Rabu, 4 Mac 2009

Hanya Kerna.

Abah dan aku. Via telefon dua minggu lepas.


+ Ada jiran Mbah (grandparents), meninggal semalam.

- Oh. Sakit apa? Dah tua?

+ Tak. Budak, tengah tunggu SPM.

- Muda lagi. Eksiden ke bah?

+ Meninggal sebab minum racun.

- Ya Allah. Cam ne boleh jadi gitu?

+ Em, budak tu merajuk dengan mak dia. Hari tu. Dia pinjam kereta ayah dia, terlanggar lembu. Lembu tu yang salah. Kereta tu rosak lah sikit. Tuan punya lembu tu dah cakap nak bayar. Tapi mak dia marah. Dia pukul dengan kasut but. Kuat juga, sampai handphone budak tu yang dalam poket pun boleh hancur. Depan orang lain pulak tu. Lepas tu, terus dia lari belakang rumah, minum racun.

- Terus meninggal?

+ Sempat bawak pegi hospital. Tiga hari kat hospital, meninggal.

- Lembu punya pasal, sampai macam tu jadinya.

+ Hmmm.



Aku fikir mungkin kalian patut ambil pengajaran darinya. Untuk ibu, bapa bahkan anak sekalipun. Ingat Allah, fikir dulu sebelum buat.

23 ulasan:

ZARA 札拉 [사랑해~] berkata...

Astaghfirullah!

Sebab lembu je?

sebab lembu je ibunya sanggup buat camtu?

aduhai..

kel@mbu berkata...

bila emosi menguasai diri. manusia memang selalu hilang kawalan.

xiiinam berkata...

Emmmm alah,
ckLah baruuuuu nak pos entry pasal tu......ckLah dah jumpa maknya ari tu.....dapat juga sembang sikit meski perbualan itu lebih dikuasai emosi....


Sesungguhnya....penyesalan itu amat sakit...
Ya...jiwa ibu itu sedang sakit......


Ya Qah...
Amanah sebagai ibu itu memang berat.....

KDEE berkata...

dasyat sgguh..
isk...cm takot je.huhu

Faizal@poyan berkata...

salam athiqah

emmm napa la boleh jadi mcm tu, mungkin syitan dah menguasa diri sehingga sanggup untuk membunuh diri...

ibu bapa pun berpada-pada la nak tegor anak yang dah beso..

S h i n o berkata...

Antara lembu, kereta, racun dan budak tu, mana satu paling jahat??

:P

sy pon xdapat nak jawab.

Yazid Husain berkata...

psyco

mira zin berkata...

isk.tak tahu mana satu harus dipersalahkan.nak salahkan lembu lagilah,memang binatang tiada akal.

semoga semua dapat pengajaran dari cerita tersebut.isk.

A t i Q a h berkata...

Zara,
em. Mungkinlah ada sebab2 lain sebelum ni.

Kelambu,
yeap.

CikLah,
tak tau nak salahkan siapa dalam situasi ni. hmmm..

Kdee,
buat pengajaran oke. :|

Faizal,
salam. Berpada-pada. Yeap.

Shino,
tak perlu jawab kot. :|

Yazid,
siapa yang psiko?

Mira,
isk. Jangan la nangis. Huhu.

Princess Liyana berkata...

Alaahai, dasyatnye yang. smpai jadi gitu. hmm..mesti mak dia..sdg sgt derita.

paiseh berkata...

horror nya...!!
macam2 manusia

Sastri berkata...

tsk tsk tsk... mungkin budak tu malu sangat-sangat kan? atau mungkin rasa macam salah sangat-sangat apa yang dia buat tu sampai takde jalan lain... haduh... tak boleh bayangkan macamana perasaan ibunya ketika ini...

Alone berkata...

uh. ya Allah.

maybe time tu dia kecik hati sgt2. hm.. dah ajal dia camtu.

i feel sorry for him.

tasikmerah berkata...

sedih aku.

:(


.

ieLah~ berkata...

weh, mak dia mesti mengalami perasaan bersalah tak terhingga..hu

azie berkata...

nauzubillah

addyaholix berkata...

ya Allah!
cuma sebab yang terlalu kerdil?
manusia kan, jarang berfikir.
bila dah jadi, baru nak sedar.

zino berkata...

siapa nak di salahkan tu.. sedih betul..

aie akaike berkata...

al-fatihah...

Amiene Rev berkata...

Al. Fatehah. Sejak itu, aku rasa daging lembu semakin sedap, terutamanya daging dari lembu yang merayau-rayau di jalanan.

Diya Kamaruzaman berkata...

Allahu rabbi. sampai mcm tu sekali ... anak tu tak tertahan tanggung malu agaknya. wallahu'alam.

arsaili berkata...

salam..terkilan sungguh...sama cam my neighbour...sebab kena tampar ayah dia...dia gantung diri kat bilik...lepas solat asar..budak sekolah agama plak tuh....sungguh terkilan....sebab tu kita kena berlatih mengawal kemarahan....selalu kena rasional dalam apa tindakan...

A t i Q a h berkata...

Ina,
hmm..harap mak dia dapat tabah.

Paiseh,
manusia memang seram lagi misterius.

Kak Sas,
saya pun fikir macam tu kak. Hmm.

Alone,
:|

Kak Tasik,
iktibar untuk kita.

Ielah,
mak dia agak tak tentu arah juga mula-mula.

Azie,
:|

Addy,
yeap.

Zino,
tu la. Tak tau nak salahkan siapa.

Aie,
al-fatihah.

Miene,
pastikan lembu itu halal.

Diya,
mungkin la.

Arsaili,
tu la, bila syaitan dah menguasai diri kan..