Selasa, 10 Mac 2009

Entri ini sepatutnya tiada tajuk, kerana isinya kosong.

Nak sangat. Puas aku celup, perah, sidai neuron otak supaya idea datang nak update blog. Tapi, mesti selalu terkesima terfikir sebelum update.

+ Apa orang akan dapat, dengan baca entri kau ni. Suka-suka atau ilmu? Mengingatkan atau melalaikan?

- Blog aku. Aku punya sukalah kan.

Tapi kan. Bila entri aku tak bersifat menyampaikan, rasa macam tak bertanggungjawab pula. Tulisan ada, tapi isi kosong. Atau. Isinya cuma dunia. Tapi kan. Harapannya, dapatlah dicari isi itu. Mungkin ada menyorok di sebalik huruf-angka yang maujud itu.


Fikiran tambah tumpul lately. Istighfar istighfar. Banyak buat benda lagha mungkin.



Hati, sila kuat. Hidup ni sekali je. Sekejap pula tu. Kalau nak banding dengan alam sebelah sana.

++

Eh. Eh. Ini nota, applicable untuk aku cuma, tahu.
Yang paling penting, bak kata Encik AloneInHome, blog ini untuk berkongsi, menghibur dan mengenal diri sendiri. :]


Nota tambah:

Setelah berbulan-bulan aku baca kisah si ayah ini, ujian Allah untuk beliau dan keluarga dah sampai ke kemuncaknya. Jatuh lagi air mata aku. Al-fatihah untuk adik Amir Yusuf.

Rabu, 4 Mac 2009

Hanya Kerna.

Abah dan aku. Via telefon dua minggu lepas.


+ Ada jiran Mbah (grandparents), meninggal semalam.

- Oh. Sakit apa? Dah tua?

+ Tak. Budak, tengah tunggu SPM.

- Muda lagi. Eksiden ke bah?

+ Meninggal sebab minum racun.

- Ya Allah. Cam ne boleh jadi gitu?

+ Em, budak tu merajuk dengan mak dia. Hari tu. Dia pinjam kereta ayah dia, terlanggar lembu. Lembu tu yang salah. Kereta tu rosak lah sikit. Tuan punya lembu tu dah cakap nak bayar. Tapi mak dia marah. Dia pukul dengan kasut but. Kuat juga, sampai handphone budak tu yang dalam poket pun boleh hancur. Depan orang lain pulak tu. Lepas tu, terus dia lari belakang rumah, minum racun.

- Terus meninggal?

+ Sempat bawak pegi hospital. Tiga hari kat hospital, meninggal.

- Lembu punya pasal, sampai macam tu jadinya.

+ Hmmm.



Aku fikir mungkin kalian patut ambil pengajaran darinya. Untuk ibu, bapa bahkan anak sekalipun. Ingat Allah, fikir dulu sebelum buat.