
Khaty, Misah, Sherry, dan Besah diundang ke kenduri kahwin anak Mona. Mereka berlima rakan seperjuangan semasa di menara gading 24 tahun lalu. Boleh dikatakan mereka ini umpama adik beradik. Susah senang semasa di alam perjuangan ditempuhi bersama.
Setelah 15 tahun tidak bertemu, maka berpeluk ciumlah sahabat berlima itu lantaran kerinduan yang amat antara mereka. Namun, tidaklah sampai mengalir air mata. Kerana masing-masing takut akan mekap yang akan cair.
Mona menjemput sahabat-sahabatnya makan. Sambil makan-makan, rancak mereka berbual. Tentang kekasih lama, tentang sahabat kelas yang berjaya juga tentang anak-anak yang sudah besar belaka.
"Hei Khaty, apa cerita Mahmud kau tu. Lama aku tak dengar cerita." Sherry merisik khabar pada Khaty. "Oh. Mahmud tu. Last sekali aku dengar cerita pasal dia, dia tengah cari bini nombor tiga. Ha ha ha."
"Wah Khaty. Kau dah boleh gelak ya sekarang. Dulu masa si Mahmud tu dump engkau, tujuh tempayan air mata engkau habiskan." Dan kecohlah khemah kenduri itu dek ketawa sahabat berlima itu.
---------------------------------
Itu cuma fiksi dari aku. Tentang Kancil clan bila sudah tua nanti. Sekarang, kami sedang mengutip kisah-kisah yang pelbagai, untuk dibuat kenang-kenangan 24 tahun akan datang. Mungkin kami akan bergelak ketawa tentang kisah-kisah sekarang di majlis resepsi anak sulung
Siti nanti. Kan clan? He he.
________________________
Psst...
Encik dibawah tu,
bloga otai kampung saya. Ha ha ha!