Sabtu, 30 Mei 2009

Ngaji biar pandai, perangai biar jughuh, hidup biar buleh tupe. Kata boss kami.

Beberapa hari setelah tiba di Kelantan, sahabat semasa di kolej matrikulasi menelefon. Dia juga berada di Kelantan, bekerja sebagai research assisstant di USM.

"Tiqah, hati-hati tau kat Kelantan ni," beliau memberi ayat suspen. Berkerut muka aku. Risau.

"Alamak, ada apa kat sini?" Aku terbayang hal-hal angker.

Suara serius habis.

"Hati-hati sikit. Takut naik berat badan nanti, ha ha ha."

"Cis kau Syada," Aku.



Tapi betul pun. Aku memang patut berhati-hati nampaknya. Haghi-haghi kawe make hok sedak-sedak belako. :P

Khamis, 14 Mei 2009

Dua Minggu Menjadi Atiqah di Rumah.

I.

Sepanjang dua minggu duduk rumah, diri memang tak berapa nak produktif. Hari-hari rutin yang agak sama. Duduk rumah terbosan-bosan sambil jadi suri rumah yang tak berapa suri. Heh. Membuzz manusia-manusia di senarai YM yang dah lama tak sembang. Main Pet Society di Facebook. Ke rumah mbah-mbah, bawa mereka ke klinik. Pusing-pusing pekan dan lain-lain.


II.

Aktiviti bergambar.


Bojet dan rakan-rakan. Balik ke rumah dari kampus hari tu, habis barang satu bilik tambah Bojet sekali masuk van abah.



Tiba-tiba satu malam, abah jumpa bunga api atas almari. Entah zaman bila punya raya. "Sambut raya Wesak ke apa ntah tu," kata jiran sebelah rumah dalam hati. Haha.


Majlis keluarga kecil-kecilan sempena Hari Ibu dan hari ulangtahun beberapa orang sepupu.



III.

Hiatus mode.

Jumaat akan bergerak semula ke selatan Malaya dan selepas beberapa hari bertolak ke pantai timur semenanjung. Kemudian menjalani proses bertemu dan menduga.

Kali terakhir menghadap temuduga adalah sewaktu tahun satu untuk biasiswa. Sangat tak matang dan boleh sengih-sengih kupang depan interviewer masa tu. Ish.

Semoga yang akan datang ini akan dipermudahkanNya dan berciri seorang dewasa yang nak memohon kerja. Amin.

Rabu, 6 Mei 2009

Kerja Rumah Pendidikan Seni Emi

Adik bongsu. Selain boleh bermanja-manja dengan abang dan kakak, boleh juga dimain-mainkan oleh abang dan kakak.

"Abang Ejat, lukiskan gambar buah-buahan. Cikgu suruh." Abang Ejat pun dengan rela hati ambik pensil dan kertas lukisan. Itu contoh manja-manjalah.

Contoh kena main-mainkan?

"Ni buah apa ni Abang Ejat lukis?" Adik.

Buah pisang kata abangnya. Kenapa macam tu? Tanya adiknya lagi.

"Ini pisang goreng. Buah-buahan la tu kan." Itu baru sekali.

"Habis yang bulat-bulat tu buah apa pulak?" Si adik tanya. Dan aku pun ikut curious.

"Yang ni jemput-jemput pisang. Buah-buahan apa. Ha ha ha!"

Si adik pasrah bawa pergi kertas lukisan dan pensilnya.

Jumaat, 1 Mei 2009

Selamat Hari Pekerja

Bertemu, berpisah. Bertemu lagi, berpisah lagi.
Bukan tak biasa. Dari kecil lagi dah tahu erti perpisahan tu.
Tapi.
Setiap kali melalui momen perpisahan.
Hati tetap punya rasa sebak, pedih.
Sentiasa sama rasanya.