Dari aku mula mengenal orang di sekeliling, tak terkira ramainya orang yang aku kenal dan sayang.
Lebih-lebih aku hargai ialah apabila aku mula memasuki asrama sekolah menengah. Sebab pada masa tu kita tak ada sesiapa kecuali kawan-kawan. Masa mula-mula aku masuk asrama (2000) aku rasa aku kena kejutan budaya sikit.
Ada kawan-kawan yang selalu betul me'laser' aku, padahal aku tak tau pun yang aku ni salah. Masa tu lah aku rasa kawan-kawan yang baik hati ada untuk dengar kesedihan aku.
Kalaulah aku tak ada sesiapa. Fuh, boleh jadi bom jangka agaknya. Terima kasih ya anda semua.
Dan melalui kehidupan yang semakin kompleks (erkkk), semakin ramai teman yang aku temui.
Dengan ragam dan hati yang pelbagai, aku juga semakin belajar banyak tentang manusia-manusia yang boleh dipanggil sahabat itu.
Tapi sedihnya, sebab bila aku masuk ke alam seterusnya (err...naik darjah la tu) dan aku pun berpindah. Aku langsung tak dapat jumpa mereka.
Tapi hidup mesti terus juga kan. Lalu aku pun berjumpalah lagi dengan semakin ramai makhluk-makhluk yang bergelar sahabat. Tempat berkongsi tangis dan tawa.
Dan sekarang juga, walau bersilih ganti, aku masih dikelilingi mereka yang tersayang.
Oleh itu,
Terima kasih sahabat,
Kerana ada tika aku duka,
Kerana bersama waktu ku gembira,
Kerana mengingati jika ku alpa,
dan
Kerana menyangi setiap masa.
maka
Jangan kamu lupa,
Aku juga akan sentiasa,
Bersama tika kamu menangis,
Menangislah di bahuku.
1 ulasan:
Life is like that. Some ppl like us, some ppl don't. We can't make everybody happy.
Catat Ulasan