Khamis, 20 Disember 2007
TIGA MALAM
Tiga hari
Isnin
Bertolak dari rumah 8.30 pagi. Dalam van, aku mesti tidur. Sedar-sedar sudah tiba di Pulau Mutiara. Solat jama' Zuhur dan Asar di Masjid Negeri, makan-makan, singgah di Bukit Bendera dan Batu Feringgi dan terus ke Sungai Petani (bermalam di rumah sepupu abah). Besaq sungguh ghumah dia.
Selasa
10 pagi, bertolak ke Perlis. Lagi di dalam van, aku tidur. Sebelum ke tempat penginapan, 'shopping' di Padang Besar dahulu. Biasa-biasa aje di sana rupanya. Tapi sempatlah rembat sehelai dua baju. Haha.
Kemudian kami ke UiTM Arau untuk mencari rumah tamu. Selepas ambil kunci di Admin, kami cari rumah tamunya. Jalan punya jalan, nampak sederet bilik dan ada bilik yang tertulis '7' (kunci rumah kami bernobor 7 juga).
"Buruknya!" Atira mengomel. Aku dengan hipokritnya, "Tak apelah. Nak tidur semalam je kan." Padahal dalam hati...huh. Lalu kami pun turun menuju ke bilik yang 'horror' nak mati tu. Tiba-tiba pak 'guard' dengan Honda Cup yang 'smart' habis dari jauh melaung. "Encik, bukan yang tu!" Hahahaha
Beliau dengan baik hatinya tunjukkan kami rumah tamu yang sebenar. "Ha, yang ni barulah cantik."
Lalu berehatlah rombongan Cik Kiah dengan gembiranya malam itu.
Rabu
Selepas menjemput Atina di sebelah UiTM (KMP) kami dengan riangnya bertolak balik.
Hohoho balik kampung 3x
Hati riang...
P/S: Salam AidilAdha kepada seluruh ummat Islam di mana jua anda berada.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan