Rabu, 28 November 2007

TAZKIRAH PENDEK

Sedang dia sibuk-sibuk memancang kayu untuk reban aym, abah sempat men'tazkirah'kan aku tadi.
Kalau kita nak lekatkan kayu dengan kayu, kita pakai paku.
Kalau nak lekatkan batu dengan batu, kita pakai simen.
Kalau kita nak lekatkan manusia dengan manusia, pakai apa?
(Lekatkan di sini bermaksud, satukan, atau rapatkan)
Aku dengan "bengongnye" menjawab, "ikatla bah, pakai tali."
Apakah? Teruk betul!
Maka abah pun jawab, "dengan ISLAM laa..."

Yang Mana Satu

Dah lama sebenarnya aku buat blog ni. Tapi terbiar aja sebab aku memberat-sebelahkan blog aku di friendster(www.friendster.com/nashiqah). Sabar ye blogspot.com. ^_^

Khamis, 22 November 2007

Pertama Kali

YA ALLAH,

Aku ingin mengadu lagi kepadaMu,

Apakah aku ini layak dipanggil hamba?

Apakah aku ini layak mengadu kepadaMu?

Aku malu padaMu,

Jarang aku mahu bersyukur dengan ni’matMu,

Yang ku tahu, meminta dan mengadu,

YA ALLAH,

Aku takut akan murkaMu

Aku takut akan siksaMu

Tapi aku masih jua begini,

Hati yang tak istiqamah,

Jiwa yang lemah,

Diri yang penuh sifat mazmumah,

Masih layakkah aku untuk syurgaMu?

Ampunkan hamba Ya ALLAH,

Untuk perbuatan hamba yang lepas, kini dan selamanya…

29th Mar 2007

2:28 AM