Isnin, 2 Ogos 2010

Of the Necklace and the Dictionary

Aku. Pantang tengok pelajar pakai aksesori-aksesori yang entah apa-apa. Dengan kapasiti semua guru adalah guru disiplin, aku selalulah buat aktiviti rampasan harta peperangan.

Dan hari itu, mata aku menangkap rantai leher bewarna perak pada leher Amir (jauh dari nama sebenar).

"Kalau nak juga rantai ni, datang jumpa saya lepas habis sesi sekolah nanti," well, lembut hatilah juga aku sebab Amir bukan dalam kalangan troblemaker.

Tepat jam 1330, Amir datang demi menuntut rantainya (yang aku syak mungkin dalam dua ringgit setengah harganya). Dan aku dengan lengah-lengah berjalan ke arahnya sambil memain-mainkan rantai beliau.

Malangnya, rantai tersebut putus di tengah jalan. Buntang mata beliau, dan buntang jugalah mata aku.

Dan sejak itu.
Teguran, salam dan senyum dia sudah tidak ada.

Pesan aku pada abangnya, "Pakai rantai tu kalau lelaki, adalah menyerupai perempuan. Memang saya salah bila saya terputuskan rantai tu. InsyaAllah saya ganti, tapi bukan dengan rantai."


Dan tadi. Sebuah Al-Ma'thurat dan Kamus Oxford DwiBahasa aku beli. Entah apa reaksinya besok.




13 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

Minggu lepas menemui pendrive dan handphone setelah terpaksa 'meraba' murid...dan kami dapati di dalamnya penuh imej-imej dan visual yang na'uzubillah. Malamnya kami menggodam facebook budak2 tu yg seronok mengutuk cikgu2 yg merampas harta mereka. Kami print....dan pagi tadi semua kena panggil dgn mak bapaknya sekali.

Macam mana masyarakat kata budak2 sekarang bijak2....cikgu tetap kena jauh lagi bijak dari mrk. Kan tiQah kan!

(pssst: Tema apa raya ni? ckLah tema pelangi....tunggu rendang tok dan dendeng ckLah tau!)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Huhuhu~

Ku selalu suruh budak buka dan simpan apa yang mereka pakai. Bukan berdiplomasi cuma aku takut benda itu kalau dirampas akan hilang, dan tau2 je la budak sekarang, habis dijaja cerita cikgu pula~


*sigh*

kdee berkata...

adoi.budak2 skrg..scary.huhu

izzati fuad berkata...

insyaAllah ada manfaatnya :)

Adlan berkata...

wah.. bagusnya. hadiahkan kamus. kenapa nama dipadamkan? bukan jadi To Amir ke??

Yazid Husain berkata...

best ayat kamus tu :)

en_me berkata...

belikan jer quran teruss.. uhuhu

Tanpa Nama berkata...

inspirational...thank you for the share! ^_^

Rashid berkata...

Satu hadiah yang paling baik sekali. Ilmu .. usaha cikgu yang patut direnungi. Sangat comel idea ..

A t i Q a h berkata...

Cik Lah,
tak de tema raya ni. Aizat tak de raya ni. :(

Zara,
kalau yg budak2 form 5 tu, mmg suruh simpan sendiri. HUhu.

Kdee,
kan.

Izzati,
"kat rumah saya, kamus dari yang besar, sampai yang kecik dah ada," respons abang dia. :(

Adlan,
bukan2. Amir tu bukan nama sebenar. Hehe.

Yazid,
main tulis je tu. =)

En_Me,
tu lah. Tapi tak cukup bajet la pule. Huks.

Kak Faizah,
ini saja yang mampu. ^_^

Cikgu Rashid,
tak tau macam mana reaksi dari pihak dia. :(

izzati fuad berkata...

yosh. takpe. usaha yang penting. hati dia, kita tak tau kan? :)

bukan orang pinkish berkata...

bagus cikgu tikah ni... :)

AieSha berkata...

tindakan bijak cikgu!