Khamis, 22 November 2007

Pertama Kali

YA ALLAH,

Aku ingin mengadu lagi kepadaMu,

Apakah aku ini layak dipanggil hamba?

Apakah aku ini layak mengadu kepadaMu?

Aku malu padaMu,

Jarang aku mahu bersyukur dengan ni’matMu,

Yang ku tahu, meminta dan mengadu,

YA ALLAH,

Aku takut akan murkaMu

Aku takut akan siksaMu

Tapi aku masih jua begini,

Hati yang tak istiqamah,

Jiwa yang lemah,

Diri yang penuh sifat mazmumah,

Masih layakkah aku untuk syurgaMu?

Ampunkan hamba Ya ALLAH,

Untuk perbuatan hamba yang lepas, kini dan selamanya…

29th Mar 2007

2:28 AM

Tiada ulasan: