Lokasi: Rumah mak abah saya.
Macam banyak hal yang aku nak masukkan dalam entri malam ni. Banyak perkara yang aku lalui sepanjang minggu.
Dari yang sedih, gembira, bimbang. Tapi buat masa sekarang aku rasa sedih tu lagi banyak menguasai diri.
Sedih: Keputusan Latihan Mengajar yang sangat-sangat ‘ntahapeapentah’. Padahal, aku rasa gred itu aje lah yang aku layak dapat.
Aduhai hati…mengapa patut sedih. You deserve it, isn’t it? Sabar ye hati. Make it as your LESSON! Dah tak de ‘kalau-kalau’ atau ‘you should do like this and that’…
Gembira: Hari Selasa hingga Jumaat aku habiskan masa dengan Nani dan Nadia (teman dari SMKA Simpang Lima lagi). Dalam hati masih belum tenang sebenarnya, tapi, Atiqah ini lupa diri sebentar.
Cuma dalam gelak-gelak, ada la 4 saat aku termenung. Hari Rabu adalah kemuncaknya bila kami betul-betul naik ke puncak Genting. Yang teruknya, dah beria-ia bawa ‘sweater’ dari rumah, minah pandai ni gatal-gatal tinggalkannya di KL Sentral. Apa lagi, menggigil-gigil bila sampai atas. Padan muka!
Apapun, terima kasih kawan kerana buat aku seronok. Sayang kamu semua!
Bimbang: Risau juga kalau ada apa-apa jadi pada sahabat yang seorang ni.
Ya, Allah berilah kekuatan pada dia untuk menghadapi ujian dariMu. Untuk adik tersayang juga, jangan sedih-sedih lagi ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan