Sabtu, 28 Jun 2008

KREDIT UNTUK KAWAN-KAWAN SAYA

Sekitar Language Camp 2006 - KTF, UTM.

Induksi fasilitator.

Aktiviti.

The Facilitators.


Language Camp sudah selesai dengan berjayanya. Ini bukan kali pertama kami conduct such these camps. Tapi kali ni, aku memang sangat terharu dengan kamu-kamu semua. Tak tahu apa perkataan yang sesuai untuk ucapkan terima kasih. Speechless tahu.

The only thing that is in my mind right now is, I'm very proud to be among you guys. Really! Tak mau nangis kah baca ayat itu? He he.

Sorry & thank you for everything ya!

Untuk gambar, kunjungi sini. Kalau tuannya dah upload lah. ^_^

Jumaat, 27 Jun 2008

Update Ringkas

Pagi jumaat. Aku tersenyum bila membaca entri ini. Linknya aku buka dari blog LukmanW.


________________________________________



Tomorrow is the day for us. We (Ina, Ijat, Azie, Siti, Onn, Ady, Awis, Naimmah, Ati, Lan (photographer) and me) are going to conduct a language camp in SMK Taman Rinting. Sir, although you are not coming, we know you wish the best from us. =D

Let's hit the ground running! Yay.

Khamis, 26 Jun 2008

CITA-CITA EMI


Aku tengah siang ikan kerisi. Kepala ikan kerisi memang terkenal dengan kekerasannya. Sampai senget-senget gunting tu aku tekan.

Atira masuk dapur. Berdiri sebelah aku, dia buat muka ala-ala geli. "Eee, gelilah siang ikan ni. Ya tak suka siang ikan. Dah besar nanti pun Ya tak nak siang ikan. Ya nak beli ikan yang dah masak je." Huh. Adik aku sorang ni memang.

Bila dah separuh bungkus ikan disiang. Emi pula masuk dapur. Tarik kerusi, datang sebelah aku. Dia panjat kerusi. Nak bagi sama tinggi dengan aku lah tu. Dia tenung ikan tu. Ikan tu tenung dia.

"Kak, kakak ajarkan Emi siang ikan boleh tak?" Kata Emi.

Aku, "Nak buat apa. Emi kan kecik lagi."

Emi jawab, "Memanglah. Tapi Emi nak belajar. Nanti kalau Emi jadi mak nanti, Emi nak ajar anak-anak Emi pulak."

Aku dah confuse. Siapa adik, siapa kakak ni? Atira ke, Aimi?

Selasa, 24 Jun 2008

TAG SANA SINI: The Seven Wonders.

Lebih lanjut tentang the Seven Wonders. Klik sini.

Azie yang dikasihi. Saya dengan ini menurut perintah, oke.


7, Tentang Saya :

  • Ada lima adik. Sifar abang dan kakak.
  • Mak bapakku wong Jowo. So, I'm Germanic. Boleh gitu?
  • Pakai jam tangan kanan.
  • Tak masuk darjah empat.
  • Suka amat berangan. Contohnya, malam nanti ada orang bagi saya satu juta ringgit.
  • Procrastinator is my middle name, but I hate that name!
  • A good listener, yet a very good babbler.


7, Lagu Buat Masa Sekarang:

  • Afgan - Terima Kasih Cinta
  • Country Chorale - Auld Lang Syne
  • Michael Wong - Tong Hua
  • Opick ft Amanda - Alhamdulillah
  • Faizal Tahir - Sampai Syurga
  • Ungu - Sesungguhnya (OST Soleha)
  • Aura Kasih - Long Distance


7, Yang Selalu Disebut:

  • Ya ampun.
  • Huhu.
  • Owh.
  • Baiklah.
  • Wat pe?
  • Kamu!!
  • Bongek.


7, Yang Pertama Dalam Hidup:

  • Umur 2: Jadi kakak - 21 Jun 1989.
  • Umur 9: Kena tinggal mak & abah pergi haji.
  • Umur 11: Kantoi dengan cikgu sebab bawa bekas kaset album Cindai. Duh.
  • Umur 13: Ada crush. Double duh.
  • Umur 14: Kena kejar warden sebab balik prep awal.
  • Umur 17: Belajar di luar negeri. Melaka. Luar dari Selangor. Luar negerilah tu. Kan?
  • Umur 21: Menghadiri majlis gig. Triple duh!


7, Yang Saya Takut:

  • DIA.
  • Dapat buku di tangan kiri di sana.
  • Orang yang saya sayang, pergi.
  • Orang merajuk dengan saya.
  • Salah buat pilihan.
  • Lupa diri.
  • Perang.


7, Yang Amat Bernilai:

  • Deen.
  • Ilmu.
  • Kasih sayang.
  • Kepercayaan.
  • Kesihatan.
  • Nyawa.
  • Harta.


7, Yang bertuah.

  • Kucing
  • Kambing
  • Ayam
  • Lembu
  • Kerbau
  • Ikan sepat
  • Biri-biri (tiada kaitan dengan Diya =D )


Ahad, 22 Jun 2008

TINGGAL LAH SAYANG, TINGGAL LAH KENANGAN



Genap satu bulan sepuluh hari. Makan. Tidur. Dan jadi bibik di rumah.

Hari ini. Aku pergi. Pergi pada sahabat tersayang dan buku tercinta.

Tinggal emak, tinggal abah.
Tinggal adik, tinggal embah.
Doakan kakak di rantau sana.
Ya. Saya tau, ini ungkapan hiperbola.
BWA HA HA HA.


________________
Sajak ketot:
Cinta cuma daki dunia,
Jika Allah bukan sandarannya.

Jumaat, 20 Jun 2008

PURA-PURA TIDUR



Hari Jumaat. Atira tak sekolah agama. Sebab kawan-kawan sekelasnya ramai yang pergi perkhemahan. Jadi, pelajar tahap dua dicutikan. Emi jeles. Dia pun tak mahu ke sekolah. Emi nak tengok Wonder Pet. Emi mahu jerit, "Wonder Pet, Wonder Pet, kami datang!"

Emi merayu kat mak. Dia tak mahu ke sekolah agama. Walhal sekolah agama tak sampai 200 meter pun jauhnya.

Emi buat taktik keji. Pura-pura tidur. Cara paling selamat untuk buat-buat tak sedar yang waktu persekolahan dah mula. Mak pun balas dengan taktik keji juga.

"Oo, buat-buat tidur ya. Nanti tengoklah, kalau roh Emi tak nak balik nanti. Emi tak bangun-bangun. Ha, macam mana. Semua orang tak nampak Emi. Emi panggil mak pun mak tak dengar. Emi nak makan pun, makanannya tembus. Buatlah macam tu."

Eman bila dengar mak membebel, tanduk di kepalanya pun terjulur-julur keluar. Jadi batu api. Tak semena-mena kami terdengar suara orang menangis mengilai-ngilai. "Huuu....." Air mata Emi meleleh-leleh. Ahh, sudah.

Taktik keji mak menjadi. Eman pun tanduknya makin tinggi. Melihat Emi menangis adalah kejayaan besar untuk si batu api. Abah balik dari masjid baru suara mengilai itu berhenti. Alahai.

Khamis, 19 Jun 2008

EMAN SI BREADWINNER

Ini kisah pasal abang si Emi pula. Eman (Aiman) namanya. Hobi Eman, memancing. Di tepi laut, tepi titi, tepi parit mahupun tepi kolam. Itu tempat feveret Eman memancing. Dan Eman memang ada bakat memancing. Kalau aku ikut Eman memancing, lima kali pancing Eman disambar ikan puyu, tilapia atau sepat. Tapi aku. Pancing kalau ada goyang sikit, itu dah dikira bertuah.

Kalau hujung minggu ikan yang abah beli di pasar tak laku. Ikan-ikan yang Eman bawa balik lebih laku. Fresh dari paritlah katakan. Hujung minggu dapatlah makan sambal ikan dari air tangan Eman. Menangis-nangis aku kepedasan. Tapi aku suka.

Pernah sekali Eman mengaku, dialah breadwinner keluarga kami. "Eman ni keluar rumah cari rezeki tau." Dakwa Eman. "Cari rezeki apanya?" Mak tanya. "Yelah, Eman keluar memancing tu, Eman cari makan untuk keluargalah."

Tapi sekarang Eman dah kurang memancing. Tak tahulah kenapa. Mungkin dia dah ada mak we dan dia mau jaga kulit supaya tak sunburn. Atau dia rasa tergugat, sebab abah dah pasang bubu dekat parit depan rumah. Abah dapat ikan lagi banyak.

Selasa, 17 Jun 2008

Isnin, 16 Jun 2008

FIKSI TAHUN 2032



Khaty, Misah, Sherry, dan Besah diundang ke kenduri kahwin anak Mona. Mereka berlima rakan seperjuangan semasa di menara gading 24 tahun lalu. Boleh dikatakan mereka ini umpama adik beradik. Susah senang semasa di alam perjuangan ditempuhi bersama.

Setelah 15 tahun tidak bertemu, maka berpeluk ciumlah sahabat berlima itu lantaran kerinduan yang amat antara mereka. Namun, tidaklah sampai mengalir air mata. Kerana masing-masing takut akan mekap yang akan cair.

Mona menjemput sahabat-sahabatnya makan. Sambil makan-makan, rancak mereka berbual. Tentang kekasih lama, tentang sahabat kelas yang berjaya juga tentang anak-anak yang sudah besar belaka.

"Hei Khaty, apa cerita Mahmud kau tu. Lama aku tak dengar cerita." Sherry merisik khabar pada Khaty. "Oh. Mahmud tu. Last sekali aku dengar cerita pasal dia, dia tengah cari bini nombor tiga. Ha ha ha."

"Wah Khaty. Kau dah boleh gelak ya sekarang. Dulu masa si Mahmud tu dump engkau, tujuh tempayan air mata engkau habiskan." Dan kecohlah khemah kenduri itu dek ketawa sahabat berlima itu.

---------------------------------

Itu cuma fiksi dari aku. Tentang Kancil clan bila sudah tua nanti. Sekarang, kami sedang mengutip kisah-kisah yang pelbagai, untuk dibuat kenang-kenangan 24 tahun akan datang. Mungkin kami akan bergelak ketawa tentang kisah-kisah sekarang di majlis resepsi anak sulung Siti nanti. Kan clan? He he.


________________________
Psst...
Encik dibawah tu, bloga otai kampung saya. Ha ha ha!

Ahad, 15 Jun 2008

KUIZ TEKA GAMBAR


Siapakah encik di dalam bulatan merah itu?
Beliau ditemui di kenduri rumah nenek aku. Ha ha ha. Jangan marah ye encik.
Ya. Aku memang tengah tak ada kerja malam ni.

Abah! Selamat hari bapa. =D

Sabtu, 14 Jun 2008

Untuk Aku Sahaja..

April 09, 2007

Ini adalah re-published entry dari blog yang lawas. (Baca: Idea kontang)

Untuk diri aku saja.


Ustaz kata, syukur itu ada dua.


1. Syukri bil-lisan

Ianya paling mudah dilakukan, dan boleh dibuat bila-bila. Contohnya, lepas sendawa bila kita makan atau lepas kita dapat sesuatu yang kita suka. Tapi, ustaz cakap lafaz 'Alhamdulillah, syukur pada Allah' yang diucapkan oleh artis yang menang anugerah itu salah. Aku setuju dengan ustaz.


2. Syukri bil-`amal

Bersyukur dengan amalan, maksudnya. Tak dapat dinafikan, syukur yang ini amat payah dilakukan oleh aku. Dan Allah memang pernah berfirman bahawa orang yang bersyukur itu sedikit.


Ustaz kata, Allah hanya mengharapkan satu perkara saja untuk kita membalas pemberian nikmat dari-NYA, iaitu dengan bersyukur. Allahua'lam.

Rabu, 11 Jun 2008

EMI YANG PROTECTIVE

Cuti semester lepas. Aku bawa Tira dengan Emi ke rumah embah naik kereta. Sampai simpang jalan rumah aku ke jalan besar, ada mamat-mamat melepak. Kawan-kawan sekolah rendah aku pun ada. Tapi aku buat-buat tak kenal.

Kereta lalu-lalang. Aku tak lepas keluar dari simpang. Berhenti kejap sambil tunggu line clear. Tiba-tiba Emi tutup muka aku. Mata aku pun tertutup sekali.

"Emi, kenapa ni?!" Aku jerit kat Emi.

"Tak boleh. Diorang tak boleh tengok kakak." Kata Emi merujuk pada enche'-enche' pelepak tepi jalan.

"Tak de nya diorang nak tengok kakak! Tepilah, kakak tak nampak jalan ni!"

Aku tau, Emi protective. Sampai dia tak ingat nyawa dia kalau kakak dia ni terbabas.



Isnin, 9 Jun 2008

DAUN KARI vs DAUN TURI

Abah balik dari pasar, bawa ikan tongkol (ikan kayu) dengan ikan kembung. Sebab abah jarang beli ikan tongkol, menu kari ikan tongkol agak menyelerakan untuk didengar. Jadi aku tekad, masak kari ikan (baca: pertama kali) tanpa mak di sisi.

"Apa nak letak kat kari ni eh?" Aku tanya Tina.

"Kau letaklah daun kari. Bagi naik aroma." Tina bagi cadangan.

Aku keluar, cari daun kari. "Mak tanam daun kari kat mana?"

"Tu ha. Tepi parit. Ambiklah dua tiga tangkai."

Aku petik dua tangkai. Letak dalam pinggan, sementara aku ricih bawang.

Abah masuk dapur nak jenguk-jenguk. "Hei! Ini bukan daun kari! Ini daun turi." Abah kata.

"Haaa? Habis tu daun kari mak tanam kat mana?" Aku dah tergelak-gelak.

"Daun kari kat seberang parit sana!"

Ya ampun. Daun kari pun tak kenal, berangan nak kahwin. Ha ha ha!


Ahad, 8 Jun 2008

CUTI-CUTI MALAYSIA 2


Hari ni, destinasi pilihan Cik Kiah adalah Pusat Peranginan Teluk Batik, Lumut.


Aiyoh! Sangat tak sedar diri aku ni. Berjalan tak hengat result yang teruk dunia. Ha ha. Maaf. Biar aku habiskan gembira sebelum menghadap PSM semester depan. Oke?


Tapi untuk cuti-cuti hari ni, ahli rombongan terdiri daripada kawan-kawan masa sekolah menengah aku. Ala-ala small reunion la gitu. Memang sangat small jumlah ahlinya. Ramai yang tak ikut sebab masing-masing ada kenduri sana-sini. Haih.


Ahli rombongan. Aku? Khusyuk dengan stering van.


Ada BBQ juga. Heh.


Perkhidmatan sewa khemah? Sila hubungi abah aku.


PS: Bee, Nad, Nani and Shafira, really, I had a great time with you guys! Tahun depan, kita ke Pangkor. Mahu?

PSS: Clan, lepas ni kalau nak jimat, kita naik van. Aku sedia jadi supirnya.

Khamis, 5 Jun 2008

SURAT UNTUK ABAH

Kredit foto : http://fotowarung.bazuki.com/


Kehadapan abah yang dikasihi,

Menulisnya Tiqah pada malam ini adalah untuk bertanyakan khabar abah yang sedang menunggu giliran di Stesen Minyak Caltex, Jalan Menteri itu.

Bagaimanakah agaknya keadaan abah di sana? Sesungguhnya kami di rumah amatlah risau akan keadaan abah di sana. Kala ini, jam telah menunjukkan 12.15 pagi. Abah masih belum pulang. Adakah ini bermakna abah gagal mendapatkan minyak yang berharga RM1.92 seliter itu?

Abah yang Tiqah hormati,

Di kesempatan ini, Tiqah ingin menyusun 10 jari atas ketidak sedaran akan pemergian abah tadi. Lalu menyebabkan abah terpaksa berulang dua kali untuk mengisi tangki Wira emak dan van abah. Kiranya tadi Tiqah perasan, tentu saja Tiqah dah pergi temankan abah. Abah, mohon ampun ya.

Abah,

Tiqah tahu, Atira dan Emi mesti sedang menemani abah dengan sabar dan tekun di sana. Tapi abah perlu ingat. Tekun dan sabar mereka itu, tentunya mengharapkan balasan. Paling kurang pun, Choki-Choki perisa susu tambah coklat. Tapi, apalah salahnya jika abah menunaikan harapan mereka, jika dibandingkan dengan kenaikan RM 0.78 seliter itu.

Abah sayang,

Semoga dengan kenaikan ini, janganlah abah mengurangkan duit poket Tiqah pada semester hadapan. Ini kerana, Tiqah juga ada tanggungjawab untuk memberi makan kepada motorsikal merah kehitaman Tiqah. Tapi, Tiqah janji akan mer'motor' seminima mungkin supaya tidak over budget nanti.


Akhir kata, selamat berjuang wahai abah!


Yang benar,
Anakandamu di rumah.

Isnin, 2 Jun 2008

TAG SANA SINI : Versi Umur

::..The Age that I wish to go back to..::


Lepas dah selak-selak diari lama (dari otak) aku rasa aku nak balik masa umur aku enam. Masa aku masih berpangkat budak tadika. Kenapa? Sebab geram aku kat cikgu tadika sorang ni masih belum habis lagi!

Hari-hari sebelum balik dari tadika, kami mesti berbaris dulu. "Tangan angkat! Tangan Jatuh!". Jerit ketua kelas aku yang gila kuasa.

Kemudian, mesti ada sesi soal-jawab ilmu hisab. "Siapa jawab dulu, dia boleh balik." Cikgu tudung kuning tu bagi syarat. Siapa tak nak balik awal beb! Semua orang mesti semangat tak ingat punya. Tangan aku dah ber'parkinson' bila dia nak buka mulut tanya soalan.

Soalan pertama. Sembilan tambah sembilan. Hah! Aku tau! Tangan aku otomatik terangkat. "Lapan belas, cikgu!" Bangga beb, dapat jawab dulu. "Salah. Ha, Yanti. Berapa jawapan dia?" Salah? Salah ke sembilan tambah sembilan, lapan belas? Aku confuse sudah.

"Lapan belas, cikgu!" Yanti pun jawab lapan belas. "Ok, Yanti boleh balik." Hah? Aku tak puas hati. "Cikgu, kite pun jawab lapan belas jugak," "Mana ada. Kamu jawab sembilan belas. Salah jawapan dia." Aku? Jawab sembilan belas?

Lepas tu dia tak tengok aku dah. Hampeh! Lepas soalan kedua, baru dia dengar jawapan yang betul dari aku. Keluar menuju ke pintu balai raya (tadika aku dulu adalah merangkap balai raya kampung), aku jalan sambil hentak kaki kuat-kuat. Hati aku panas. Sejak tu aku anti gila pada cikgu yang amalkan favoritism.



*************************************************
Jadi, boleh aku tag manusia di bawah?
  1. Pemandu Nebob
  2. Cikgu Drama Aku
  3. Enche' UstaZ
  4. Kakak Cute
  5. Ketua Darjah Aku
*************************************************

____________________
Sajak ketot:
Biar aku lihat kamu dari jauh,
Hati tak gundah, air mata tak jatuh.

Ahad, 1 Jun 2008

AKU YANG HUDUH



Dare me not to confess,
So in my heart I keep it always.

______________________

Sometimes I need a failure,
to wake me up from a deep slumber.


Aiyoh! Betul-betul masih belum ada mood mau menulis.