Isnin, 20 Julai 2009

Spell the Bee.


Sebelum mula mengajar kelas yang satu ini, aku uji mereka dengan mainan bahasa - spelling bee. Tidaklah susah mana pun perkataannya. Environment, rubbish, curtain, support, cafeteria, bussines, software dan executive.

Yang betul tu, ok lah. Tapi yang salah tu, aku rasa macam nak campak meraka dalam kolah.


Pi/Es: Baru dapat tonton Bee Movie dan mereka comel!

Rabu, 15 Julai 2009

Tukang Gunting Rambut yang boleh Baiki Kasut

Langkawi Day 1 - Terperangkap dalam spek.

********************************

Aku: Sandal aku tercabut la. Mana nak cari barber ek?

Ijat: Barber?

Aku: Eh, cobbler.

Sabtu, 11 Julai 2009

Masuk dalam Watak

Langkawi Day 1 - Banana Boat

*******************************************

Dulu. Dalam tempoh Latihan Mengajar di SMKIE. Pada hari pertama datang ke sekolah ada perhimpunan Isnin. Pelajar diminta bangun untuk bacaan ikrar. Aku pun ikut bangun entah kenapa. "Eh, awak tu cikgu. Tak payahlah ikut bangun." Kata cikgu sebelah sambil tarik tangan aku. Malu aku.

Semalam. Dalam Dewan Utama semasa Majlis Penutup MASIR (Majlis Silaturrahim) pelajar baru. Pelajar diminta bangun untuk nyanyian lagu rasmi KTD. Aku pun ikut bangun entah kenapa. "Eh, enti tu pensyrah. Tak payahlah ikut berdiri." Seorang staf di belakang aku menegur. Malu lagi.

Hmmm. Aku masih belum 'get into the character' agaknya.