Sabtu, 11 Disember 2010
Ahad, 5 Disember 2010
Anak Istimewa Disayang Allah
Dua hari lepas, saya dapat berita pemergian seorang ibu kepada dua pelajar (mereka adik-beradik) saya. Sesak nafas semasa melahirkan. Innalillah, kedua-duanya Allah telah panggil pulang. Kepergian yang tiba-tiba, lebih sakit lukanya. Dan ujian ini tentunya sangat berat buat keluarga mereka.
Dua beradik ini, adab-sopan mereka masih terjaga, Alhamdulillah. Sebelum sempat saya menelefon bertanyakan khabar pada si adik (kerana saya guru kelasnya), dia terlebih dahulu menghantar SMS, "Saya sedih. Mak dah tinggalkan saya dan adik-adik." Lantas saya menghubunginya.
Adiknya yang paling bongsu baru berumur tiga tahun dan belum memahami situasi sebenar. Maka sepanjang masa, dia bertanyakan tentang ibunya. Mendengarkan itu, saya yang mula-mula mahu berlagak tenang akhirnya menjadi sebu. Suara saya sudah tenggelam-timbul bila memberikan pesanan itu dan ini kepada dia. Rapuh betul hati bila berhadapan dengan anak-anak sebegini. Dan dia, suaranya tetap tenang.
Mungkin saya tidak tahu apa rasanya, tapi dengan hanya membayangkan apa yang mereka rasakan sudah cukup membuatkan dada saya sakit. Amat.
Sayang, bila awak rindu emak, hadiahkan Al Fatihah untuk dia ya. Doa anak yang solehah itu sangat dia harapkan. Kita jumpa bila saya pulang ke Tanah Selatan nanti.
Ya Allah, pinjamkan kekuatanMu kepada mereka.

Langgan:
Catatan (Atom)