Khamis, 5 Februari 2009

Sebatang Gigi Itu Ibarat Setitik Peluh Emi?

Mula-mula.


Kemudian.


Akhirnya. Yay!


Hari tu di rumah, Emi tunjuk giginya yang dah goyang menanti hilang. Aku cari benang. Mak ikatkan benang pada gigi.

"Mak janji jangan cabutkan! Emi nak buat sendiri." Sungguh-sungguh Emi nak jadi doktor gigi diri sendiri. Tapi tak sempat Emi nak cabut, gigi itu tertanggal di tangan Mak. Dan terkekek-kekeklah ahli rumah kami melihat Emi.

Rabu, 4 Februari 2009

Petua Sembuhkan Sakit Leher : Sesi Bersama Penulis Jemputan

Wah. Tajuk di atas sangat berbunyi majalah.


KOMA.


Entri petua sebelum ini menghasilkan buah pertanyaan yang pelbagai.

Oleh kerana petua tersebut diberikan oleh eks-rummet saya merangkap jiran depan bilik merangkap sahabat sekelas dan terperangkap dalam Tapak Sulaiman (Gila pangkat betul penulis jemputan ni. Haha.), maka beliau telah dijemput untuk menjawab komen-komen tersebut.

Peringatan: Jawapan-jawapan adalah dalam nada serius. Sila tunjukkan muka serius apabila membaca. Ini serius.


::----------------------------------::


Oleh kerana saya yang bagi petua tu, mari saya jawabkan.


  • Dari Kelambu : brapa libasan baru nak ok? 100? 200? haha..
J : Libasan bergantung kepada jenis kekerasan kepala anda. Kalau anda kepala keras kepala macam batu ada duduk dalam, saya bagi 100 kali. Ok?
  • Dari Ct: huish.. aku nak try gak la..

J : Berhati-hati jika melakukannya. Takut anda pula yang dilibas oleh rakan anda kerana dia mungkin terkejut dengan libasan anda itu. Gud luck dengan petua itu.

  • Dari Kak Tasik: bawak bantal tu masa maskara esok. bab2 melibas ni aku pun bulih tolong. hahaha...

J : Kalau tunggu time maskara, bantal dah hilang panasnya. Sakit Tiqah pun dah hilang. Lagi pula, tak mungkin kita boleh berpillow fight di khalayak ramai, kan? Kita book bilik utk buat pillow fight sesama kita.

  • Dari Shino: dengarlah petua merepek azie tu hehehe kalau tersalah ckp nak jemur ape? tanya azie blh tak? hehe
J : Kalau salah cakap, saya boleh tolong cilipadikan mulut tu. Tak payah jemur- jemur cili tu. Tumbuk lumat-lumat je. Mau try, silakan cakap benda-benda salah dekat saya. Contohnya macam awak cakap petua saya ni merepek. Itu kira salah cakap dah tu.
  • Dari Garam : errr...dua gadis buat pillow fight?? kat mana? gua tido berbantal lengan je..amacam?
    mau kena libas juga?

J : Kalau awak berbantalkan lengan, maka jemurlah lengan anda sehingga suam-suam kuku, kemudian lempang laju-laju muka anda sendiri. maka akan sembuh penyakit anda.

  • Dari Paiseh: woh..! mana punye petua lu pakai nih..??

J : Tiqah pakai petua daripada mak kepada NURUL AZIE YANTY BT MD YUSOP. Sebarang kemusykilan boleh email saya. Sebarang surat menyurat dan mengurat tidak akan dilayan.

J : Boleh join kalau nak.

  • Dari Azhar Ahmad: Ehhh bukanke, kena ketuk kepala ke kaki katil?

J : Itu kalau katil ada kaki. Kalau takde macam mana? Hantuk kepala ke dinding? Jemur tilam dan hempuk ke leher? Sila cuba satu persatu kaedah yang saya sebutkan tadi.

  • Dari Yazid: main libas-libas bantal. bestnya

J : Ya. nanti boleh try dengan isteri anda. Kalau baru kawen boleh baling bantal, jangan lama-lama baling pinggan mangkuk pulak.

  • Dari Aie Akaike : cam best je kena libas ngan bantal!

J : Jangan mintak penyakit. Kalau tak sakit jangan saja-saja libas diri sendiri dengan bantal. Itu cari penyakit namanya. Janganlah susah payah sebab nak test keberkesanan petua saya ini.

  • Dari En_Me: ammvoiii, libas libas sayang gittewww..

J : Tak boleh libas dengan kasih sayang. Kena libas dengan niat mahu membuang penyakit. Bukan untuk lepas geram kat member.

  • Dari Kdee: libas jgn tak libas.hihi

J : Nak try kena libas dengan saya?

  • Dari Tok Rimau: Ajaran sesat tu. Sepatutnya libas dengan kaki katil. ha ha ha.

J : Takkan nak cabut kaki katil tu? Janganlah sebab sakit leher, kaki katil jadi mangsa.

  • Dari Ielah: abes aa yu..azie akan menggunakan kesempatan sepenuhnya.haha

J : Tidak ielah. Saya tidak akan menggunakan taktik kotor untuk membalas dendam terhadap Tiqah. Sebagai anak Jawa, saya akan bermain secara adil dan saksama. Tak mainlah pukul-pukul curi ni.

  • Dari Aunty Nadine: kena jemur bantal tahulah tapi kena libas tak tahu pulak...hah baik-baik...
J : Mak saya buat kepada saya, dan ianya berkesan. Mungkin berkat tangan mak yang penuh kasih sayang. Dan saya percaya dengan berkat tangan saya yang penuh kasih sayang juga, disertakan dengan izin tuhan, petua itu boleh berkesan.
  • Dari Princess Liyana: huhuhu..i pun boleh tolong libaskan? ekeke.. nak..esok i libaskan ek ;P uhuhu

J : Boleh. Tapi kita tak boleh serentak libas Tiqah. Nanti patah leher dia, siapa nak jawab dekat pak cik Nasir?

  • Dari Zara: hehehhe... sila senyum sebelum dilibas sayang~

J : Kalau secara tiba-tiba dilibas, mana mungkin Tiqa sempat senyum. Tapi takpe, saya akan libas semasa Tiqah sedang tersenyum menonton Matsumoto Jun.

::----------------::


Kesimpulannya : Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datang dari saya, walaupun hakikatnya dua-dua itu dari Allah jua. {^_^}

Selasa, 3 Februari 2009

anak rusa nani baru tumbuh ekor, apa salah kami lalu tidak tegur.

Bangun pagi hari ni, leher sakit. Kalau kena buat warming up, part pusing-pusing kepala tu mesti aku gagal kali ini.

Azie kata salah bantal. Kesihanlah bantal tu bukan. Duduk diam pun salah.

Jadi petuanya, Azie kata lagi. Kena jemur bantal esok. Lepas jemur, bantal tu kena dilibas pada tuan punya bantal yang sedang sakit leher tersebut. Dengan satu syarat, dia tak boleh perasan atau tahu yang dia akan dilibas dengan bantal. Maknanya besok. Tiap kali Azie masuk bilik aku je, aku kena bersiap-sedia untuk dilibas. Tapi muka kena tunjuk inesen. Uwah!

Ahad, 1 Februari 2009

indah. kalau satu-satu kerjaan itu diniatkan kerana yang Khaliq. bukan?

tolong. tolong.

tahap motivasi saya berada di bawah paras beku. malam ni hidup macam tak remaja kacak bergaya.  nak buat entri pun. taip-taip, save as draft. taip-taip, save as draft. esaimen apatah lagi.

semangat, kamu menyorok di mana? -_-

Jumaat, 30 Januari 2009

Dalam seminggu ni aku buat dua rekod peribadi. Satu. Tak menjenguk alam maya selama satu minggu. Dua. Memandu all the way dari Gunung Semanggol ke Seremban waktu dua per tiga malam. Hasilnya, sakit tekak, selsema, dan sakit bahu. Rekod la juga tu kan. :P

Selasa, 20 Januari 2009

Empati

Bila aku pos entri tentang hari ulangtahun abah dan sajak Sang Anonimus itu. Kalian akan ingat ayah, abah, papa dan bapak kalian. Kalian rindukan mereka. Dan kepada yang ayahnya sudah ke alam sana, jadi sedih. Aku rasa bersalah amat, bila entri aku buat kalian terkesan dan rindu pada mereka. Sungguh. 

Sungguh aku tiada maksud. Ya, aku juga mungkin belum tahu perasaan itu walaupun aku cuba letak kaki aku dalam kasut kamu. Tapi percayalah. Andai aku lihat kamu hiba rindu pada yang tiada, pipi aku juga basah dek air mata. 

Isnin, 19 Januari 2009

Adik-adik Kita Kalah.


Aku dan Tina selepas Anugerah Juara lagu, bersms.

"MUH menang. Huhu." Aku.

"Berkaitan dengan AJL, adik-adik kita tak menang." Tina.

"Adik-adik kita? Atira dengan Aimi?" Aku balas.

"X. Aizat dengan Aiman. Wahahahahah." Balas Tina.

Aku lupa ada adik-adik teruna yang namanya Aizat (Lagu Kita) dan Aiman (Dusta Berkalang). Ya, adik-adik aku kalah. Hahaha.


--
Cukuplah thudahlah, thampai di thini thaja, hubungan kita berdua. Tak faham? Tak payah faham. Hahaha lagi.

Jumaat, 16 Januari 2009

RASA SAYANG HEI!

Keras. Macam robot. Kalau perlu fes-tu-fes meluah rasa secara verbal. Aku.

Contohnya. Mak abah, Tiqah sayang mak abah. Tak tak. Suara aku kau takkan dengar menyatakan itu. Tapi dalam hati sayang itu sesungguh jiwa.

Alhamdulillah. Tangan dua dan sepuluh jari masih ada. Untuk tulis conteng rasa secara non-verbal. Ya ya. Aku sayang kalian juga. :)

Rabu, 14 Januari 2009

Entah.

Kasut belang hilang. ELT methodology. Nativiti. Sosiologi sekolah dan pendidikan. Tugu cinta. Menanti kasih. Hilang punca. Orang kuat. Practical mandarin guidebook. Daerah zeni. Wajah seorang wanita. Oxford dictionary. Narayuda. Elarti II. Sabotaj II. Dare to fail. Kanvas tanpa imejan. DVD Gie. Salju sakinah. Tuhan manusia. Koleksi 100 solat-solat sunat. Bukan dugong biasa. Bila tuhan berbicara. Hijab sang pencinta. Bedar sukma bisu. Menara gedembai. Masuk barisan. Pink platun merah jambu pelbagai rona. Romlah the untold story. Kudeta. Kasut biru rubina. Jongkang jongket. Aweks kl. Kamus dwibahasa oxford. Pasca manusia. Kayangan. Yaasin. Ma'thurat. Al-Quran. Tafsir Quran.

Tajuk-tajuk depan mata atas meja aku sekarang. Ok. Ini helah bela diri. Bila malas memblog. Oh oh!

Ahad, 11 Januari 2009

ENTRI BERGAMBAR

Sempena hari kemahkotaan sultan tiada siapa bersamaan dengan hari Sabtu, Ijat, Awis dan saya melancong di Bandaraya Johor Bahru. Well, layaklah kami digelar pelancong memandangkan kami orang dari luar negeri kan. Ha ha. Azie dan Ina tidak eveilebel berikutan peristiwa berdating dan balik kampung setiap seorang.

Lima destinasi telah dikunjungi. Jusco Taman U (makan tengah hari), Muzium DiRaja Johor, Zoo Johor, Masjid Sultan Abu Bakar, dan Plaza Angsana (makan malam). Selain dua kompleks membeli-belah di atas, sila katakan lawatan ini adalah lawatan ilmiah. Eheh.


I. Muzium Di Raja Johor.


Abaikan muka risau Awis yang eh-boleh-pijak-ke-rumput-ni.




II. Zoo Johor

Ijat, ular kayu, encik penjaga ular dan ular sawa. "Tolonglah angkat ular ni. Pleeeease!!" Siapakah yang berkata itu?


Apa motif beliau dipakaikan lampin pakai buang?



Siapa tak nampak rusa di belakang, pendek kuku. HAHAH.


Hai, saya Bang Bear.


Tiada kepsyen yang sesuai untuk gambar ini.



III. Masjid Sultan Abu Bakar

Dari jendela kamar. Ewah.


Lagi tiada kepsyen.


Suka hati kalian nak letak kepsyen apa.



Atas rumput sebelah masjid di depan laut.



Sekian entri yang maksima dengan gambar julung-julung kalinya dari saya. +D



TAMMAT.

Jumaat, 9 Januari 2009

Abah yang Sudah Umurnya 51.


Abah
Jika engkau mengajarku berkata-kata
Nescaya aku akan jadi seorang pendusta
Tapi jika engkau mengajarku Alif... Ba... Ta...
Insya Allah aku akan menjadi seorang pendeta


Abah
Jika engkau mengajarku bergurindam
Nescaya aku menjadi seorang pendendam
Tapi jika engkau mengajarku Muqaddam
Insya Allah aku akan belajar sampai khatam


Abah
Jika engkau mengajarku berlari
Nescaya aku akan menjadi seorang pencuri
Tapi jika engkau mengajarku mengaji
Insya Allah aku akan menjadi seorang penzanji


Abah
Jika engkau mengajarku bertutur
Nescaya aku menjadi orang yang lupa bersyukur
Tapi jika engkau mengajarku bertafakur
Insya Allah aku takkan menjadi orang yang kufur


Abah
Ajarlah aku dengan Bismillah
Mudah-mudahan aku menjadi kekasih Allah
Didiklah aku dengan Fatihah
Mudah-mudahan aku menjadi anak solehah


SELAMAT HARI LAHIR, ABAH. =]

Nota tambah:
  1. Kredit untuk Kak Ain akan kiriman sajak di atas yang penulisnya masih anonimus. Siapakah?

Rabu, 7 Januari 2009

Tik Tok Simpati. Satu Saatkah Cuma?


gaza sayang,
akan hanya mampu melihatkah aku, 
pada sengsaramu.

akan hanya mampu menangiskah aku,
melihat anak-anakmu dihirup darahnya sekejam itu.

tuhan kuasa,
kuatkan hati mereka,
bukakan hati ummat manusia,
untuk gaza.