Isnin, 7 September 2009

It is more shameful to distrust one's friends than to be deceived by them - Duc de la Rochefoucauld



Kalau kan. Kita kawan-kawan ni kan. Atau dalam kata nama lain, bersahabat.


Eh. Sahabat dengan kawan tu kan, definisi dia lain kan?
Oke aku rephrase.





Kalau. Kita bersahabat ni kan. Kenapa sebenarnya kita nak bersahabat dengan beliau?



Sebab dia baik? Atau sebab dia bijak? Ke sebab dia cantik slash kacak? Habis tu nanti, kalau tiba-tiba dia jadi tak baik seminit, kita tak nak kawan dengan dia ke? Kalau tiba-tiba kelak dia buat tindakan tak bijak, kita nak tolak dia ke? Atau nanti satu hari dia (nauzubillah) muka dia buruk atau cacat, kita nak tinggalkan dia?



Kasihan bukan pada kawan-kawan yang disebutkan di atas.





Jadi kan. Kita nak bersahabat dengan orang atas kerana apa sebenarnya? Pada pandangan saya lah kan. Tentulah pada pandangan saya, bukan pada pandangan anda. (Sebab ini bukan blog anda. Heh.)



Pada saya, bila bersahabat ni, satu benda yang kita kena sedar ialah. Kita semua manusia dalam kurungan, Allah yang cipta. Manusia ni pulak ba(aaaaa)nyak kurangnya. Saya. Anda. Kawan-kawan anda. Nobody is perfect. Kan?


Dan sesungguhnya, sahabat kita tu tak akan ba(aaa)ik sentiasa. Dia tak akan bija(aaa)k setiap masa. Atau dia tak akan kekal cantik slash kacak.


Makanya. Bila bersahabat tu kan, kita kena siap. Untuk terima dia seadanya. Bukan terima secara pasrah. Oh, dia dah memang suka mengumpat, terima jelah. Atau. Oh, dia memang suka tak solat, biar jelah. Terima dalam terma, secara bijak dan penuh hikmah, itu yang penting. Kan?





P/S: Nabi kata kalau nak betul-betul kenal dengan sahabat kita, tiga perkara yang kita perlu lakukan. Kita kena bermusafir dengan dia, makan dengan dia dan tidur bersama-sama dengan dia. Allahu a'alam. =]

15 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

aduhai sayang~

siapa yang melakukan begitu amat kejam~
kawan memang mudah dicari, sahabat dan teman?
hanya mereka yang mengerti dan memahami~

Yana Ismail berkata...

btol tu yang :D

Rindu kt i tak?kiki tetiba je..huhu

izzati fuad berkata...

:):) hihi

Tok Rimau berkata...

Sampai mati pun you tak kenal I. Sebab kita tak boleh buat #3. :-)

azie berkata...

ai miss u terribly

Tanpa Nama berkata...

salam di penghuung Ramadhan Tiqah...

sahabat ibarat bintang di langit.

hehehe :)

addyaholix berkata...

bersahabat biar darihati. terima baik buruk. insyaallah persahabatan itu berkekalan. amin.

salam aidilfitri tiqah!

Yazid Husain berkata...

selamat hari raya
maaf zahir batin

tasekM berkata...

selamat hari raya tiqah. maaf zahir batin. :)

Tanpa Nama berkata...

Selamat Ari Raya Maaf zahir & Batin wat atiqah ittewww..

Sha and Forward berkata...

laaaa..jumpa en_me kat sini!!!! keciknya kan dunia...

Pocket berkata...

lamanya tak update:D

pocket macam ingat yang tiga perkara tu is...
1) bermuamalah (Bisnes.. pinjam wit pun kira bisness jgak)
2) bermusafir (gi langkawi tak pun ko samui kire bermusafir tak?)
3) Makan ngan dia (basically kalau dia berkira, 'tak aciii.. ayam hang besaq' tu patut dilupakan jer lah kot )

ker pocket silap yek?

Abdullah Mohd Nawi berkata...

terima seadanya is the way to go... accepting the person as he/she is regardless of the faults they may have...hey, we all have our own...

Eriki berkata...

正享除蟲服務項目:白蟻防治 跳蚤防治 蛀蟲 燻蒸防治 蟑螂防治 老鼠防治 蚊子防治 蒼蠅防治 螞蟻防治 蛾蚋防治 園藝防治
正享是專業的白蟻白蟻防治、除蟲專家,提供消除白蟻、白蟻防治、以及除蟲服務,只要您有惱人的白蟻困擾,找正享除蟲就對了。

13may berkata...

hoh? ada spam laa...