Jumaat, 11 Disember 2009

Satu-satu saya sayang Ayah, dua-dua saya sayang Ibu.

Lagi berita di sini.


Aduhai akhir zaman. Apakah tuan yang bijaksana sudah lupa akan kisah di zaman Nabi Musa? Atau tuan tidak pernah tahu tentang itu.

Kalau tuan tidak pernah tahu atau tuan terlupakan kisah tentang itu, mari saya kisahkan semula secara ringkas.

Bahawa pada suatu hari, Nabi Allah ini bertanya kepadaNya, "Siapakah yang akan berjiran dengan ku kelak di syurga?"

Dan Allah beritakan tentang seorang pemuda di sebuah kampung yang beberapa hari jaraknya dari Bukit Tursina (tempat Nabi berdialog dengan Allah). Berjalanlah baginda ke rumah pemuda tersebut adanya.

Tuan, ketika baginda sampai di rumah pemuda tersebut dan memberikan salam, si pemuda tersebut hanya menjemputnya masuk dan tanpa pamit beliau terus masuk ke bilik. Selang beberapa ketika, beliau keluar dengan membawa seekor khinzir lalu dimandi, dilap dan disiapkan dengan penuh kasih sayang. Tentu saja baginda terkejut. Dan tahukah tuan khinzir itu bukannya seekor tetapi dua.

Masih dalam keadaan terkejut, baginda bertanya kepada pemuda itu akan perihal khinzir tersebut. "Mereka adalah kedua ibu bapa kandungku. Kerana mereka telah melakukan suatu dosa besar, maka Allah telah menukarkan mereka menjadi haiwan ini. Soal dosa mereka, itu antara Allah dengan mereka. Aku sebagai anaknya harus tetap berbakti kepada mereka."

Lihat tuan, betapa pemuda soleh itu terus taat dengan perintah Allah untuk menjalankan kewajipannya sebagai anak dan akhirnya Allah beri ganjaran syurga malah berjiran dengan Nabi Allah Musa A.S. Dan lebih baik lagi tempat ibu bapanya di neraka telah dipindahkan Allah ke syurga. MasyaAllah tuan, masyaAllah.


Eh. Berjela pula kisah saya, tuan. Bukan kisah saya maaf. Sirah. Sirah tentang anak yang soleh dan ibu bapa yang derhakakan Allah. Saya sekadar menyampaikan kepada tuan. Maaflah kalau ia sebenarnya tiada kaitan dengan tuan. Wallahu a'lam.


****

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia"
Surah Al-Isra', ayat 23

11 ulasan:

aza ni berkata...

salam atiqah, sambung sikit lagu tu,
tiga tiga sayang adik kakak abang,
satu dua tiga sayang semuanya, bslik psda entri tadi..manusia mudah lupa...

kdee berkata...

adoi.dunia2..isk

ckLah @xiiinam berkata...

Sepulu-sepuluh ckLah sayang.....


Dan yang lahir dari 10 tu...lagi sayang.



Eh..heh..heh...lama tak merapu di sini..


Orientasi tak habis lagi ke Qah?
Mak dengan Emi sedang berdinginan di puncak Cameron dengarnya!!!

Pocket berkata...

herankan..
moga anak anak si anak bongsu tadi pun buat gitu jgak lah kat bapak dia...

setelah mengetahui apa yg bapak dia buat:D

moga kita tak jadi gitu...
nak coll bonda lah>

BAIZURA NATASHA berkata...

waaa~ thanx kongsi cte2 sirah..
keep it up a gud work..

:)

tasekM berkata...

ai sayang yu juga..

:)

bobhandburry berkata...

zaman skrg ni mcm2.. anak tak kenang jasa

zu-
www.zuwairiaiman.com

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

anak2 sekarang~

sumpah~

sangat mencabar~

sampai rasa mahu membakar~

en_me berkata...

kasih ibu membawa kesyurga, kasih ayah takdok tolok bandingnyerrr.. salamm atiqah ittewww

en_me berkata...

kasih ibu membawa kesyurga, kasih ayah takdok tolok bandingnyerr.. ehehe, salamm cek atiqahnasir tewww

A t i Q a h berkata...

En Azani,
kena makan pin minda nih. Huhu.

Kdee,
:(

CikLah,
yang lahir dari 10? Apakah itu? Haha.

Pocket,
balasan dia selalu Allah bagi cash je kan?

Sunflower,
:)

Kak Tasek,
heeeee.

Bibhandburry,
yeap.

Zara,
kita bakar sekolah yeahhh. Haha.

En_Me,
gitteww leww kanzz. =|