata. Aku tak nak apa yang aku mimpi nanti tak sama macam yang aku nak. Oh.

Aku teringat yang Allah telah berfirman:

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Ertinya : “dan mungkin apa yang kamu benci itu adalah baik untukmu dan mungkin apa yang kamu sukai itu adalah buruk untukmu, Allah lebih mengetahui dan sesungguhnya kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah : 216)

Kini. Sekembalinya dari Latihan Mengajar semester lepas, dia berminat sungguh-sungguh untuk berkerjaya sebagai pendidik. Alhamdulillah.

Nota kekakian:

  1. Baru dapat merasai nikmat menjadi pelajar. Sibuk yang amat!

Khamis, 24 Januari 2008

REHLAH



Thaipusam semalam. Kami merayakannya di Air Terjun Gunung Pulai 2 (???). Tidak. Bukan meraikan. Kami berkelah saja. Tiga kereta memuatkan 13 orang anggota TESLians. Tikah jadi pemandu pelancongnya. Pukul 8 kami bertolak dan dalam pukul 9.15 kami tiba. Pagi-pagi begitu adalah masa paling sesuai jika ingin berprivasi. Tiada orang lain langsung. Wohoo! Doa kami sebelum bertolak, semoga kami dijauhkan dari kelalaian dan semoga rehlah ini dapat mengeratkan ukhuwah kami. Amin...
Tau berapa jam kami bersiram? Hampir tiga jam! Tapi kami berehat sebentar dengan nasi lemak yang Hana bawa, dan sandwich juga. Acara kami selain makan-makan, syampu-syampu, terjun-terjun dan bermain 'truth and dare'. Ini adalah perkara yang jarang-jarang kami lakukan. Jadi tentu kami sangat teruja.


Nota kekakian:
  1. Tiada gambar mandi-manda. Censored!

Selasa, 22 Januari 2008

A MILLION OF THANKS

Don’t really know what I am thinking right now. But tonight I keep thinking about my friends. My TESL friends. I wish I could be with them forever. But I know I couldn’t. They are just amazing, superb friends! I know this is kind of exaggerating but really, Syukur to Allah for sending them to me. Different in characters, I don’t feel exhausted to get to know more about them. Or, may be I’ve never felt such this feeling before because I stayed in one place not longer than three years. I moved to a new school after PMR, and two years in that school, then I entered one year Matriculation College. Four years time of being together, learning, studying, hanging out and helping each other are not things that I will forget for my entire life. A million thanks to you guys… Allah blesses you. *hugs and kisses*

Isnin, 21 Januari 2008

=D

Tok Su, Tok Mat, Tok Iti & Mbah Lanang. 2006

Alhamdulillah, Mbah Lanang saya sudah sembuh dan mampu berbasikal ke masjid.
Walaupun dia masih lemah.
((Cerita dari Rumah))



Ahad, 20 Januari 2008

MISTERI ROTI BERLUBANG


Kami bukanlah pencinta bola mahupun Wayne Rooney. Mungkin ia suatu yang tipikal pada kami, perempuan. ho ho ho
Duduk di kalangan crowd yang sedang asyik menonton dan bersorak. Seronok juga ya. Mereka berbual tentang bola yang sipi-sipi masuk gawang, dan memuji penjaga gawang yang cekap. Tapi kami berbincang sesuatu yang lebih serius dan memerlukan perhatian.
Azie, "Ntah mana satu peminat ManU dengan Madrid la ni kan."
"Eh, bukan Real Madrid lah. Reading." Aku pun baru perasan yang singkatan REA adalah untuk pasukan Reading.
"Ooo, patutlah. Tak glamour rupanya."
Kemudian Azie menambah,"Kalau Writing lawan Listening, nak jugak aku tengok." wa ka ka ka ka

Pada minit-minit terakhir perlawanan, kami akhirnya dapat menyelesaikan misteri roti canai kami yang berlubang. Abang yang buat roti tu tak puas hati mungkin pada ntah-sapo-ntah yang membuat kesalahan atas padang. Dan dia meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan mengetuk-ngetuk kaunter roti canai dengan batang sudipnya. "Patutlah roti kita berlubang." ho ho ho

Jumaat, 18 Januari 2008

UNTUK ABAH

Semalam, sudah masuk seminggu abah sambut hari lahirnya yang ke-50. Eh, tak sambut pun. Kerana kami sibuk dengan bapa mertuanya yang sakit dan saudara mara yang datang ke rumah. Jadi, sempena hari lahir abah, ini entri khas untuk abah.


  • Orang panggil abah Cikgu Nasir atau Haji Nasir.
  • Abah dulu Umno, sekarang Pas. ho ho ho
  • Abah suka beli kereta atau motor second-hand. Tak tau lah kenapa.
  • Abah satu-satunya menantu Jawa atuk. Aku seronok bila abah dan atuk bersembang, dan menantu yang lain tak faham apa yang mereka sembangkan.
  • Abah suka kejut anak-anak dia bangun subuh dengan menelefon kami walaupun jauh.
  • Lebih senang minta duit dengan abah berbanding mak. he he
  • Kalau jalan-jalan dengan abah di pekan, aku selalu stress sebab ramai betul orang kenal abah, dan abah akan bersembang 'tak ingat punya lama' dengan mereka.
  • Abah pandu dengan mengikut had laju betul-betul. Kadang-kadang tak sampai had laju itu pun. Tapi abah pernah sekali disaman sebab lebih 5 km/j dari had laju. Nasib badan...
Err...dah kot. Aku dah ngantuk. Apa-apa pun, aku sayang sangat pada abah dan mak.

Selamat hari lahir abah.
Dari kami, Nurul Atiqah, Nur Atina, Ahmad Aizat,
Ahmad Aiman, Noor Atira dan Nurul Aimi Anis.

Selasa, 15 Januari 2008

RAJUK

Aku tak tahulah. Tapi motor shizuka smash aku macam tahu-tahu yang aku cerita pasal sang kancil semalam. Betul. Aku rasa dia tahulah.

Tadi aku jenguk dia sebentar nak tanya khabar dan panaskan enjinnya. Khabar fizikalnya baik, sebab aku selimutkan dia. Tapi bila aku cuba nak hidupkan, dia tak mau! Aku cuba, lagi dan lagi. Dengan metod yang pelbagai. Aduh, shizuka ku sayang. Kau merajuk ya?

Bukan aku tak mahu bawa kau jalan-jalan. Tapi monsun di negeri Selatan ni tak berapa elok untuk kau. Janganlah merajuk. hu hu hu...

Oke, malam nanti aku bawa kau jalan-jalan ya? Eh, selepas laporan Studi Kurikulum aku siap. Aku janji!




Nota kekakian:


1. Saya perlukan tips untuk pujuk shizuka saya. hu hu hu

Isnin, 14 Januari 2008

KANCIL clan SAYA : 1





Dah masuk 2 tahun kami naik kereta KANCIL NBB ***** milik Ijat (tahun ini tambah lagi satu, Siti punya KANCIL WPK ****). Kami kata KANCIL adalah kenderaan default bagi pelajar. Dah 2 tahun juga kami bergelak-tawa, berkongsi cerita semasa menaikinya.
Tak pernah seorang pun yang tak pernah beri sumbangan lawak jenaka di dalam kereta itu. Tak pernah seorang pun yang turun berat badannya dalam kereta itu. ha ha ha.
Dan tak pernah seorang pun yang tak ada hidden agenda untuk disorok. Semuanya akan diluahkan di dalam kereta itu. Kalau kau orang masuk dalam kereta itu, kau orang akan tahu. ho ho ho

bersambung...

Sabtu, 12 Januari 2008

"KAK, BOLEH PINJAM SEKEJAP TAK?"

Sehari sebelum 1 Muharram, aku ke Plaza Angsana. Dalam beg tangan aku bawa bersama Al-Ma'thurat sebab nak baca doa akhir dan awal tahun, takut tak berkesempatan balik ke hostel.
Semasa menunggu sahabat yang lain bersolat, aku nampak beberapa orang anak gadis masuk ke surau. Salah seorang daripada mereka, tak bertutup rambutnya.

Setelah selesai bacaan doa awal tahun, dan sambil menunggu Izzati, Azie dan Siti bersiap, gadis yang tidak bertutup rambutnya itu mendekati aku.

"Kak, boleh pinjam sekejap tak?' katanya sambil menunjuk ke arah ma'thuratku. "Oh, boleh, boleh." Lantas aku berikan pada dia.

Dia duduk bersama rakannya, menyarung telekung dan membaca doa awal tahun, di'amin'kan oleh rakan-rakannya.
Aku tersenyum hingga ke telinga... =)





Nota kekakian:

1. Ini entri tahun 1427 dari Friendster Blog aku. Sehari sebelum tahun 1428.

Khamis, 10 Januari 2008

CERITA DARI RUMAH

Lokasi: Rumah. Sabak Bernam

SMS dari Mak Long: Mbah Lanang coma.

Pak Long nak blk kpg skrg. Pls call back imdtly.

Aku baru habis kelas, dan bersedia untuk ke makmal computer semasa aku terima SMS dari Mak Long. Lantas aku telefon Mak Long dan beritahu dia, aku nak ikut. Dalam bas untuk balik ke kolej, hati aku tak tenteram betul.

Setelah setengah jam aku tunggu, Pak Long dan Mak Long sampai. Kemudian kami terus ke Benut, untuk mengambil sepupu aku, Amin dan Alif dari asrama. Kami makan dan sembahyang sebelum naik ke Lebuhraya PLUS menuju ke kampung.

Kami berdoa awal dan akhir tahun dalam perjalanan. Dan masa yang selebihnya aku bunuh masa dengan mengkhatamkan Ayah Kita Bos, K-8 dan tidur. Kami tiba di rumah aku pukul 9.30 malam. (Rumah aku jadi tempat berkumpul sebab lebih dekat dengan Hospital Sabak Bernam, atuk aku ditempatkan di situ.) Wohooo! Banyaknye kete! Dan malam tadi sembilan daripada 10 adik beradik mak menginap di rumah aku. Tambah lagi Tok Busu dan Tok Iti sekeluarga. Macam kenduri kahwin, abah kata.

Bila dah berkumpul, keluarlah kisah pasal atuk aku. Tak tau lah kau orang percaya ke tak, tapi punca beliau sakit, sebab ada jin kacau beliau. Atuk aku bukan bela saka ke apa, tapi dari mak aku kecil-kecil dulu, memang ada seekor jin ni suka kawan dengan atuk aku. Jin tu Islam. Nama dia Syukur, mak kata. Tapi sejak masjid di kampung tu di’renovate’ oleh orang bukan Islam, Syukur hilang ntah ke mana.

Pertengahan tahun lepas, Syukur(atau mungkin suku sakat dia) datang semula pada atuk. Kau tau macam mana perlakuan seseorang tu bila dimasuki jin? Macam tu lah atuk. Suara dia lain, dan perlakuannya jadi kebudak-budakan. Tapi jin bongek tu dah silap. Atuk aku dah sangat tua untuk dia main-main. Atuk dah tak kuat nak lawan. Ingatkan lepas kejadian tu, atuk dah oke. Rupa-rupanya, Isnin lepas jin bongek tu datang lagi. Masa tu atuk sangat-sangat lemah. Dia terkena diarrhea, kurang gula dalam badan, dan sebelum tu dia disengat oleh penyengat. Pak Lang sempat rakam minit-minit atuk diganggu. Aku tak sampai hati tengok rakaman tu. Jin bongek!! Aku menyumpah dalam hati.

Selasa malam Rabu, selepas dia berhempas pulas dengan jin bongek tu ( selepas Isya’) dia tak sedarkan diri sampai tengah hari. Orang kampung bawa dia ke hospital. Dia kurang gula.

Sekarang atuk di Hospital Sabak Bernam. Kejap lagi aku nak melawat dia. Aku nak mintak tolong kau orang doakan atuk. Aku sayang sangat kat dia.

AKON'S WORDS

Lately I realize that I've made someone sad. Seems like I dont care, but deep inside, I really do care about it. I'm sorry, friend.

I understand that there's some problems
And I'm not too blind to know
All the pain you kept inside you
Even though you might not show

If I can't apologize for being wrong
Then it's just a shame on me
I’ll be the reason for your pain
And you can put the blame on me

You can put the blame on me
You can put the blame on me
You can put the blame on me
You can put the blame on me

Selasa, 8 Januari 2008

PERSEDIAAN

Kanak-kanak sekalian. Ingat tak esok hari apa?

Hari Rabu? Bagussss...
Ada jawapan lain?
Hari akhir tahun 1428? Exellanto!!!

Siap-siap ya semua, jika umur panjang, kau akan jumpa tahun 1429. InsyaAllah.
Keluarkan risalah doa akhir tahun dan awal tahun. Takkan kau hafal kot...

KE MANA ITIK TERBANG?

Itu tajuk teater.
Tadi aku baru selesai tonton. Ada adegan gelak-gelak, geli-geli, geram-geram.
Azie kata, ada macam KERUSI sikit. Siapa-siapa yang ambil SPM sama tahun dengan aku, jangan buat-buat tak tahu ya! Tapi dulu, aku pun tak baca KERUSI tu. he he
Teater ini akan dipentaskan minggu hadapan untuk pertandingan antara universiti.
Komen? Aku bukan pakarnya. Yang aku boleh, rasa-rasa aja. Jadi, rasa-rasanya, teater tadi not bad. Sinisnya teserlah.
Bukan saja fasal itik dalam oven yang terbang, tapi fasal kes yang macam-macam.
GaNBaTTe Ne untuk minggu depan!!




Nota kekakian:
  1. Pelakon yang aku kenal, Tuan Pengarah dan Pemilik ItikAngsa. Mereka skulmet aku dulu-dulu. huhu
  2. Untung jadi DaTok R. Sampai-sampai dapat duduk di kerusi empuk.

HAK ASASI MANUSIA

Lokasi: C13 113

Dr H kata, anak beliau sedang buat tesis tentang 'human rights'.
Dulu,beliau bercerita berpandukan tesis anak beliau, ada kes di YuEsA. Sepasang ibu bapa black-american pernah menyaman sekolah anak mereka.

Sebab, sekolah menyebabkan anaknya gagal dalam belajar kerana pihak sekolah menggunakan bahasa Inggeris yang tidak sama atau berlainan dengan bahasa Inggeris yang digunakan di rumah. Ini melanggar hak asasi manusia kerana anak mereka terpaksa menggunakan bahasa yang lain daripada biasa. Kau tau kan bagaimana bahasa Inggeris mereka?

Dan ibu bapa itu menang. Lalu pihak sekolah bertanggungjawab untuk menukar cara penyampaian mengikut kesesuaian anak itu.

Lantas Dr H kata lagi. Dan bagaimana pula dengan anak-anak kita? Bukan bahasa Malaysia yang berbeza. Malah memang bahasa yang berbeza. Itu kalau mengikut prinsip sosiolinguistik lah. Kalau.
huhu

Isnin, 7 Januari 2008

TAMBAH 80 SEN

Sabtu lepas. Aku ke Bandar Seri Alam.
Kos perjalanan aku (dengan bas) yang sepatutnya hanya RM2.60 dari SiEs ke Masai, ditambah lagi dengan 80 sen. Sebab?
Aku tertidur dan terlajak! Pak cik driver yang kejutkan. "Hai dik, dah terlajak ke?"
Dengan macho nya aku, "Eh, tak lah. Betullah kat sini saya nak turun."
Padahal aku tercangak-cangak mencari bas untuk berpatah balik kemudiannya.
Dush3x!

Jumaat, 4 Januari 2008

SELAMAT KEPADA

My beloved Pn K,
happy birthday to you,
happy birthday to you,
happy birthday to pn k,
happy birthday to you.




ho ho ho

Selasa, 1 Januari 2008

KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN BiFesT

Seronoknya dapat jadi pelajar semula.
Boleh gelak-gelak, boleh tidur-tidur dalam kelas.
Kalau kau jadi cikgu boleh tidur-tidur ke?haha
Kelas pertama, Drama in Education a.k.a D.I.E!
Sayang juga sebab tak dapat buat Language Games.
Tapi bila masuk kelas Mr Abdullah Mohd Nawi,
Ow man, he's gorgeous! Never seen such a male lecturer like him.
Aku andaikan dia seperti klon Dr Nor Zarina. Dia akan menjerit tiba-tiba,
dia mengeluarkan ekspresi muka yang entah-entah dengan tiba-tiba.
Dan kursus yang lain-lain, belum ada komen. ha ha ha