Isnin, 7 September 2009

It is more shameful to distrust one's friends than to be deceived by them - Duc de la Rochefoucauld



Kalau kan. Kita kawan-kawan ni kan. Atau dalam kata nama lain, bersahabat.


Eh. Sahabat dengan kawan tu kan, definisi dia lain kan?
Oke aku rephrase.





Kalau. Kita bersahabat ni kan. Kenapa sebenarnya kita nak bersahabat dengan beliau?



Sebab dia baik? Atau sebab dia bijak? Ke sebab dia cantik slash kacak? Habis tu nanti, kalau tiba-tiba dia jadi tak baik seminit, kita tak nak kawan dengan dia ke? Kalau tiba-tiba kelak dia buat tindakan tak bijak, kita nak tolak dia ke? Atau nanti satu hari dia (nauzubillah) muka dia buruk atau cacat, kita nak tinggalkan dia?



Kasihan bukan pada kawan-kawan yang disebutkan di atas.





Jadi kan. Kita nak bersahabat dengan orang atas kerana apa sebenarnya? Pada pandangan saya lah kan. Tentulah pada pandangan saya, bukan pada pandangan anda. (Sebab ini bukan blog anda. Heh.)



Pada saya, bila bersahabat ni, satu benda yang kita kena sedar ialah. Kita semua manusia dalam kurungan, Allah yang cipta. Manusia ni pulak ba(aaaaa)nyak kurangnya. Saya. Anda. Kawan-kawan anda. Nobody is perfect. Kan?


Dan sesungguhnya, sahabat kita tu tak akan ba(aaa)ik sentiasa. Dia tak akan bija(aaa)k setiap masa. Atau dia tak akan kekal cantik slash kacak.


Makanya. Bila bersahabat tu kan, kita kena siap. Untuk terima dia seadanya. Bukan terima secara pasrah. Oh, dia dah memang suka mengumpat, terima jelah. Atau. Oh, dia memang suka tak solat, biar jelah. Terima dalam terma, secara bijak dan penuh hikmah, itu yang penting. Kan?





P/S: Nabi kata kalau nak betul-betul kenal dengan sahabat kita, tiga perkara yang kita perlu lakukan. Kita kena bermusafir dengan dia, makan dengan dia dan tidur bersama-sama dengan dia. Allahu a'alam. =]