Khamis, 18 November 2010

Selasa, 16 November 2010

Setiap Hari Sayang

credit to cikjilah :)

terima kasih Allah. sebab anugerahi sahabat seperti mereka. saya sayang mereka, keranaMu. :)

Selasa, 9 November 2010

Sometimes, Ignorance is NOT a Bliss

Betapa tidak pekanya aku pada sekitaran felda ini lebih terserlah. Bila aku ditugaskan menjadi AJK Jemputan untuk satu acara sekolah.

Tertulis di sampul, Encik M Bin MT. Beliau dan bapa beliau termasuk dalam undangan kami. Lalu setelah memparkir kereta di halaman Encik M, aku berjalan menuju ke rumah beliau.

Aku nampak seseorang melambaikan tangan di celah pintu sliding, dan aku menuju ke arahnya.

"Assalamualaikum. Mak cik, ni nak bagi surat jemputan ni," ringkas.

Namun bila sudah jarak aku dengannya satu meter, aku menahan tawa hingga terduduk.

"Ehh, rumah Kak Su ke ni?!" Dan ketawa kami bergabung.

Isteri Encik M, cikgu sekolah aku rupanya. Tiba-tiba je aku memberi pangkat mak cik kepada beliau. Heh.

Worship Allah and join none with Him (in worship); and do good to parents, kinsfolk, orphans, Al-Masakin (the poor), the neighbour who is near of kin, the neighbour who is a stranger, the companion by your side, the wayfarer (you meet), and those (slaves) whom your right hands possess. (Noble Qur'an, 4:36)