Selasa, 10 Mac 2009

Entri ini sepatutnya tiada tajuk, kerana isinya kosong.

Nak sangat. Puas aku celup, perah, sidai neuron otak supaya idea datang nak update blog. Tapi, mesti selalu terkesima terfikir sebelum update.

+ Apa orang akan dapat, dengan baca entri kau ni. Suka-suka atau ilmu? Mengingatkan atau melalaikan?

- Blog aku. Aku punya sukalah kan.

Tapi kan. Bila entri aku tak bersifat menyampaikan, rasa macam tak bertanggungjawab pula. Tulisan ada, tapi isi kosong. Atau. Isinya cuma dunia. Tapi kan. Harapannya, dapatlah dicari isi itu. Mungkin ada menyorok di sebalik huruf-angka yang maujud itu.


Fikiran tambah tumpul lately. Istighfar istighfar. Banyak buat benda lagha mungkin.



Hati, sila kuat. Hidup ni sekali je. Sekejap pula tu. Kalau nak banding dengan alam sebelah sana.

++

Eh. Eh. Ini nota, applicable untuk aku cuma, tahu.
Yang paling penting, bak kata Encik AloneInHome, blog ini untuk berkongsi, menghibur dan mengenal diri sendiri. :]


Nota tambah:

Setelah berbulan-bulan aku baca kisah si ayah ini, ujian Allah untuk beliau dan keluarga dah sampai ke kemuncaknya. Jatuh lagi air mata aku. Al-fatihah untuk adik Amir Yusuf.

Rabu, 4 Mac 2009

Hanya Kerna.

Abah dan aku. Via telefon dua minggu lepas.


+ Ada jiran Mbah (grandparents), meninggal semalam.

- Oh. Sakit apa? Dah tua?

+ Tak. Budak, tengah tunggu SPM.

- Muda lagi. Eksiden ke bah?

+ Meninggal sebab minum racun.

- Ya Allah. Cam ne boleh jadi gitu?

+ Em, budak tu merajuk dengan mak dia. Hari tu. Dia pinjam kereta ayah dia, terlanggar lembu. Lembu tu yang salah. Kereta tu rosak lah sikit. Tuan punya lembu tu dah cakap nak bayar. Tapi mak dia marah. Dia pukul dengan kasut but. Kuat juga, sampai handphone budak tu yang dalam poket pun boleh hancur. Depan orang lain pulak tu. Lepas tu, terus dia lari belakang rumah, minum racun.

- Terus meninggal?

+ Sempat bawak pegi hospital. Tiga hari kat hospital, meninggal.

- Lembu punya pasal, sampai macam tu jadinya.

+ Hmmm.



Aku fikir mungkin kalian patut ambil pengajaran darinya. Untuk ibu, bapa bahkan anak sekalipun. Ingat Allah, fikir dulu sebelum buat.

Rabu, 25 Februari 2009

Ekstrovet dan Introvet Aku Seimbang: Kata Keputusan Ujian Personaliti.

Semalam mimpi emak. Peluk cium emak kuat-kuat. Gelak-gelak dan cerita-cerita.

Bangun-bangun jadi rindu. Cerita pada Awis, 'ai mimpi my mom' pun mata dah bergenang-genang.

Jadi, esok cari tiket balik kampung. Boleh peluk cium emak secara hakiki. Jumpa baby kucing sekali. Yay!



Nota tambah:

Sejak surcaj 30% ditambah pada harga tiket bas, aku belum pernah balik kampung dengan bas. Berdebar pula nak tau harga baru. :P

Isnin, 23 Februari 2009

Diri dan Makhluk yang Namanya Ikhlas

Ikhlas, mari temankan hati diri.
Suluhkan cahaya engkau pada diri.

Sungguh Ikhlas, kalau engkau sirna dari diri, hidup diri cuma sia-sia.
Semua amal diri, kalau engkau tiada.
Adalah seperti tin kosong. Luarnya kilat tapi isinya udara.

Paling penting buat diri, engkau si Ikhlas harus datang bersama niat yang betul. Dengan Sunnah yang Esa.

Sabtu, 21 Februari 2009

We Will Not Go Down

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009




A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


Siapa Michael Heart a.k.a Annas Allaf? Klik sini.

Rabu, 18 Februari 2009

Selamat untuk KAK Azie :P

Kalau kalian dapat padankan tahun (05-09) dan gambar-gambar di atas, kalian memang kesayangan kami. ;)


Cik Azie yang baik hatinya,
aku doakan yang terbaik semuanya,
untuk akhirat dan juga dunia.

Cik Azie yang manis rupanya,
bersama kau aku selalu bahagia,
terima kasih untuk segalanya.


P/S: Zie, aku tengah disinggahi hormon jiwajiwa. Jangan muntah oke. Ha ha ha.

Selasa, 17 Februari 2009

Tag Sana Sini: Versi 25 yang Rawak tentang Diri

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you.

Oke. Sebelum mula. Biar aku war-warkan ini tag yang berasal dari fesbuk. Mula-mula, Enchek OP yang tag. Kemudian, bila Kak Nawwal tag juga, kita panggil double tag. Dan seterusnya bila Cik Amna, dan Cik Famia juga mentag, saya sudah mati akal ia jatuh ke tahap kategori apa. Quartiple bolehkah?

Double oke. Sebab entri ini akan diauto-terbitkan di fesbuk. Maka, tak salahlah kalau saya menyelam sambil minum air. Atau membunuh dua burung dengan satu batu. Atau terbang sambil makan dan minum. Eh?

Triple oke. Mari kita teruskan.


  1. Seorang kanak-kanak yang gemarkan warna secara banyak (warna-warni). Apabila sudah memegang jawatan sebagai seorang remaja, saya telah menspesifikasi kan warna kegemaran saya kepada warna hijau.


  2. Gemar mengulum makhluk yang berunsur plastik. Contohnya, bila habis makan Choki-choki, pembungkusnya pun boleh dibuat bahan kuluman. Dan sekarang saya sedang mengulum pencungkil gigi.


  3. Majoriti kasut dan sandal adalah bersaiz lapan.


  4. Kadang-kadang rasa diri sangat ramah. Kadang-kadang diam dan sopan. Kadang-kadang boleh juga rasa diri sangat sombong. Krisis apakah itu? No idea.


  5. Suka perkara yang berelemenkan kentang. Kerepek kentang, kentang goreng, kentang masak merah, kentang rebus separuh masak dan lain-lain. Kentang masak lemak juga boleh.


  6. Suka kira gigi sendiri pakai lidah.


  7. Salah satu senarai cita-cita di zaman muda-muda adalah ahli bomba.


  8. Ada satu tabiat dari kecil yang sudah semacam permanen. Iaitu, bila khusyu' menonton tivi, kepala akan jadi teleng. Dapat bayangkan kah? Ha ha ha.


  9. Mula memandu motosikal secara solo semasa umur 10.


  10. Pada umur 11, pernah terlibat dalam perlumbaan motosikal secara berduet sewaktu menunggu guru tusyen malam kami sampai. Itulah, siapa suruh cikgu tusyen datang lambat malam tu. Kami kan kanak-kanak aktif.


  11. Esok paginya, kami yang terlibat kena marah waktu perhimpunan. Sudahlah bising. Ganggu orang kampung. Lesen cap ayam kepak madu pula.


  12. Dalam beberapa kali percubaan menderma dara darah, empat kali daripadanya telah disampahkan kerana kadar hemoglobin rendah.


  13. Rindukan anak-anak kucing di rumah. Anak-anak kucing di rumah juga rindukan saya. Pasti. Haha.


  14. Baru nombor 14 ke. Bila nak sampai 25 ni?


  15. Masih ada berpuluh-puluh keping syiling satu sen yang sudah tidak laku. Ada sesiapa pengumpul syiling lama di sini?


  16. Pengguna setia pendrive berkapasiti 256 MB. Sayang oh.


  17. Kekunci ({/[ ) di atas kibod saya sudah musnah gara-gara Emi yang waktu itu mengamukkan abangnya. Bak kata pepatah, marahkan nyamuk kelambu dibakar. Nasib baik dia tak bakar kibod saya. Haihhh.


  18. Suka menyimpan item yang saya rasa perlu tapi sebenarnya tidak. Protektor contohnya. Walhal, zaman penggunaan protector sudah ditinggalkan empat tahun dahulu.


  19. Lagi enam perkara nak sampai 25? Apa lagi nak letak ni.


  20. Oleh kerana saya tak suka tauge, saya mahu suami yang suka makan tauge. Nanti kelihatan macam romantiklah bukan main pindah-pindah tauge dari mangkuk ke mangkuk. Ha ha ha.


  21. Lagi empat. Oke.


  22. Kadang-kadang, suka fikir secara minimum. Kadang-kadang juga suka fikir secara hiperbola. Fikiran juga kadang-kadang diletakkan ditempat yang tak sepatutnya. Astaghfirullah.


  23. Bila buat ujian personaliti tempoh hari, hasil ketidakjujuran adalah setinggi enam puluh peratus. Saya adalah orang yang tidak jujur secara sederhana. Mungkin maksudnya itulah.


  24. Berdoa supaya Allah pelihara ummat Islam di setiap tempat dan sepanjang masa.


  25. Harus tidur sekarang untuk pastikan keadaan tubuh berada di tahap yang optimum esok pagi supaya permohonan saya untuk menderma darah tidak disampahkan.


25 perkara rawak sudah selesai. Terima kasih. :)

Sabtu, 14 Februari 2009

Aku memang suka terpengaruh dan dipengaruhi. So what?

Letak hati kau pada Tuhan.
Biar Tuhan yang uruskan.

Fikir-fikir,
kau cari cinta Tuhan.
Dan bila kau jumpa cinta Tuhan, kau akan jumpa dia dengan bersandarkan itu.

Berbanding dengan,
kau jumpa dia dan.
Selepas itu baru mahu cari cinta Tuhan.
Which one is better huh?


Sama macam.
Kau cari dunia, kau dapat dunia.
Kau cari akhirat, Tuhan izin kau dapat kedua-duanya.

Rabu, 11 Februari 2009

Tiada yang Ke-2

Kali pertama aku menghadapi berita kematian seorang rakan baik, adalah sewaktu aku di tingkatan empat. Shahrizal nama allahyarham. Tapi kami panggil Ijal je. Ijal kawan sekelas dari sekolah rendah, hingga kami masing-masing berpindah selepas tingkatan empat.

Berita pemergian dia aku terima semasa aku di sekolah baru. Dalam kelas. Selepas beberapa hari beliau pergi, baru dapat berita tentang arwah. Sebab aku tinggal di asrama. Air mata terus saja menderu-deru selepas aku terima berita pagi tu.

Detailsnya, lemas. Dekat air terjun di Kedah waktu perkhemahan. "Arwah nak selamatkan kawan dia. Kawan dia selamat, tapi arwah tak." Tambahan berita dari kawan aku di kampung. Menangis dalam kelas. Lepas tu aku tak menangis dah.

Sehingga tahun depannya. Sewaktu perkhemahan unit beruniform di Taman Negara, Pahang. Salah seorang ahli khemah hampir lemas dibawa arus, semasa kami bergelak-tawa mandi di sungai. Cemas.

Tapi masa kejadian tu, aku cuma terduduk kat tepi sungai dan terkaku. Diam, dan tengok saja. Berjaya saja dia ditarik dari arus deras tu, air mata aku jatuh selebat-lebatnya. Dalam kepala aku cuma ada. Tuhan, janganlah ada Ijal yang kedua.


Nota tambah:

Takziah pada Cik Munh dan kawan-kawan atas kehilangan sahabat tersayang baru-baru ini. Al-fatihah untuk kedua-duanya.

Selasa, 10 Februari 2009

Cara Hidupkan Lampu Tanpa Tekan Suis

Bayangkan jam menghampiri pukul tujuh malam. Anda berada di dalam bilik dan suasana gelap. Anda mahu hidupkan lampu bilik. Dan. Tahukah anda, bagaimana mahu menghidupkan lampu bilik yang sejauh dua meter dari tempat duduk, tanpa bangun dari kerusi?

Saya ada caranya.

Mula-mula kita periksa pada IM untuk pastikan jiran sebelah atau depan bilik kita online. Kemudian, kita buzz dia, atau untuk lebih sopan, berilah salam.

Dan mulakan konversasi seperti ini:

atiqah:
zie..

azie:
awat?

atiqah:
bukak kan lampu bilik aku
tak sampai la
hohoho

azie:
gila pemalas
ni manusia ke jembalang ni

atiqah:
uu~~
tolong la
tangan aku tak sampai

atiqah:
adeh
nak taip pun susah ni
tak nmpk kibod dah

azie:
kronik tu
lagi 3 jumaat
ahahha

atiqah:
lampu....

(Ini hanya contoh perbualan saya dan jiran saya. Mungkin anda boleh ubah suai perbualan di atas dengan jiran anda.)

Selepas beberapa saat, jika jiran anda sayangkan anda, pasti dia datang. Percayalah, teknik ini berhasil.


Tapi akhirnya aku terpaksa juga bangun untuk beri Azie masuk dan bukakan lampu. Sebab aku lupa pintu bilik aku berkunci. Haha.

Isnin, 9 Februari 2009

Maskara 13 dan Wedding Chika

Kami (aku, Azie, Ijat dan Awis. How we wish Ina could be there too. Alahai. )dapat hadir dua-dua yay! Bertravel dari Skudai ke Kuala Lumpur, dengan Kelly kepunyaan Cik Azie, memang penuh bermakna kali ini. Alhamdulillah perjalan lancar. Terlajak pun sekadar satu dua kilometer ja.


Satu.

Persembahan Maskara paling letup mestilah dari King of Letup. Instrumen hanya kerusi dan entri bercetak. Tanpa iringan gitar atau muzik, beliau mampu buat satu rumah Pena terkekek-kekek. Kak Fynn, dengan imej baru dan si kecil Ilham, sungguh berjiwa dan terkesan pada hati.

Jonos baca sajak, Aku Mahu Jadi PiEmmm (Papa Mithali) mungkin dipengaruhi oleh keadaannya yang baru menjadi ketua keluarga. Eheh. Adam Kasturi? Tona suara ada sedikit seperti Nasir Bilal Khan. Ku Chi, Anna Raffali dan gitar-gitar mereka memang kacip. Encik Ujang? Emm. No comment.

Dapat bersembangl dengan ramai orang juga. Para Sol-jahs, Kak Lily dan Abang Razak, Aie, Kak Tasik Merah dan MC, Kelambu, dan Kak Alina. Kak Nida dan Kak Daun excluded sebab tiap kali datang memang akan peluk cium dengan mereka. Suka. :]


Dua.

Wedding Chika yang dinanti-nanti sejak akhir tahun lepas, kami hadir dengan baju hijau. Tema hijau, putih dan hitam memang extraordinary. Lauk-pauk sedap, pelamin is simple yet very nice, dan rumah beliau besar. Eheh.

Tahniah Puan Chika dan Encik Suami. Moga Allah panjangkan jodoh hingga akhir hayat. =]


Perjalan pergi diselitkan dengan acara makan Sate Hj Samuri di Kajang dan melepakkan diri barang seminit dua di Dataran Merdeka. Perjalanan pulang pula diserikan dengan menaikkan diri di Eye on Malaysia, Melaka.

Sekian, terima kasih.