Isnin, 22 Februari 2010

Ayah Kita Bos Juga

Kelas Relief Pendidikan Moral hari ini, aku bawa dua orang pelajar masuk ke English Room dan kami main Malaysia Board Game. Macam Saidina, tapi tak ada duit olok-olok. Bila sampai satu petak, kau kena jawab soalan dari kad yang ada.

Aku baca soalan. Mereka jawab.

Aku: Tunku Abdul Rahman dikenali sebagai bapa...?

Ss1: Bapa kemerdekaan.

Betul. Bagus.

Aku: Tun Abdul Razak adalah bapa...?

Ss2: Bapa..emm, bapak PM cikgu!

Bagussssss.

Isnin, 15 Februari 2010

Sabar dan Solat adalah Sahabat

Sabar itu, Allah beri bukan dalam sesaat dua.
Kuat itu, Allah tak beri sekelip mata.

Tapi Allah beri duga dan masa untuk kita hadam susah, uji, mehnah dan juga caci.
Supaya nanti, sabar dan kuat itu kita cerna dan jadi sebati dalam diri.
Tanpa kita sedari.

Buku Hitam Kecil
12 Safar 1431