Sabtu, 20 Jun 2009
It's a Turning Point
I.
Kamu kerja ye kat sana? Tanya Kak Tasik. Sambung belajar ke? Tanya Yazid. Di negeri Serambi Mekah ni, boleh lah aku katakan kerja pun ya, belajar pun ya. Kerja, dalam konteks mengajar sementara di Kolej Teknologi Darulnaim dan ada gaji setiap bulan. Belajar, dari aspek tarbiyah diri. Dan untuk aku dekatkan diri kepada satu definisi - hamba Allah yang ada tanggungjawab. Kalian doakan aku ya. :)
Aku ditemukan dengan manusia-manusia hebat di institusi ini. Cemerlang dalam kedudukan masyarakatnya, namun rendah hati kepada Khaliqnya.
II.
Selamat hari ayah untuk Abah khususnya, dan semua ayah-ayah sekaliannya. Rindu betul pada panggilan dah-solat-ke-belum dari Abah setiap subuh. Alahai.
Khamis, 18 Jun 2009
Entri Dedikasi yang Terlewatkan
Bismillahirrahmanirrahim.
Saya tahu hari ini sudah lewat sehari untuk menulis tentang Cik Liyana si manis 23 itu. Alhamdulillah hari ini ada sedikit luang masa buat saya membuat entri ini untuk beliau. Maka, untuk sahabat tersayang saya, selamat hari lahir yang ke 23 ya. Saya doakan semoga anda semakin matang menghadapi hari-hari yang mendatang, dan semoga Allah selalu sayang kita.
Dan untuk hari besar beliau Sabtu ini, saya mohon maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri. Sedih sungguh apabila terpaksa berjauhan dari beliau sewaktu hari istimewanya itu. Saya dan kawan-kawan di sini hanya mampu mengirim doa dan hadiah untuk anda. InsyaAllah, pada hari yang lebih istimewa nanti, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menghadirinya. Sekian sahajalah entri dedikasi saya pada hari ini.
+++++
Bengkel Pengoperasian Fail dan Surat yang saya hadiri pagi tadi masih terkesan lagi. Oleh itu, saya jadi seorang yang rasmi hari ini. Just bear with it lah ye. :P

Khamis, 4 Jun 2009
Cerita Tuan Syeikh
Semalam. Ada seorang syeikh buat lawatan ke kolej kami. Syeikh kontemporari kata aku. Sebab dia pakai baju kemeja merah bunga-bunga.
Beliau masuk kelas pelajar-pelajar Diploma Syariah. Buat talk sikit. MasyaAllah, dia punya karisma bila bercakap. Dalam bahasa Arab. Kalau tak ada ustaz sebelah tolong terjemah, confirm dah aku ternganga-nganga.
Tiba sesi soal-jawab. Budak-budak ni pun MasyaAllah, boleh tanya dalam Bahasa Arab dengan baik. Kalau tak ada ustaz sebelah tolong terjemah, confirm dah aku ternganga-nganga.
Dalam soal yang terakhir. Ditanya akan syeikh itu, "Syeikh suka bola sepak?". Semua ketawa. Aku pun. Tapi lepas ustaz sebelah terjemahkanlah.
Poin dalam entri ini sebenarnya adalah tentang jawapan syeikh tu. Ya, aku sukakan bola sepak untuk beriadah. Katanya. Tapi aku tak suka menonton bola sepak di tivi sebab ia membuang masa. Kerana nanti di akhirat. Allah akan persoalkan setiap saat hidup kita ini untuk apa. Untuk Islamkah. Atau untuk sia-siakah?
Jawapan itu. Ya. Sangat menusuk hati. Sebab macam sekarang, aku tulis entri semasa waktu pejabat.
+++
Jawapan untuk Fa. Kami di Kelantan sebab kami bekerja. He.

Isnin, 1 Jun 2009
Sekadar Apdet.
atiqah:
nak update blog pun tak tahu nak cite apehuhu
azie:hihihapdet gambo ke ape keehehe
atiqah:haacadangan yg bagusshehesat na
Tapi tak jumpa gambar yang 'in' untuk letak. Jadi, mari saya letak gambar beliau. Hi hi.
Hari ketiga kami di Kota Bharu. Serius rasa macam pelancong. Siap masuk Tourism Centre sebelum mula pusing bandar.
Langgan:
Catatan (Atom)